Selasa, 22 Jun 2010
Islam tulen dan UMNO - Dr.MAZA
Apa pendapat Dr. Mohd Asri mengenai pemulihan UMNO?
Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan 'orang politik' untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO. Islam itu sebagai addin dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.
Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: "UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen! UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera. Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kepada kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad SAW), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah al-Nisa, ayat 136).
Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak! Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: "Allah taala memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkan, mengukuhkan dan berterusan atasnya". Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.
Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik. Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara 'kampung' sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit. Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar. Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fenomena umum
dari Utusan
MctHeory:
Salah satu tulisan Dr.Maza untuk bacaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
ALLOOO BEWAK MC........
HANG TULIH AJE LA.....HAKIKAT NYA PARTI BEWAH DAH NAK MAMPUIH TAKLEH NAK PULIHKAN LAGI NGAN ISLAM.
NAK PULIH LAGU MANA AWAI LAGI PEGANGAN UGAMA SUKU POLITIK SUKU.
UBAH PERLEMBAGAAN PARTI BEWAK TU.... AKU PON TERLIUQ NAK MASUK PARTI BEWAK TUH....
he he he
gurau ngan puak2 bewak
Bro, mana lebih baik daripada perangai iblis yang menyamar ulama.... berperwatakan warak, alim, tetapi pemikiran penuh dengan tipu daya untuk mendapatkan kuasa...
YG,
Syaitan pakai jubah lagi bahaya dari yang pakai sampin.
kah kah kah...lawak la ko ni Mctheorydonaldchickennugget
syaitan jubah lagi bahaya dari setan pakai sampin...
syaitan pakai jubah paling koman kononnya kelirukan fikiran
syaitan pakai sampin dipunya keliru rembat sana sini sampai pudu jel pun jadi...
lawak lawak ko ni
ni hal maza nak masuk umno dah kira bagus aku nak tengok sampai yang tertonggeng dulu
100 orang ulama nak Islamkan umno yang ada kununya 2 juta orang...kah kah kah
salam senduk selagi ada.....
LEBIH BAHYA SETAN PAKAI SONGKOK TINGGI NGAN KERIH DI BAH KETIAK
MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG TERMELIA DI DONIA. TADAK BANGSA LEIN YANG LEBIH MELIA DARI BANGSA MELAYU. DAH DITAKDIQKAN BANGSA MELAYU PILIHAN ALLAH.
SAPA2 YANG MENGHINA BANGSA MELAYU BULIH JADI MURTAD. ALLAH TAK SUKA MANA HAMBA DIA DOK HINA BANGSA MELAYU.
SAPA2 YANG HINA ISLAM, BULIH PAHALA. SABIK TU LA TUN MAHDIAQ DOK HABAQ NABI SIMPAN JANGGUT SABIK MASATU TADAK GILLETTE. BETUI JUGAK KATA MAHDIAQ SABIK ORANG ARAB MASA TU, BULU PELIAQ DEPA PON SAMPAI MELERET KELUAQ JUBAH PANJANGNYA SABIK TADAK PEKAKAS NAK POTONG BULU PELIAQ TU.
BANGSA MANA BULIH CELENG NGAN BANGSA MELAYU.....SAPA BULIH WAT JALUQ GEMILANG TERBESAQ DI DONIA YANG TOK MAT TEMPEK KAT BANGUNAN ANGKASA PURI TU.
MAKNUSIA, KALU DEPA MENGAKU MELAYU, MISTI KENA RASIS NGAN MELAYU. SAMPAI DALAM SUMA SEGI MELAYU TAKLEH DILUPAKAN.
TAHU KA...SABIK APA MELAYU TU SANGAT MELIA, TAK LEIN DAN TAK BUKAN SABIK PARTI BEWAK LA. PARTI BEWAK NI DEPA TAK KIGHA ASALKAN MELAYU BULIH DOK ATAIH DAGHI BANGSA LEIN. ORANG YAHUDI HABAQ BANGSA YAHUDI ADALAH BANGSA PILIHAN ALLAH. PARTI BEWAK DOK HABAQ MELAYU LEBIH MELIA. BIAQ LA DEPA SAMA2 BEWAK DOK BALAH NAK MEMELIAKAN BANGSA MASING2.
" ORANG YANG MELIA DI SISI ALLAH BUKAN ARAB DAN BUKAN ARAB TETAPI ORANG YANG BERTAQWA" - AYAT
KALU LA NABI MUHAMMAD NI ORANG MELAYU.......FUUUHHHHHHH BERTAMBAH MELIA LA MELAYU. MELAYU AKAN LEBIH DIMELIAKAN OLEH BANGSA2 LEIN SAMPAI SANGGUP BASUH BEGHAK ORANG MELAYU.
* ABANG MELAYU JUGAK....TAPI JENIH TAK SEMELIA MELAYU PARTI BEWAK.
he he he
gurau ngan melayu termelia di donia.
kalau Tun Mahathir yg kurang pengatahuan agamanya itu kita boleh terima tp kalau Ulamak yg berperangai Iblis susah bro.. hancur..
kita yg jahil ni bolehlah merujuk kpd Ulamak tp kalau Ulamak yg jahil, mana dia nak rujuk, kalau jenis yg boleh dengar ckp tu kira nasib baikla tapi kalau yg dah sesat? hancur kita bro,..hancur.. alamat sesat sampai mati la...
Saudara2 semua ...
Fitnah-memfitnah, caci-mencaci, penipuan, tuduh-menuduh dan sebagainya dalam masyarakat Islam akan menggugat kekuatan ummah terutamanya dalam menghadapi ancaman pihak musuh Islam.
Pertelingkahan dan perpecahan yang wujud hasil pertuturan yang ditegah oleh Islam ini sememangnya dinanti-nantikan oleh musuh Islam yang sentiasa menunggu peluang memporak-perandakan kesatuan dan kekuatan umat Islam.
Ini seterusnya membuka peluang kepada mereka sehingga hilang segala kemegahan dan kemuliaan budi lalu bertukar kepada kehinaan dan kemunduran dalam pelbagai bidang kehidupan.
Mereka terus bersatu, dan kita terus berpecah ... dengan megah???
Multi-echelon ...2011
Catat Ulasan