Rabu, 4 April 2012

TUDIAA!! Adun UMNO yang Terlemak dan Manja!!



Semalam, saya diberitahu oleh rakan-rakan bloggers Kedah mengenai seorang pemimpin UMNO yang pada mulanya beriya-iya mahu melompat ke parti lawan tapi tak jadi lompat last minit...

Khabarnya dia tak puas hati dengan senarai nama calon yang dikatakan telah di submit ke Putrajaya. Dia mendakwa namanya tidak tersenarai sebagai senarai calon dari UMNO Bahagiannya dan UMNO Kedah itu. Dia kecewa dan kesal...
Menurut apa yang dinyatakan di sini, pemimpin UMNO yang kini merupakan seorang ADUN BN itu mempunyai masalah peribadi yang tersendiri. Masalah tersebut dikatakan sudah lama dihadapinya dan dia masih gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Persoalannya, apakah dia fikir UMNO harus menyelesaikan masalah peribadinya? Dan mengapa pula masalah peribadinya dikaitkan dengan perjuangannya sebagai ahli dan pemimpin UMNO? Apakah individu begini tergolong dalam kategori "winnable candidate"?

Pada saya, sekiranya dia fikir mahu melompat parti atau keluar parti, maka jelaslah dia seorang pemimpin yang gagal. Dia tidak punya alasan yang munasabah untuk keluar parti. Dia keluar parti adalah demi kepentingan dirinya dan bukan kerana dasar UMNO atau Presiden UMNO.

Tun M dan ribuan ahli UMNO dahulu pernah keluar parti kerana Pak Lah dan KJ. Mereka semua punya alasan yang sangat kukuh untuk berbuat demikian. Tapi ADUN ni nak keluar parti sebab masalah ciptaan diri sendiri?

Pada saya, sekiranya namanya tersenarai pun dalam list yang dihantar ke Putrajaya, saya rasa adalah mustahil sangat namanya akan dipilih sebagai calon PRU13. Dari buat semak saja dalam senarai itu, lebih baik namanya digugurkan dan calon yang lebih bagus dapat diketengahkan untuk pertimbangan.

Jadi, saya harap dia tidaklah kecil hati dengan apa yang berlaku. Lagipun, dia dah lama dah jadi "boss". Bagi la peluang kat "winnable candidate". Takkan la hanya sebab nama tersenarai pun dah "bebai" kot?

Sebagai "orang lama UMNO" yang berpengalaman di Kedah, saya harap "Datuk" tu berfikir secara bijak dan matang dalam hal ini. Ada jalan untuk selesaikan masalah. Marahkan nyamuk, jangan pula dibakar kelambu. Saya percaya "Datuk" mampu selesaikan masalah sendiri.."pelan-pelan" laaa...

Tapi, jangan la jadi macam budak kecik tak dapat nenen jer..! Heh! Jangan buat malu diri sendiri la "Datuk"!

Sumber asal Duke

Tiada ulasan: