Isnin, 27 September 2010

NIK AZIZ KATA TAK NAK JADI MB LAGI?? Biaq Betui ni??


Ohh.. sebenarnya Nik Aziz kata beliau dah taknak jadi MB, tapi parti dan penyokongnya yang nak beliau jadi MB dan pegang jawatan dalam parti. Betul ke Pok Nik? Pok Nik tak penat ke asyik berpolitik je. Kan bagus kalau umur-umur dah lebih garisan ni duduk rumah main dengan cucu, banyak kan amal.

Peduli hape kalau orang suruh kekal pun, Pok Nik pantau dari jauh sudah la.

Pas perlukan Nik Aziz disebabkan ramai pengikut Nik Aziz yang terlalu taksub dengan beliau. Jika Nik Aziz dah tak aktif lagi dengan Pas, kemungkinan sokongan terhadap Pas akan terjejas. Pas masih mahukan Nik Aziz. Kata orang nak pakai orang tua ni sampai boleh la. Lagi boleh bergerak, diorang pakai sampai habis.

Teruk tak teruk parti Pas ni, Pok Nik ni dulu guru agama yang sebenar, tapi bila masuk Pas dan diasuh oleh Pas. Pok Nik terus jadi Ulamak Politik! Pas selalu kata UMNO tolak Islam kerana tidak mencampurkan Politik dan Islam. Sekurang-kurangnya UMNO tak gunakan Islam macam Pas untuk memancing sokongan dan undi.

Kerana apabila kita gunakan agama untuk menagih sokongan, orang akan anggap apa yang kita buat semuanya berkaitan dengan agama. Macam pengikut Pas sekarang, yang menganggap perjuangan mereka menentang UMNO adalah jihad dan setiap perbuatan menentang UMNO ada ganjarannya nanti. Sebab itu mereka sanggup dan boleh menghalalkan apa saja yang haram, demi untuk menentang UMNO.

Menentang UMNO bermakna mereka mahukan kuasa pentadbiran, Maknanya mereka lakukan semua ini hanya untuk berkuasa!

Pok Nik pula dianggap dan digunakan wataknya sebagai Ulamak Besar, yang boleh memberi fatwa kepada setiap langkah Pas berpolitik. Sebab itu Pas masih mahu gunakan Nik Aziz, Pas mahu seorang tokoh yang boleh keluar fatwa haram ke halal dan mempunyai pengaruh dan pengikut yang tegar.

Mana ada ulamak dalam dunia ni yang ada 'kunci syorga' selain dari Nik Aziz??

Mc tak dapat bayangkan apa akan jadi pada Pas jika Nik Aziz sudah bersara dan tidak lagi aktif politik.

Siapa lagi 'hero' Pas yang tinggal?

Alamat Pas bungkus awal la.. Pok Nik nak tunggu PRU ke 13 dulu, baru beliau bersara, mana tau kot-kot pengaruh beliau boleh buat Pas menang.

P/s: Pok Nik hanyalah Ulamak Politik yang ditopengkan dengan Islam. Anda perlu pegang kenyataan itu.

MctHeory:
Pok Nik... dah lama dahhhh....

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya nick ajis yang kena umumkan utk bersara bukan tunggu rakyat sarakan dia.kalau tunggu rakyat kata tak mahu sampai matilah jadi MB,nak tunggu husam musa suruh bersara,memang tak akan berlaku.kita sepatutnya faham-faham sendiri laa wahai nick ajis.tengok TUN M,bersara sendiri,kalau tunggu rakyat sarakan,sampai bilaa...?