Khamis, 30 September 2010
PANAS!! PEMUDA PAS DAN AMK KULIM BANDAR BARU BERPERANG!!
PRU 13 masih jauh, tapi kita sudah nampak bibit-bibit gila kuasa dari puak-puak seberang sana. Contoh terbaik ialah pemilihan ketua cabang PKR yang kecoh tahap 'paria mabuk'. Pukul sana-sini, samseng bersepah. Kiranya memang teruk la, UMNO yang wujud hampir 60 tahun pun tak pernah ada pemilihan ketua bahagian yang teruk sampai macam tu. Tu maknanya apa tu? tu maknanya puak-puak ni dah gila kuasa, baru dapat senang sikit dah mula lupa diri, sampai sanggup pukul dan belasah pesaing untuk jawatan cabang mereka. Akai ada ka?
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kulim Bandar Baharu secara terbuka mengancam akan memboikot calon Pas pada pilihan raya umum akan datang jika parti itu berterusan menuntut kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu.
Ketuanya, Mohamad Khairul Azmi Rosli berkata, jika kerusi itu diserahkan kepada Pas, pihaknya mahu diadakan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon PKR, Pas dan Barisan Nasional (BN).
“Kami (AMK) akan boikot jika Pas meletak calon di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu. Mereka telah mencabar dan tidak hormati kami sebagai rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Menurutnya, pihaknya berasa amat kecewa dengan desakan Pas supaya parti itu diberi peluang bertanding di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu yang pada masa ini merupakan kuota untuk PKR.
“Jika Pas masih berdegil dan meneruskan desakan untuk menyingkir PKR dari kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, kami juga boleh melakukan perkara sama kepada calon mereka pada PRU akan datang,” katanya.
Mohamad Khairul berkata, pihaknya tidak sangka Pas begitu mudah lupa pada semua kebaikan PKR selama ini.
“Apa yang dilakukan oleh Pas adalah keterlaluan. Kami sedia akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti yang berhak untuk menentukan siapa calon tetapi jika calon Pas bertanding di Kulim Bandar Baharu, mereka akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan undi daripada orang kami selepas apa yang telah mereka lakukan,”katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Yang Dipertua Pas Kawasan Kulim Bandar Baharu, Hassan Razak mengenai desakan daripada kesemua 42 cawangan Pas di kawasan berkenaan yang mahu parti itu meletakkan calon di kerusi Parlimen.
Alasannya, kata Hassan, ahli Pas kecewa dengan tindakan berpaling tadah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang bertanding atas tiket PKR pada pilihan raya umum lalu sebelum mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.
Zulkifli juga dikatakan gagal memberikan perkhidmatan yang memuaskan kepada penduduk kawasan itu selain jarang turun padang meninjau masalah rakyat.
“Saya mahu nasihatkan Ustaz Hassan supaya lupakan saja hasrat itu. Pas jangan lupa kemenangan pada PRU ke-12 juga adalah kerana sokongan ahli PKR,” katanya.
Pada pilihan raya umum lalu, Pas diberi peluang bertanding di kerusi DUN Bandar Baharu manakala PKR di kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dan DUN Kulim. - Sinar
Kita oleh lihat tingkah laku puak pembangkang yang sudah berubah. Dulu pernah kah kita dengar mereka berebut kawasan? Ada, tapi selalunya diselesaikan dengan baik. Tapi kini, sanggup nak Pas nak ambil kawasan kawan sendiri, sampai gunakan media untuk buat kenyataan. Itu maknanya 'besar kepala'. PKR pulak mati-mati mempertahankan hak mereka hingga mengugut nak boikot calon Pas bila PRU ke 13 nanti.
Ini baru Dun dan Parlimen, belum masuk negeri lagi, kat Selangor yang kecoh berperang tu sebab nak kuasa negeri la tu. Semua exco ditolak oleh ahli sendiri, sebab tu demi mempertahankan kuasa, mereka sanggup berperang dan berparang sesama sendiri.
Cuba bayangkan kalau puak-puak ni pegang kuasa pemerintahan negara?? Agaknya apa akan jadi?
Puak-puak ni dah la suka berdemotrasi sana sini, lepas tu bila tak dapat jawatan mengugut sana sini, dah tu bila kalah, sanggup berperang habis-habisan. Lingkup Malaysia kalau puak-puak takdak akai ni yang memerintah.
P/s: Allah sudah berikan kita 'contoh terbaik' untuk kita nilaikan, hati budi mereka. fikirkanlah..
Mctheory:
Biar buta mata, jangan buta hati.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Salam semua. Buat Ahli-ahli politik dan juga penyokong parti politik..
Perlukan Rumah untuk Disewa (Homestay) Sempena PRK Dun Galas Yang Akan Tiba Tak Lama Lagi. Hubungi saya sekarang (En Sham (013-3598445) untuk keterangan lanjut.
Ada pelbagai rumah untuk disewa. Dari rumah Banglo hingga ke rumah teres. Selesa dan dekat dengan pengundi.
Lengkap dengan kemudahan asas. Amat sesuai untuk dijadikan rumah negeri, bahagian mahupun cawangan.
Yang penting harga berpatutan dan boleh ditawar.
Cepat sebelum tawaran ini habis..
- Anak jati Kelate di perantauan
gaduh gduh gaduh ...tak apa teruskan ! jangan sampai tahap bakar mayat sudah la ..
suasana yg berlaku mewujudkan satu momentum Pro kerajaan dari rakyat , BN harus bijak menggunakan kesempatan dan isu ini sebagai bahan PRK Galas ,
PR semakin berkecai , retak menunggu belah , tapi apa UMNO lakukan ? diam membisu terpaku ! ermmmm ..masih bermimpi rupanya !
apa la dah jadi dengan UMNO ni. ruang dan peluang untuk melancarkan serangan cukup banyak. tapi apa yang UMNO buat. takkan bertahan je ni masa menyerang la bro. peluru canggih tak nak guna. hairan bin ajaib tul la.
Catat Ulasan