Sabtu, 18 September 2010
PEMBUNUHAN KES SOSILAWATI: KEJAM DI PUKUL DENGAN KAYU KRIKET
KUALA LUMPUR: Polis buat pertama kali semalam mendedahkan cara pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang diikat, sebelum dipukul dan ditikam berkali-kali hingga mati sebelum mayat mereka dibakar.
POLIS JUGA MENGESAHKAN SUSPEK UTAMA TIDAK PERNAH DIKURNIAKAN DATUK!
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin pada sidang medianya, berkata abu mayat semua mangsa kemudian dibuang ke beberapa sungai sekitar Tanjung Sepat, Morib di Banting bersama barang peribadi mangsa untuk menghapuskan bukti.
Beliau berkata, pengakuan itu dibuat oleh empat pekerja ladang persendirian milik seorang peguam dan ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk’ yang kini menjadi suspek utama pembunuhan kejam yang dirancang rapi itu.
Keempat-empat pekerja terbabit dikatakan terlalu taksub kepada suspek utama hingga sanggup membunuh pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangan CIMB Bank, Noorhisham Mohamad, 38.
Mohd Bakri juga mengesahkan pemeriksaan polis mendapati suspek utama tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri.
Setakat ini katanya, polis sudah menemui bat (kayu pemukul) kriket dan sebilah pisau di beberapa lokasi berhampiran tempat kejadian, dipercayai digunakan untuk membunuh ahli perniagaan terbabit dan tiga rakannya.
“Berdasarkan pengakuan pekerja berkenaan, beberapa barangan peribadi milik mangsa turut ditemui di sekitar tempat kejadian.
“Ini termasuk barang kemas, jam tangan dan telefon yang boleh membantu siasatan kes. Penemuan dua kereta mewah jenis BMW, masing-masing milik Sosilawati dan peguamnya juga adalah petunjuk untuk mengheret suspek ke muka pengadilan. Kita yakin mempunyai bukti kukuh bagi mengaitkan suspek utama dengan kes ini,” katanya.
Bagaimanapun Mohd Bakri menafikan keempat-empat mangsa disembelih, selain dakwaan suspek utama memelihara anjing pembunuh di ladang persendirian miliknya dan menganggap perkara itu boleh mengganggu kelancaran proses siasatan.
“Dakwaan kononnya mangsa disembelih, suspek sudah bunuh 17 mangsa, mangsa diumpan cek tertunda, sungai dipenuhi tulang (manusia), anjing pembunuh dan beberapa dakwaan lain menggunakan sumber adalah spekulasi semata-mata. Ini langsung tidak menggambarkan kejadian sebenar.
“Yang pasti, soal siasat yang dijalankan ke atas suspek, semua mangsa dibunuh dengan diikat sebelum dipukul dan ditikam hingga mati, kemudian dibakar dan abu mereka dibuang ke sungai. Jangan suka-suka buat andaian hingga mengganggu kelancaran proses siasatan,” katanya.
Hadir sama Timbalan Pengarah JSJ (Penyiasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah; Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua JSJ Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas apabila ditanya sama ada mayat keempat-empat mangsa dikerat sebelum dibakar, selain terdapat senjata tertentu, termasuk parang digunakan untuk mengerat semua mayat berkenaan.
“Itu sedang kita siasat,” katanya.
Beliau turut mengesahkan hanya lapan suspek ditahan setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jika ada suspek lain terbabit dalam kes itu.
“Aset suspek utama turut dibekukan untuk proses siasatan. Suspek juga disahkan tidak meminta apa-apa wang tebusan daripada keluarga mangsa sebelum ini," katanya.
Katanya, perintah reman tiga daripada lapan suspek akan tamat esok, manakala lima lagi termasuk peguam terbabit disambung sehingga 23 September bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Orang ramai perlu faham bahawa proses pendakwaan kes itu adalah dalam bidang kuasa Peguam Negara dan menjatuhkan hukuman sama ada suspek bersalah atau tidak adalah kuasa mahkamah, bukannya polis,” katanya. - BhOnline
P/s: Masyallahh.. kejamnya.. manusia ka apa ni??..
MctHeory:
Cilaka tu patut di seksa dulu, sebelum dihukum bunuh!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Jika sudah jelas dan terbukti kesahihannya, MAKA syor terbaik adalah NYAWA DIBALAS NYAWA. Itu adalah adil dan hukuman juga perlu disiarkan kpd org ramai agar manusia ini akan takut dan ambil ikhtibar dari perlakuan mereka. Lakukan hukuman gantung sampai mati ditempat awam ataupun ditembak oleh pasukan penembak.
Kapak merasakan itulah tindakan yg terbaik utk mengajar manusia agar lebih bersikap lebih menjadi seperti manusia yg baik dari lebih bersikap mcm anjing binatang yg tak tahu menghargai nyawa manusia.
Pelaku2 ini wajib duhukum dan wajar dihukum sedemikian.
Catat Ulasan