Sabtu, 18 September 2010
KEDAH HADAPI MASALAH AIR LAGI? Ustaz tau dak ayaq takdak nie?
Lebih 2,000 penduduk di tiga buah kampung di Tobiar dekat Pendang terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri selama dua tahun berturut-turut dalam keadaan tidak sempurna kerana bekalan air ke rumah mereka terputus ketika musim perayaan itu.
Kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Banggol Temak, Kampung Penyarum dan Kampung Gelung Gajah, lapor Bernama.
Salah seorang penduduk, Bashir Ayob, 71, berkata bekalan air bersih yang disalurkan sering terputus sejak pertengahan tahun lalu dan ini menyebabkan berlaku kesukaran bagi mereka untuk melakukan aktiviti harian terutamanya ketika musim perayaan dan majlis kenduri.
Menjelang Hari Raya Aidilfitri yang lalu, mereka terpaksa membuat persiapan hari raya tanpa bekalan air bersih yang sempurna.
"Kami sebagai penduduk di kawasan ini yang sudah berpuluh tahun menetap di sini hairan kenapa sejak kebelakangan ini bekalan air bersih sering terputus hingga amat menyukarkan kami untuk melakukan persiapan hari raya.
"Suasana ceria untuk menyambut hari lebaran bertukar kelam-kabut apabila bekalan air terputus terus hingga menyebabkan kami terpaksa mendapatkannya di rumah saudara mara terdekat," beliau dipetik sebagai berkata ketika ditemui di rumahnya.
Sementara itu, Aishah Abd Rahman, 53, berkata persediaan menyambut hari raya baru-baru ini dibuat secara ala kadar sahaja memandangkan mereka sekeluarga terpaksa menghadkan penggunaan air bagi memastikan tidak terputus bekalan air.
"Raya kami tidak sempurna kerana kami tidak dapat melakukan persediaan seperti dua tahun sebelumnya. Anak cucu ramai balik tapi persediaan untuk juadah raya hanya ada ketupat dan beberapa kuih lain sebab kami tak boleh buat juadah yang terpaksa menggunakan banyak air untuk memasak.
"Kami mahu pihak bertanggungjawab tampil dan segera menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera kerana kami tidak mahu lagi perkara begini berlaku lagi pada perayaan yang akan datang," katanya seperti dilaporkan agensi berita itu.
Sejak beberapa tahun lalu beberapa buah kampung di Tobiar sering mengalami gangguan bekalan air bersih dan tidak ada penyelesaian yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab. - bernama
Laaa... ingat masalah ayaq dah selesai kat Kedah, rupanya tak habih-habih lagi. Baru hari tu dengaq ustaz Azizan kata dah 'settle'. Kesian la kat orang Kedah kan, tengah dok syok raya, tiba-tiba ayaq takdak. Kata orang biaq takdak karan (letrik) dari takdak ayaq. Bila takdak ayaq, nak basuh pungkoq pun tak boleh, takkan nak main calit-calit ja kot. he he..
Err.. agak-agak ustaz Azizan ni tak dak kat sana takdak ayaq? Kata depa ni prihatin sangat masalah rakyat, tapi tengok prihatin sesama geng depa ja pun. Kalau kawasan depa, semuanya ok.. mai kata kawasan kampung, dua tahun punya masalah pun tak habih-habih selesai lagi. Hmm.. nak buat macam mana.. hangpa jugak pilih depa perintah.. hambik la habuan.
MctHeory:
Kalau ada ayaq pun, kotoq teruk.. pasai pa ha? Tue la dok taici saja lebih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan