Sabtu, 18 September 2010

PEMILIHAN PKR GUNA PENGUNDI HANTU?



KUALA LUMPUR Sept. – Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) November ini semakin panas apabila terdapat dakwaan ia melibatkan ‘khidmat pengundi hantu’ daripada parti pembangkang lain iaitu Pas dan DAP.


Terbaru, laman blog http://www.pisau.net mendakwa mendapat aduan tentang seorang pemimpin Pas di Perak yang mendapat notis dipanggil ke mesyuarat agung PKR Cabang Taiping bagi sesi 2010.


Pada entri itu, pisau.net juga memaparkan notis surat panggilan yang diterima Setiausaha Pas Taiping, Abd. Rahman Omar.


“Di atas notis mesyuarat tersebut tertera nombor keahlian PKR A-070001004 dan dialamatkan kepada Abd. Rahman. Peliknya, dia menyatakan bahawa tidak pernah mengisi borang keahlian untuk menjadi ahli PKR.


“Abd. Rahman ialah ahli Pas seumur hidup dan merupakan Setiausaha Pas Cawangan. Bagaimana pula ahli Pas boleh mengundi untuk menentukan pemilihan cabang PKR?,” tegas blog itu dalam salah satu entri hari ini.


Selain pisau.net, beberapa blog bersifat anti pembangkang lain turut memaparkan berita mengenai aduan Abd. Rahman itu serta gambar surat notis panggilan yang didakwa diterimanya.


Dalam entri itu, blog berkenaan turut mengkritik panggilan mesyuarat tersebut yang disifatkan tidak beretika apabila membolehkan ahli parti pembangkang lain seperti Pas dan DAP secara tiba-tiba menjadi ahli PKR. - EGROUP AIDC

Kalau dalam pemilihan UMNO sering kali dikaitkan dengan rasuah. PKR nampaknya lagi advance, depa guna pengundi hantu. Depa ni dok kata UMNO/BN menang PRU dan PRK dengan pengundi hantu, tapi nampaknya depa yang suka guna pengundi hantu. Sampaikan nak pilih pemimpin parti pun ada pengundi hantu.

Mc rasa, Mc tahu siapa yang nak guna pengundi hantu ni.. Orang tu, mesti orang kuat Anwar.. orang kesayangannyaa.

Err.. senang cerita, pasal pengundi hantu ni, lebih baik hangpa tanya Anwar, dia lebih 'terer' dari semua. Sebab tu lani dalam PKR pun dah wujud pengundi hantu. Siapa ajar?? tepuk dada tanya Anwar.. he he he..

MctHeory:
Sapa makan petai, dia la ketot busuk, mana boleh sembunyi dah.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Parti HANTU SYAITAN menghancurkan orang Melayu MESTIlah GUNA PENGUNDI HANTU jugak.......ha ha ha.

Apa yang nak dihairankan??? Mesti juga guna Pocong, Jembalang dan Jin Afrit..Sebab Anwar Jin Afrit sebab tu Takut BerSumpah dengan nama ALLAH swt.

adf55650 berkata...

Pengundi hantu adalah memang ciptaan Pakatan Rasuah. Tidak tidak menghairankan apabila dalam pemilihan mereka sendiri pengundi hantu terbabit.
Berita yang tidak mengejutkan