Sabtu, 4 September 2010
PRU KE 13, BN BAKAL MENANG BESAR!
Oleh: Tarmizi Md. Jam
Berdasarkan kajian sebuah badan bebas yang dilantik oleh parti pemerintah, mendapati bahawa Barisan Nasional (BN) sebenarnya berada dalam keadaan yang cukup selesa untuk memenangi Pilihanraya ke-13 yang akan datang.
Dapatan kajian tersebut mendedahkan bahawa terdapat 117 daripada 222 kawasan parlimen yang boleh dianggap oleh BN sebagai kawasan selamat atau kawasan putih, di mana sukar ditembusi pembangkang.
Pembangkang pula hanya memiliki lebih kurang 50 kerusi parlimen yang boleh dianggap sebagai kerusi selamat mereka dalam Pilihanraya.
Oleh itu, tumpuan BN kali ini dikatakan adalah di kawasan di mana pembangkang telah menang tipis iaitu kurang dari 2,500 undi dalam Pilihanraya yang lalu.
Berdasarkan trend sokongan rakyat waktu ini di mana di kebanyakan negeri, sokongan kaum Melayu kepada BN adalah di antara 63% – 67%, menunjukkan bahawa adalah tidak mustahil BN akan terus berjaya meranapkan perang psikologi pembangkang yang begitu yakin akan menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum akan datang.
Walaupun kajian yang sama mendapati sokongan kaum Cina terhadap BN berada di bawah paras 20 peratus, namun sokongan kaum bumiputera dan India tetap tinggi dan bakal menjadi deposit penting untuk kemenangan Barisan Nasional.
Kajian tersebut turut meramalkan sokongan kaum India kepada kerajaan akan melonjak sebaik sahaja Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu melepaskan jawatannya yang dijangka pada November ini.
Menurut kajian itu lagi, BN berpeluang cerah untuk menambah sekurang-kurangnya 50 kerusi berdasarkan kedudukan semasa, sekali gus akan dapat membentuk majoriti 2/3 selepas memiliki majoriti mudah menerusi kawasan-kawasan putih tersebut. .
Sumber-sumber yang mendedahkan hasil kajian tersebut serta pandangan pemerhati politik tertentu turut mendapati BN telah menggerakkan strategi khas secara senyap untuk menawan kembali kerusi-kerusi yang dimenangi oleh pembangkang dengan majoriti tipis.
Dedah mereka lagi,BN kemungkinan besar tidak akan memberi perhatian terhadap kubu-kubu kuat pembangkang yang dianggap kawasan hitam yang akan hanya menyebabkan pembaziran masa dan wang untuk berkempen.
Antara kawasan sedemikian ialah 3 kerusi Parlimen di Perak, 5 di Pulau Pinang, 5 di Selangor, 4 di Kelantan, 2 di Kedah, 5 di Kelantan, 3 di Kuala Lumpur dan beberapa kerusi lain yang masih dalam penilaian BN.
Berdasarkan kajian tersebut, bolehlah dikatakan bahawa pembangkang telah gagal untuk meyakinkan rakyat akan kredibiliti mereka sehingga kini.
Dalam erti kata lain, mereka hanya syok sendiri dengan impian mereka sedangkan prestasi wakil rakyat pembangkang banyak yang menjadi pertikaian masyarakat setempat..
Laungan untuk menakluki Putrajaya oleh Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz nampaknya akan tinggal laungan semata-mata seperti juga janji mereka untuk mengambil alih Putrajaya pada 16hb September.
Strategi PAS mencetak buku himpunan 110 Mutiara Kata Nik Aziz, kononnya sebagai panduan untuk melangkah ke Putrajaya juga dilihat sebagai gurauan yang akan hanya menjauhkan lagi pembangkang dari Putrajaya.
Ini kerana, pemikiran Nik Aziz yang terkebelakang, bercelaru, tidak konsisten dan disyaki sebagai nyanyuk, adalah gambaran jelas apa yang berlaku dalam PAS, iaitu parti terbesar dalam Pakatan Pembangkang.
Rakyat juga sudah semakin celik dengan strategi pembangkang yang sengaja membalikkan tuduhan perkauman terhadap UMNO, sedangkan merekalah yang tidak jemu-jemu cuba mencetuskan ketegangan kaum.
Sikap perkauman DAP semakin hari semakin terserlah apabila enggan menghormati Sultan, Bahasa Melayu dan hak Keistimewaan Melayu. Sikap ini bukan sahaja menjauhkan kaum Melayu dari pembangkang, tetapi juga kaum Cina yang lebih rasional dan berfikiran matang.
Skandal demi skandal, pelesapan wang rakyat, korupsi dan rasuah di dalam pakatan pembangkang juga semakin tidak terkawal sehingga mampu dihidu oleh rakyat. Strategi memburukkan imej pihak berkuasa seperti SPRM dan PDRM juga tidak menjadi malah semakin menyerlahkan adanya sesuatu yang tidak kena dengan pemimpin pakatan pembangkang.
Rakyat sekalian melihat bahawa rasuah, skandal, korupsi, rasis serta kecelaruan pemikiran adalah komponen yang membentuk Pakatan Rakyat.
Semua yang dituduh terhadap UMNO sebenarnya adalah sifat sebenar mereka dan rakyat sudah mula melihatnya dengan semakin jelas hari demi hari.
Namun begitu, tidak salah jika PAS, PKR dan DAP mencanangkan yang mereka akan terus bersama berkawad ke Putrajaya. Ketibaan mereka akan diterima dengan tangan terbuka - bukan sebagai pemerintah, tetapi sebagai pelancong sahaja.
Kalau tak suka, ikut sajalah rombongan Cik Kiah.
Sumber Malaysia Instinct
MctHeory:
he he he.. last sekali tue, paling layak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Terlalu berkeyakinan tinggilah yang membuatkan UMNO dan BN hampir MANDI GHUYUB pada PRU-12 lalu... mujur lagi ada Sabah dan Sarawak... kalu tak...
Hehe.. Mc saja kasi panas puak Pas je pun.. asyik kita je kena CTW weii.. he he..
ITU LAH PERANGAI UMNO...TERINGAT PAK LAH KATA SBLM PRU 12.."KITA YAKIN MENANG BESAR DAN RAKYAT TETAP SOKONG KITA...PEMBANGKANG TIADA HARAPAN,.."..NAMUN APA YG TERJADI?,,,HA..HA...HA...
GIGIT JARI!!!
SATU KATA2 YG NAK MENYEDAPKAN HATI SENDIRI JER!!!
UMNO/BN MANA BOLEH CAKAP DGN RASA RENDAH HATI, DIA NAK CAKAP BESAR JER...NANTI BESAR LAH BALA YG BAKAL KO DAPAT!!!
CAKAP SENANG...TAPI DLM SITUASI YG SALAH!!!
kenapa orang pkr terutama puak pas, rasa boleh menang...sedangkan pengundi atas pagar hampir 80% telah balik kepada BN....cume pengundi hantu jer yang balik pada PKR....memang dasar hantu pong....hehehehe weeh
Catat Ulasan