Jumaat, 17 September 2010
SEPTEMBER FOOL AKAN HILANGKAN APRIL FOOL!
Bulan April sinonim dengan April fool. April fool diraikan dengan joke walaupun sebenarnyanya ia haram diraikan kerana hari itu memperingati peristiwa umat Islam Sepanyol ditipu dan dibunuh beramai-ramai.
Walaubagaimanapun, sebagai alternatif rakyat Malaysia boleh meraikan September fool. September fool bertujuan mengenang segelintir rakyat Malaysia yang kena fool. September fool diraikan pada 16 September setiap tahun. Ia tidak bersempena 16 September 1963, sebaliknya 16 September 2008.
Pada hari itu, joke dan aktiviti yang boleh dilakukan, contohnya:
Individu:
1. Jika isteri anda bertanya, "Nak ke mana tu bang?", anda jawab hendak berjumpa Yang Di Pertuan Agung atau Panglima Angkatan Tentera. Mungkin isteri anda akan menjawab, "Iye ke?", kemudian anda membalas, "September fooooooool" dan ketawa.
Berkumpulan:
2. Berkumpul beramai-ramai dan berarak ke Putrajaya tetapi jangan masuk Putrajaya. Ia simbolik kepada hajat yang tak sampai. Destinasi harus Putrajaya sahaja.
Rancangan realiti TV:
3. Aktiviti ke-3 ala-ala amazing race. Satu kumpulan berlepas ke Taiwan dan satu kumpulan lagi mestilah 'membontoti' kumpulan pertama tersebut, dan memujuk kumpulan pertama untuk menyertai kumpulan ke dua. Tapi destinasinya hanya Taiwan sahaja.
Kebaikan hari September fool ini ialah:
1. Menghapuskan April fool dan menggantikan dengan perayaan buatan tempatan.
2. Mengingatkan kita supaya berpijak di bumi yang nyata, jangan bermimpi di siang hari.
3. Memperingati hari rasuah jawatan untuk lompat parti.
4. Hari permulaan budaya lompat parti.
5. Mengingatkan kita, setiap jalan pintas menuju cita-cita ada harga yang perlu dibayar.
Kesimpulannya, September fool mestilah mempunyai elemen-elemen iaitu paling utama penipuan dan kebodohan, selebihnya, 16 september, Putrajaya, 'Membontoti' dan Taiwan. Di harap ada pihak membawa usul ini dalam dewan rakyat. Sekian.
Sumber Ops-Island Shield
MctHeory:
keh keh keh.. dats mean.. Anwar fool..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
latihan dalam kumpulan (LDK):
1. kelas pendidikan seni-kita susun puzzle gambar kabinet bayangan. siapa cepat dapat hadiah ky jelly.
2. soalan KBKK dalam kelas bahsa inggeris-siapakah ahli falsafah yang terkenal dengan ungkapan emasnya iaitu'we have the numbers', siapa tepat dapat tiket bercuti ke taiwan
3. kelas agama-siapakah ulama yang menghalalkan kita berkawan dengan syaitan-sapa betul masuk syurga
4. kelas sejarah-siapakah PM sehari Malaysia yang paling comel?
kahhhh..kahkahkah....
lawak of the year
Catat Ulasan