Rabu, 15 September 2010

Syed Husin Ali Cuci Tangan: ‘PARTI RAKYAT MALAYSIA’ MATI TANPA KUBUR?


CONFIRM Syaed Husin Ali tidak mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR pada pemilihan November nanti. Beliau bagaikan ‘cuci tangan’ setelah berjaya menyatukan Parti Rakyat pimpinannya dengan Parti Keadilan Nasional. Bagaikan seorang bapa menyerahkan anaknya untuk dijaga oleh orang lain.

Kepada Syed Husin, selagi ada perkataan ‘rakyat’ sudah memedai untuknya berpuas hati. Yang penting partinya tidak mati meragan. Nasib baik ada ‘pak sanggup’ yang memerlukannya. Tugas Syed Husin menyelamatkan maruah Parti Rakyat sudah dilaksanakan dengan baik. Selagi PKR hidup, Pak Habib anggap partinya pun hidup sama.

Kini terserah kepada pemimpin PKR untuk menentukan nasib sisa-sisa ahli Parti Rakyat (PR) yang berada dalam parti itu. Sama ada mereka akan jadi ‘anak angkat’ atau ‘anak tiri’ terpulang kepada keadaan. Maka lenyaplah PR bagaikan ‘mati tanpa kubur’.

Parti Rakyat merupakan salah satu daripada parti politik tertua di Malaysia yang diasaskan oleh aktivis berhaluan kiri Ahmad Boestamam dan pejuang-pejuang kemerdekaan yang lain pada 11 November 1955.

Parti ini diinspirasikan menerusi perjuangan kemerdekaan di Indonesia yang diketuai oleh Sukarno, parti ini sesuai untuk semangat patriotisme ke atas Se-Malaya/Indonesia. Parti ini bertentangan dengan sifat UMNO yang bercirikan kontemporari (yang kemudiannya menjadi parti pemerintah sehingga hari ini). Parti Rakyat mendesak untuk mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya daripada penjajahan British.

Pada era 1950-an dan 1960-an, Barisan Sosialis atau Socialist Front (SF) atau nama penuhnya Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Front) dibentuk pada 1958, terdiri daripada Parti Rakyat Malaya, Parti Buruh Malaya dan Parti Perhimpunan Kebangsaan bagi membentuk satu pakatan politik yang telah bergiat cergas dan mendominasi beberapa pihak berkuasa kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia. Pengaruh puak berhaluan kiri yang semakin kuat telah menghasilkan tindakan keras dari kerajaan Perikatan pimpinan UMNO.

Pada 1963, sejurus selepas kejadian Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, kerajaan telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli politik dan aktivis pembangkang. Antara mereka yang ditahan dan ditangkap ialah pemimpin Barisan Sosialis Ahmad Boestamam (presiden PRM), Ishak Haji Muhammad (presiden PBM) serta Abdul Aziz Ishak (ketua GERAM), Datuk Kampo Radjo (kemudian menjadi presiden PRM), Tan Kai Hee, Tan Hock Hin, Dr. Rajakumar, Hasnul Hadi, Tajuddin Kahar dan ratusan yang lain.

Barisan Sosialis kemudiannya akhirnya semakin lemah kerana mendapat tekanan kuat dari pihak kerajaan pemerintah akibat berlakunya tragedi rusuhan kaum Peristiwa Mei 13 pada 1969, pihak pemerintah semakin menguatkan pengaruhnya dengan memansuhkan sistem pilihanraya di Majlis Tempatan dan menggantikannya dengan secara lantikan. Oleh yang demikian, Parti Rakyat telah kehilangan sokongan dan suara didalam Parlimen dan juga Majlis Tempatan.
Penukaran Nama Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) 1970

Pada tahun 1970, kepimpinan Parti Rakyat telah diambil alih oleh Kassim Ahmad, seorang lepasan professional universiti, Parti Rakyat telah diterapkan lagi dengan ideologi sosialis lebih radikal. Pindaan Perlembagaan telah dibuat dan Parti Rakyat bertukar nama kepada Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM). Disebabkan perkembangan ini, pihak pemerintah mengambil kesempatan dan membuat momokan bahawa parti ini mirip kepada komunis.

Atas tuduhan-tuduhan yang dikatakan palsu, ramai pemimpin dan penyokong parti terus ditahan dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Malah Presiden Parti Rakyat ketika itu, Kassim Ahmad juga telah ditahan. Sebahagian rakyat bertambah memandang serong dan takut akan PSRM yang begitu banyak dimomokan. Pada awal tahun 1980-an, Datuk Kampo Radjo, bekas Exco Selangor telah dipilih menjadi Presiden menggantikan Kassim Ahmad.

Pada 1989, PSRM bertukar nama balik semula kepada nama asalnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan menggugurkan perkataan sosialis dari nama parti dan perlembagaan. Ini mengakibat bantahan sesetengah ahli yang berpendapat parti itu telah mengendahkan perjuangan asal ideologi sosialisme mereka dan menyebabkan kumpulan serpihan yang diterajui Dr. Mohd Nasir Hashim dan kemudiannya menubuhkan parti baru, Parti Sosialis Malaysia (PSM) pada 30 April 1998 yang berjaya didaftarkan akhirnya pada 10 September 2008.

Semasa berlaku gerakan Reformasi yang melahirkan sebuah parti baru iaitu Parti Keadilan Nasional yang dipimpin oleh Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim (Presiden ialah isterinya, Wan Azizah Wan Ismail, kerana Anwar dipenjarakan) memulakan penerokaan untuk bergabung antara dua parti.

Kerjasama kedua-dua parti ini bermula daripada pembentukan Barisan Alternatif. Ketika itu Presiden PRM ialah Syed Husin Ali. Walaupun hasrat penggabungan tersebut telah ditangguhkan disebabkan keengganan pihak berkuasa. Dua parti ini secara rasmi bergabung pada 3 Ogos 2003. Hasil daripada penggabungan parti, parti ini kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Syed Husin Ali yang merupakan Presiden PRM sebelum penggabungan ini menjadi Timbalan Presiden PKR manakala Wan Azizah menjadi Presiden PKR.

Walaupun demikian, beberapa pemimpin Parti Rakyat Malaysia tidak menyetujui penggabungannya kepada sebuah entiti lain yang baru.

Pada 17 April 2005, ahli Parti Rakyat Malaysia yang menentang penggabungan ini mengadakan Kongres Nasional di Johor Bahru dan dipilih menerusi kepimpinan baru bagi mengatasi pergelutan parti. Ini menyebabkan bekas pemimpin PRM yang telah bergabung dengan PKR, antaranya timbalan presiden PKR Dr. Syed Husin Ali (bekas presiden PRM), naib presiden PKR dan ahli parlimen Subang R. Sivarasa (bekas naib presiden PRM) dan ahli jawatankuasa pusat Dr. Sanusi Othman (bekas setiausaha agung PRM) dan Tian Chua memohon kepada mahkahmah untuk PRM dibubarkan namun Mahkahmah Tinggi mengisytiharkan pembubaran PRM tidak sah kerana ianya hanya boleh dilakukan sekiranya 60% ahlinya mengundi untuk berbuat demikian di dalam kongres khas parti serta pemohon petisyen agar PRM dibubarkan sudah tidak mempunyai locus standi kerana telah meninggalkan parti.

Pendaftaran PRM masih kekal sah sebagai parti politik mengikut Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan malahan PRM telah terus bertanding di dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008.

Pak Sulung: Sama-sama menantikan perkembangan selanjutnya, apakah selepas ini Parti Rakyat Malaysia akan dikekalkan kewujudannya sebagai sebuah parti yang terasing daripada PKR? Masa dan keadaan akan jadi penentu.

Sumber Satu Melayu

MctHeory:
PRM wujud pun hidup segan, mati tak mau.

Tiada ulasan: