Khamis, 9 September 2010

USTAZ KAZIM ELYAZ AKAN BERSAMA UMNO? Alhamdullilah


Ustaz Kazim Elyaz banyak berdakwah bagi membantu UMNO mengukuhkan amalan mereka semula. Beliau begitu lantang menurunkan takabur Pas dalam amalan beragama. Pas yang selalu menyatakan bahawa mereka lebih islam dari yang lain dan sering mengkafirkan UMNO. tindakan beliau menegur Pas Perak dan Nizar serta kepimpinan Pas yang bersatu hati dengan Dap, menyebabkan Pas melabelkan beliau penyokong UMNO.

Tidak salah Ustaz Kazim menyokong UMNO kerana kedua dua adik beradik lelakinya yang lain memang pemimpin UMNO. Ust Najmudin adun UMNO dan Hasbullah bekas ketua Pemuda UMNO Larut. so, apa masalah Pas sekarang. Air di cincang tak kan putus. Aku juga peminat kuliah ustaz Kazim. Mantap dan jelas penerangannya. UMNO perlukan kewibawaan ustaz seperti ini. soalnya, mampukah UMNO menerima ustaz Kazim dan mahukah Ustaz Kazim membantu UMNO dalam arus Islam di Malaysia?

Aku yakin ramai anak muda yang cintakan Islam akan masuk UMNO dan berjuang di bawah satu nada suara seperti ustaz Kazim. Semua ahli UMNO berdoa agar terbuka pintu hati ustaz Kazim untuk terus membantu UMNO dalam menegakkan ajaran Islam.

Sumber Mutiara Melayu Pulau Pinang

Bagi yang belum pernah mendengar ceramah Ustaz Kazim, Mc sertakan video ceramah Kalimah Allah dari Ustaz Kazim.

Kalimah Allah part 1



Kalimah Allah Part2


P/s: UMNO memerlukan bijak pandai agama sebegini untuk berdepan dengan Ustaz-ustaz mee segera Pas yang sedia untuk menyeleweng akhlak dan akidah rakyat semata-mata untuk mendapat undi.

MctHeory:
Islam hanya satu, hidup kita jadi penentu.

13 ulasan:

ISAC berkata...

Salam bro,

Ameen....

Mudah2an di makbulkan.

McTheory berkata...

iyer... mudah-mudahan

Tanpa Nama berkata...

Tak masuk UMNO pun tak pa..eloknya ulamak tidak terikat ngan mana2 parti pun..semada PAS, PKR, maupun UMNO.

Kerana tidak mahu ada kecenderongan spt mana apa yg berlaku pada PAS..yg mana walaupun tindak tanduk pempin2nya atau ahli2nya yg luar batasan dan had agama, apa yg mereka lakukan ialah mencari dalil2 yg membenarkannya..dikhuatiri agama akan dipergunakan utk kepentingan puak2nya.

Kita perlukan ulamak, yg mampu jadi prg tengah bila kita berselisih..dan menegur bila kita silap. Elakkan diri brceramah dipentas mana2 parti. Elakkan juga menghadiri majlis2 yg berkaitan ngan mana2 parti. Elakkan diri dari menerima apa2 bantuan dari mana2 parti.

UMNO sentiasa leh adakan workshop tiap2 bulan..dan jemput mana2 alim ulamak utk mendidik amalan2 asas. Walaupun kita selalu semayang..tapi dikhuatiri kesilapan2 yg kecil lama2 jadi kebiasaan.
Wuduk dan semayang..amalan paling asas dalam Islam.

Kelas2 agama yg diterajui oleh UMNO juga leh dijalankan..

Antara lain perjuangan UMNO- ialah nak benteras dan jauhkan anak2 Melayu dari semua jenis maksiat, dadah, pergaulan bebas!!

akupedulikhape berkata...

aku setuju ngan tanpa nama 9:59...seelok2nya ulama2 xyah masuk mane2 parti..even tho ulama2 tuh condong ke arah parti tertentu,better de jadi ulama bebas..xyah asyik dok kena maki je kalo time de buat statement..

tapi kalo ulama nak masuk jd ahli parti pon,ape salahnya..itu hak masing2..:)

selamat hari raya bro..maaf zahir batin..

McTheory berkata...

Cadangan yang baik, cuma kalau boleh yang mana komen 'tanpa nama; tu sila letak nama samaran dihujung ye. mudah sikit Mc nak menjawab, atau kita boleh rapatkan lagi silaturahim..

pacat berkata...

Mc.. den mohon kebenaran untuk copy story nie and paste kat my blog

http://anakmathijau.blogspot.com/

lord ried berkata...

ALOOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU......

SELAMAT HARI RAYA MOLA2 SEKALI AKU TUJU KAT BEWAK MC, WALAU PON POSA DOK WAT KIJA HARAM JADAH. BUAT LETIH JER POSA.

SELAMAT HARI RAYA JUGAK KAT BEWAK2 LEIN YANG SENTIASA MENAGIH TAIK BEWAK MC.

SEMOGA SEMAKIN HARI, PARTI BEWAK SEMAKIN LEMAH DAN TERUIH MAMPUIH SEROPA BEWAK KENA LANGGAQ KETA.

he he he
MALAYSIA MAJU TANPA BEWAK

Tanpa Nama berkata...

Ustaz tu jujur untuk membetulkan apa kelemahan yg ada pada umno dari segi ugama bukan dari segi politik tak macam PAS keledai berjubah semua dia sapu org kata tu tak bolih dia kata bolih org kata tu haram dia kata halal kalau org kata sesat menyalak satu negara betul pun sesat kalau tanya budak darjah enam pun dia akan kata pas islam macam mana nak kata pun tak kena jawapan nya sesat lah tu.

Sendiri berkata...

saya tak fikir mana-mana ostaz yang waras akan bersama umno..namun elok jugak ada ostaz yg dilihat tidak memihak dan behujah atas landasan kebenaran....lagi pun ostaz kazim sering menyebut penting melaksanakan undang2 syariah...apakah ini yg umno mahukan secara jujur...walaupun sedang memegang tampuk kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Betapa sempit pemahaman "tanpa2 Nama" disini yang hanya menganggap ulama itu hanya khusus pada urusan agama bukan urusan kehidupan dunia. Mentaliti sempit beginilah yang menyebabkan UMNO terdiri daripada pemimpin yang jahil dan penyokong yang terdiri daripada juhalak buta agama.

Sepatutnya orang agama diserap kedalam politik agar dapat membaiki kehidupan manusia dengan lebih menyeluruh dengan mengubah lanskap politik sekular kepada politik berteraskan siasah Islamiyyah. Keterlibatan orang agama dalam politik mampu membina balik Malaysia yang telah banyak tersasar daripada Islam yang sebenar natijah dari lebih 50 tahun UMNO memerintah.

Apakah nabi Muhammad itu bukan tokoh politik?? Hanya tokoh agama semata-mata?? Begitu???

Jika Ust Kazim ingin bersama UMNO, itu adalah lebih bagus. Nyatakan pendirian, dan berjuang dalam UMNO untuk mengubah UMNO yang telah banyak tersasar kepada Islam yang sebenar. Moga perubahan yang dilakukan oleh Kazim Elias kpd UMNO adalah ikhlas, dan berjuang semata-mata kerana Allah dan mahu Islam ditegakkan di Malaysia.

-PejuangIslamUMNO-

Tanpa Nama berkata...

Salam Semua,
Saya dah amati bukan satu dua ceramah Ustaz Kazim melalui CD, Youtube, Internet malah live di 3 tempat berturut. Apa yang saya nilai ialah hampir keselurannya adalah berasaskan Hadith, Firman dan Kitab. Kupasannya adalah logik, tegurannya adalah ikhlas dan dia tak menyebelahi mana-mana Parti Politik. Rasanya didalam kebanyakkan ceramahnya dia cuba menegur prinsip-prinsip kerajaan serta lain-lain pihak yang kurang tepat demi kebaikkan agama khususnya. Mengapalah kita mesti nak pertikaikan masalah PARTI. Biarlah dia bebas mmemberikan pengajaran mealui ceramahnya yang ikhlas tu.

Tanpa Nama berkata...

Ӏ am sure this post has touched all thе intеrnet
vіsitors, itѕ really really good paragraph on building up neω website.



My homeρage: Same Day Payday Loans

Hidup Melayu Islam berkata...

Memang orang terbaik untuk betulkan orang UMNO Ustaz Kazim,dari ceramahnya nampak dia ada teguh orang UMNO.