Jumaat, 1 Oktober 2010

GANGGUAN 'MAKHLUK HALUS' DI TEMPAT PEMBUNUHAN DATO SOSILAWATI!!


Lari sikit pada politik, nampaknya siri tragedi yang tragis dan ngeri ini berterusan. Kesannya boleh dirasai oleh Polis-polis yang bertugas. Baca laporan dari Utusan.

KUALA LUMPUR  Sept. - Ladang Gadong di Kuala Langat, Selangor yang menyimpan kisah tragis melibatkan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, kini mula menerima gangguan suara misteri.


Beberapa anggota polis yang bertugas mengawal lokasi pembunuhan kejam itu mendakwa mendengar 'suara-suara' meminta tolong hampir setiap malam.


Ekoran itu, polis dikatakan terpaksa menambah bilangan anggota yang berkawal daripada dua kepada lima hingga enam orang mengikut syif setiap hari.


"Pada mulanya, hanya dua anggota bertugas namun bilangannya terpaksa ditambah kerana ada yang mengalami gangguan-gangguan ketika bertugas.


"Mereka diganggu 'suara-suara' itu yang sayup-sayup kedengaran meminta tolong," kata sumber sambil memberitahu salah seorang suspek kes itu juga mengakui 'didatangi' lembaga.


Menurutnya, 'suara-suara' itu biasanya muncul dari dalam ladang kelapa sawit terbabit di waktu tengah malam semasa anggota-anggota sedang berehat di pondok kecil yang dibina mereka tidak jauh dari tali air.


Katanya, anggota-anggota terbabit juga tidak dapat memastikan dari arah mana 'suara-suara' itu kerana keadaan ladang yang amat gelap selain ia hanya sayup-sayup kedengaran.


Katanya lagi, bagi langkah berjaga-jaga anggota tidak melakukan rondaan seorang diri sebaliknya dijalankan secara berkawan pada setiap jam. Sambung baca sini.

Sememangnya menyeramkan... naik bulu roma..

P/s: Tak tahu nak kata apa.. cuma kita doakan roh mereka ditempatkan ditempat orang yang beriman 'baik-baik' dan tenang.

Mctheory:
Sedekahkan Al-Fatihah.

1 ulasan:

Helang Buana berkata...

Marilah kita sama-sama sedekah al-fatihah kepada roh-roh mereka agar roh mereka diletakkan ditempat yang mulia bersama-sama orang2 yg solih. Amin