Jumaat, 1 Oktober 2010
PANAS GILA!! KONSPIRASI 'TUMBANGKAN' MB SELANGOR!!
Fuuyooo!!.. akhirnya, segala percakapan dan tulisan yang puak pakatan panggil tohmahan sudah ada jawapannya. Kini sudah terbukti bahawa sememangnya Azmin ada membuat perancangan untuk menjatuhkan Khalid Gagap sebagai MB Selangor. Baca artikel dibawah ini,
Mengejutkan! Bekas Ketua Reformasi Malaysia, Ramlan Abu Bakar yang pernah mengetuai demostrasi "Skuad Bogel" yang dibuat di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengakuan melalui telefon yang dirakamkan bahawa beliau telah diberikan habuan oleh Azmin Ali berbentuk tapak perniagaan pasar malam (uptown) sebagai ganjaran bekerjasama menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Pembaca boleh mendengar sendiri pengakuan yang dibuat melalui youtube yang disertakan di laman blog ini.
Pendedahan ini dibuat oleh bekas ahli MPT Keadilan yang juga merupakan salah seorang pengasas Parti Keadilan iaitu Ng Lum Yong.
Ramlan sendiri menceritakan kenapa Azmin tidak menyukai Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri besar Selangor dan Azmin sendiri yang menyalurkan dokumen rasuah Tan Sri Khalid kepada beliau untuk digunakan menjatuhkan Menteri Besar Selangor itu. Sambung baca sini.
Sementera itu Ng Lum Yong juga sudah membuat pengakuannya dihadapan pemberita, mengenai kewujudan suara rakaman tersebut,
Ng Lum Yong yang merupakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), mendakwa, pengakuan tersebut terdapat di dalam rakaman perbualan telefon antara Ramlan dengan seorang yang sehingga kini masih belum dikenali.
Beliau mendakwa, rakaman perbualan telefon itu diterimanya dalam bentuk cakera padat di rumahnya 10 hari yang lalu.
''Sejak itu saya mendengar rakaman perbualan ini boleh dikatakan pada setiap hari. Saya mahu mengenal pasti identiti mereka dan akhirnya saya dapat mengecam salah seorang mereka ini ialah Ramlan Abu Bakar, ketua gerakan reformis. Sambung baca kat sini.
Untuk mendengar dan mendownload suara rakaman terbabit boleh klik kat sini pulak.
Dah ku sangka, sememangnya Azmin dari dulu lagi memang berminat untuk menjadi MB Selangor. Jika dia dapat memegang jawatan MB Selangor, Mc ingat dia akan jadi manusia paling kaya di Malaysia. Habis harta bumi Selangor dia sapu dan agihkan 'harta rampasan perang' kepada kroni-kroni sekelilingnya.
Khalid gagap pun dah sapu (harta), cuma dia kasi kat kroni-kroninya sendiri saja, sebab tu Azmin panas. Mana boleh Khalid saja yang dapat. Dia dan kroni dia macam mana?
Lalu Azmin membuat perancangan sulit dengan bantuan pimpinan tertinggi PKR, untuk menjatuhkan Khalid Gagap yang sememangnya 'lumbu' itu.
PKR sememangnya makin gila, makin teruk, makin hancur.
P/s: tak tahu nak kata apa lagi, cuma berdoa untuk PKR 'rebah' cepat sikit.
Mctheory:
Istimewanya Azmin pada Ketuanya.. kenapa ye? he he he...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan