Jumaat, 15 Oktober 2010

GILA!! AKIBAT TERANGSANG, SAIFUL DILIWAT TANPA KONDOM BERKALI-KALI!!



sumber AIDCNews

KUALA LUMPUR - Ahli patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Siew Sheue Feng memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa semasa merekodkan sejarah perubatan Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun, 2008, mangsa itu memberitahu bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dua bulan sebelum tarikh itu, tanpa menggunakan kondom.
Dr Siew berkata Mohd Saiful memaklumkan kepadanya bahawa Anwar tidak menggunakan kekerasan terhadapnya dan menggunakan bahan pelincir (KY Jelly) semasa proses meliwat itu.

"Selepas Mohd Saiful memberitahu dia diliwat, saya bertanya kepadanya sama ada kondom telah digunakan, Mohd Saiful menjawab tidak, tapi katanya bahan pelincir telah digunakan," kata Dr Siew

Doktor itu berkata beliau membuat keputusan secara konklusif berdasarkan keputusan empat sapuan yang diambil dari bahagian dubur Mohd Saiful semasa pemeriksaan perubatan pada 28 Jun, 2008, beliau mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki.

"Berdasarkan laporan itu dan mengetahui lokasi tempat sampel itu diambil, sekarang saya boleh mengesahkan bahawa telah berlaku penetrasi alat kelamin lelaki," kata Dr Siew, 40, saksi ketiga, pakar forensik yang berpengalaman mengendalikan antara 200 dan 300 kes forensik dan menyelia 20 kes liwat.

Ketika ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, sama ada liwat boleh berlaku tanpa mengakibatkan sebarang kecederaan pada kawasan dubur mangsa, Dr Siew berkata perkara itu boleh berlaku sekiranya bahan pelincir digunakan atau kejadian itu lewat dilaporkan kepada doktor.

"Ini berkemungkinan terjadi apabila perbuatan itu tidak melibatkan kekerasan atau sanggahan," kata Dr Siew.

Seterusnya, saksi keempat pendakwa, Dr Khairul Nizam Hassan, pakar penjagaan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL), turut memberi keterangan di mahkamah hari ini.

Dr Khairul Nizam berkata penetrasi (proses kemasukan) alat kelamin lelaki telah berlaku berikutan penemuan air mani lelaki pada bahagian 'periannal, low rectal dan highrectal' Mohd Saiful.

Dalam keterangannya, Dr Khairul Nizam memberitahu mahkamah bahawa beliau telah membuat pemeriksaan fizikal terhadap Mohd Saiful, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar menangguhkan pemeriksaan balasnya terhadap tiga doktor itu kepada 25 Oktober.

Sebelum ini, Karpal juga turut menangguhkan pemeriksaan balas Dr Mohd Razali Ibrahim, pakar bedah HKL.

Pada 3 Jun lalu, Dr Razali merumuskan walaupun ketiadaan koyakan, tetapi kewujudan air mani di dubur mangsa (Mohd Saiful) sudah memadai untuk merumuskan wujudnya penetrasi (tembusan).

Prosiding hari ini sepatutnya diteruskan dengan pemeriksaan balas Karpal terhadap Dr Razali, namun setelah perbincangan di Kamar Hakim di antara pihak pendakwa dan pihak penguambela, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju pemeriksaan balas ke atas Dr Razali ditangguhkan lagi tetapi disambung dengan keterangan saksi ketiga, Dr Siew Sheue Feng dan saksi keempat,Dr Khairul Nizam Hassan.

Sebelum, Dr Siew memberi keterangan, Karpal berusaha mengalihkan topik dengan memberitahu mahkamah bahawa beliau akan mengusulkan prosiding menghina terhadap individu tertentu (Rahimi) berhubung kenyataan yang dibuat kepada media.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah meluluskan permohonan Karpal untuk memfailkan permohonan rasmi bagi mendapatkan prosiding menghina mahkamah.

P/s: kebenaran semakin terbongkar..sedikit demi sedikit..

Mctheory:
Karpal pun dah mula pening dengan kes ni.. he he he..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lucah nyer blog...bontot aku sangat membaca nyer.