Selasa, 19 Oktober 2010

JENAYAH REMAJA SEMAKIN MENJADI-JADI DI KEDAH!!


ALOR SETAR -- Seorang bakal pengantin dicekup kerana dipercayai terbabit dalam kes samun bersenjata ke atas beberapa stesen minyak di sekitar Kota Setar, Jitra dan Kangar.

Suspek yang berumur 22 tahun itu dicekup di Gunung Keriang pada 8 Okt lalu, iaitu dua hari sebelum dia akan berkahwin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata bakal pengantin tersebut turut dikehendaki berhubung satu kes rogol di Kuala Nerang dua tahun lalu.

Sehari sebelum suspek ditahan, seorang rakan suspek yang berumur 25 tahun turut ditahan di Pokok Sena.

Beliau berkata kedua-dua suspek aktif menyamun sejak April lalu dan sehingga Oktober lepas, sebanyak 19 buah stesen minyak dan sebuah kedai serbaneka di Pokok Sena telah mereka samun yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM35,000.

Mereka didapati menggunakan senjata seperti parang, pisau dan pistol tiruan dan pernah menikam seorang juruwang sebuah stesen minyak tersebut. "Modus operandi kumpulan ini ialah mereka akan meninjau terlebih dahulu stesen-stesen minyak. Sekiranya tidak ada pelanggan ketika itu, mereka akan masuk ke dalam stesen minyak dan menyamun wang di kaunter juruwang.

"Seorang akan masuk ke dalam stesen minyak dengan memakai topi kaledar dan seorang lagi akan menunggu dengan motosikal di luar stesen minyak," kata Abdul Ghafar.

Selepas menyamun, mereka akan menukar nombor plat motosikal mereka, katanya.

Polis turut merampas tiga buah motosikal yang dipercayai digunakan untuk menyamun, dua pucuk pistol tiruan dan sebilah pisau daripada kedua-duanya. Mereka kini ditahan reman sehingga 25 Okt ini. - Sinar Harian

Makin dahsyat dan ganas nampaknya remaja2 Kedah sekarang ni. Apakah 'kepimpinan Islam Pas' tidak berjaya membukti moral yang tinggi dikalangan remaja Kedah?

P/s: Jangan cakap je besar, buktikan dulu keberkesanan Islam Pas di Kedah.

Mctheory:
Rogol, dadah dan rompak semakin menjadi-jadi.

1 ulasan:

Megat Alam Gempita berkata...

Ni anak orang baik-baik, nak salahkan UMNO, PAS yg perintah Kedah ! Tak pa buat jahat hatta meliwat sekalipun kalau hangpa sokong PAS gerenti masuk sorga.