Ahad, 31 Oktober 2010

KEMPEN UNDI PAS MASUK SYURGA MUNCUL LAGI??


GUA MUSANG  Okt. - Kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas mula dicemari dengan taktik kotor Pas apabila parti itu cuba mempengaruhi pengundi warga emas di sesetengah kawasan dengan mendakwa undi Pas masuk syurga.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman ketika pihaknya mengadakan kempen rumah ke rumah di beberapa buah kampung sejak lima hari lalu.

Ekoran itu beliau berkata, Wanita UMNO terpaksa memberi penjelasan kepada kumpulan pengundi terbabit bahawa penentuan syurga atau neraka merupakan hak Allah dan bukannya Pas.

''Saya tidak sangka yang Pas masih lagi memainkan isu pangkah Pas masuk syurga terutama di kalangan pengundi-pengundi warga emas. Kami terpaksa memberi penjelasan supaya mereka sedar kempen yang dijalankan oleh jentera Pas itu tidak benar.

''Akhirnya mereka faham penentuan syurga dan neraka adalah hak Allah. Apa yang kami lakukan ini bukan setakat berkempen malah turut memberi kesedaran kepada penduduk setempat mengenai perbezaan antara Islam dan Pas," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Hamidah berkata, beliau dan anggota Wanita Wanita lain perlu membuat penjelasan itu supaya para pengundi mereka dapat gambaran yang jelas mengenai Pas.

''Islam dan Pas merupakan dua perkara berbeza. Islam adalah agama paling suci manakala Pas hanya sekadar sebuah parti politik yang berusaha meraih sokongan rakyat.

''Kami terpaksa melakukan peranan ini kerana kami tidak mahu penduduk di sini terutama warga emas terus terpengaruh dengan dakyah-dakyah Pas yang tidak berasas," katanya lagi.

Beliau berkata, hakikatnya, Pas kini tidak lagi memperjuangkan penubuhan negara Islam seperti mana sebelum ini apabila parti tersebut membuat keputusan untuk bersahabat dengan DAP.

''Inilah antara perkara-perkara utama yang kita maklumkan kepada pengundi-pengundi di sini. Biar mereka tahu siapakah Pas yang sebenar," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, strategi kempen Wanita UMNO kali ini lebih menjurus kepada usaha mendampingi rakyat secara kumpulan-kumpulan kecil.

''Kebiasaannya bilangan penduduk bagi setiap kumpulan adalah antara 20 hingga 30 orang. Di dalam kumpulan ini kita akan menerangkan faedah serta kebaikan yang diperolehi sekiranya mereka menyokong calon Barisan Nasional (BN)," ujarnya. - Utusan

Mctheory:
Tak sudah2 beruk2 ni guna ajaran sesat nak pengaruhi rakyat!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ASTAGFIRLA AL AZIIM...Kenapa sangup dibuat kenyataan sebegini rupa? Siapakah yang lebih berhak menentukan syurga atau neraka? Bukankah ALLAH S.W.T yang empunyakuasanya? jangan dipesongkan akidah ISLAM. Saya syorkan jakim memainkan peranan penting untuk memastikan umat Islam di Malaysia diberi penerangan yang jelas dalam meaastikan Fatwa politik Ajaran sesat dihentikan serta merta..Tiada siapa yang berhak menentukan syurga atau neraka. Kepada suami yang melarang isteri mengundi UMNO kononnya boleh dijatuhkan talak 3, saya syorkan mereka kembali kejalan yang benar. jangan beri tekanan jiwa dan memesongkan akidah..kembali ke jalan yang benar..kembalilah kejalan yang benar.

Tanpa Nama berkata...

syurga atau neraka itu ketentuan Tuhan.siapalah Nik Najis atau Hadi Awang Sial tu hendak menentukan siapa yang layak masuk syurga dan siapa yang akan ke neraka?!adakah mereka itu Nabi seperti Ayah Pin?!Sekiranya begitu, jelas sekali yang Parti Ajaran Sesat nih merupakan sebuah lagi pertubuhan sesat!Maka Majlis Ulama perlulah bertindak segera dengan mengeluarkan fatwa mengharamkan Parti Ajaran Setan nih!Majlis Ulama tidak perlu menunggu lagi kerana sudah terang lagi bersuluh yang Parti Setan nih sudah terbukti sesat bilamana mereka berkata 'Pangkah Pas masuk syurga'.tidakkah dengan kenyataan seperti ini jelas menunjukkan yang parti ini merupakan satu lagi pertubuhan sesat yang setaraf dengan kerajaan langit Ayah Pin?!
sesungguhnya berok-berok dalam PAShit tu telah terbukti sesat!kembalilah ke jalan yang benar!ngatlah yang tiada siapa yang mampu menentukan syurga atau neraka seseorang itu melaikan Tuhan Yang Maha Esa.perbuatan seperti ini yang mengatakan 'pangkah Pas masuk syurga' jelas sekali menyekutukan Tuhan.Ingatlah yang perbuatan menyekutuka Tuhan adalah perbuatan Syirik!orang-orang yang Syirik memang sah tempatnya di NERAKA!

Tanpa Nama berkata...

Pangkah PAShit Masuk NERAKA!Konfem!