Rabu, 27 Oktober 2010
KENAPA BN PERLU PERLU PERLU PERLU MENANG DI BATU SAPI!!
BN perlu menang di Sabah bagi membuktikan sokongan rakyat Sabah masih bersama BN. Sokongan rakyat terutamanya yang berbangsa cina perlu, bagi mengimbangi kekalahan BN si PRK Sibu yang lepas. Berbanding PRK Galas, lebih baik BN lebih beri perhatian kepada PRK Batu Sapi. Di Batu Sapi merupakan kayu pengukur yang sangat penting mengenai tahap kekuatan BN Sabah.
Dengan apa cara sekalipun BN Sabah harus mempertahankan Batu Sapi, bagi membuktikan sokongan kaum cina terhadap BN tidak lemah seperti yang disangka. Bertokohkan calon lama yang tidak banyak kontroversi dan calon baru pula adalah isteri mendiang Edmund, tidak mungkin BN akan kalah di Batu Sapi.
Sebenarnya, tak banyak isu pun yang dapat pembangkang mainkan di Batu Sapi ni. Sokongan terhadap Anwar dan puak2nya pun agak lemah. Dap pulak langsung tak berpengaruh. Lagipun puak Dap sini takut nak berkempen, takutkan dengan puak SAPP. Silap2 kempen, nanti kena maki dengan SAPP.
Hubungan PKR dan SAPP juga tak baik. Cuma, bila Ansari dan Tock Lee bertanding sekali, yang menjadi masalahnya nanti ialah pecahan undi diantara pengundi bumiputra Islam dan kaum cina. Kedua-dua ini merupakan majoriti terbesar yang akan mempengaruhi undi.
Ditakutkan, undi bumiputra Islam akan berpihak kepada Ansari dan undi kaum cina akan berpecah kepada Linda dan Teck Lee. Mungkin ini boleh berlaku, dan ini juga akan jadi penyebab kekalahan BN di Batu Sapi.
Jentera BN perlu mainkan isu tempatan dan mengekalkan kewibawaan tokoh terdahulu disamping rakyat untuk mengekal sokongan yang sedia ada. Malah sejak dari dulu lagi, BN tidak pernah kalah di Batu Sapi, andaikata jika terjadi sebaliknya. Ada petanda buruk akan berlaku. Minta simpang laa..
Dengan apa harga sekali pun, BN perlu menang di Batu Sapi. Jangan terlalu yakin, nanti jadi serupa Sibu. Hapuskan Pakatan Haram di Sabah!!.
P/s: Doakan dari jauh je la.. tak berkesempatan nak pergi..
Mctheory:
Peluang untuk menyekat kemaraan Pakatan Haram di Sabah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan