Khamis, 14 Oktober 2010

MISTERI! KENAPA SYED SOBRI ADUN UMNO SOKONG MB KEDAH??


Memula sila baca berita dibawah, berita yang dipetik dari akhbar Sinar Harian,

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil memberi penjelasan kepada pimpinan UMNO negeri berhubung kenyataannya menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu air yang mencetuskan kontroversi sejak minggu lalu.


Syed Sobri yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata, beliau juga bersedia untuk menjawab mengenai tindakannya mengkritik Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim yang mendesak Azizan meletak jawatan jika isu itu terus berlarutan.


“Kenyataan saya mengenai sokongan kepada Menteri Besar hanya berhubung isu laporan kepada SPRM, bukannya menyentuh mana-mana parti politik atau untuk kepentingan peribadi.


“Saya bercakap demi kepentingan rakyat dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan penjelasan kepada Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal jika dikehendaki berbuat demikian,” katanya.


Syed Sobri berkata, beliau akan tetap mempertahankan kenyataan itu yang dianggap tidak melanggar disiplin parti.


“Saya sedia dihukum jika didapati bersalah namun saya akan tetap mempertahankan kenyataan yang saya buat demi kepentingan rakyat,” katanya.


Sementara itu, kata Syed Sobri, isu kenaikan tarif air perlu dilihat secara positif sebagai kempen agar rakyat lebih sedar akan kepentingan air dan menggunakannya dengan bijak.


Pelik tak bila seorang adun dari UMNO, boleh mempertahankan tindakan parti lawannya. Sedangkan dia tahu bahawa, team dia sendiri pun tak kuat, lagi nak tolong bagi 'markah' free kat puak lawan. Weii Sobri!  Sepatutnya hang gunakan peluang ini untuk menghentam Kerajaan Pas Kedah, bukannya hang jadi hero puak Pas dengan membela si MB Kedah yang kaki pusing tu.

Awat, hang dah kena beli dengan Pas ka apa? Atau dalam dokumen pendedahan Azizan tu, ada nama hang dok songlap duit rakyat? Sebab tu hang teruih pi cium kaki Azizan.

Nak tahu sebab apa 'mangkuk' ni dok bela Pas, mai baca bawah ni,

Menurutnya, Syed Sobri yang disebut-sebut akan keluar parti dan menyertai PAS menerima jemputan perwakilan PAS yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi untuk menghadiri satu majlis kenduri dan dialog anjuran Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah Padang Terap.
Beliau bagaimanapun menyatakan, tidak banyak perbincangan menjurus kepada hasrat Syed Sobri untuk keluar daripada Umno dan menyertai PAS pada ketika itu.


"Hingga setakat ini, PAS negeri belum menerima sebarang permohonan daripada Syed Sobri dan sekiranya beliau benar-benar berniat hendak masuk PAS, beliau kena mohon dan tunggu hingga bulan depan untuk Jawatankuasa PAS negeri mengesahkan permohonannya," katanya ketika dihubungi. - sambung baca sini.

Sebenarnya 'mangkuk' ni dah lama dah nak masuk Pas. Kalau dia masuk Pas pun takpa, dia bukan salah satu penyumbang kekuatan parti, dia ni hanya jadi penyemak dalam parti Pas je nanti. Selama ni pun dia asyik dok permainkan UMNO Kedah, sikit2 ugut nak keluar parti, lepas dia ugut, UMNO pun bonggok2 pujuk balik, dia ingat dia siapa? penting sangat ka?, lepas ni kalau dia betul-betul nak keluar parti, mampuih pi la kat dia.

Syed Sobri ni sebenarnya kaki berhutang, hutang dia mak aii.. bertimbun-timbun. Untuk pengetahuan pembaca, selepas dia dipilih jadi calon PRU ke 12, dia menang kerusi dun dan hampir diisytiharkan bankrup (disebabkan hutang yang tak dapat dijelaskan), kalau dia bankrup, PRK bagi Dun Kuala Nerang pasti tak dapat dielakkan lagi. Atas sebab demikianlah UMNO Kedah telah membantu Sobri ni menyelesaikan hutangnya yang bertimbun tu.

Kemudian dia berhutang lagi, bila dia ada masalah kewangan, dia minta UMNO tolong. Bila UMNO takmau tolong dia, disebabkan hutang dia langsung takdak kena mengena dengan parti, dia ugut nak keluar parti. Itulah caranya dia mengugut UMNO. Mc harap lepas ni, kalau dia betul-betul nak keluar parti, bagi aje la dia pergi. Dok simpan sampah lama2 pun buat apa? Buat busuk dalam rumah ja.

Kalau dia nak masuk Pas, biar la dia masuk Pas. Mc percaya bila dia masuk Pas, mesti ada PRK nanti kat Kuala Nerang. Sebab dia ni taik berhutang, mesti dua tiga bulan lagi bankrup la mangkuk ni. Mana mungkin Pas nak tolong bayar hutang dia yang bertimbun tu.

Orang lain pun buat bisnes, tapi untungnya buat bayar hutang, bukannya enjoy pergi ke Siam.. betul tak??

P/s: Tengok muka pun dah tahu, ni jenih tak tau kenang budi punya orang.

Mctheory:
Tak payah ambil tindakan, halau ja mangkaq ni blah dari UMNO.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hangpa orang umngok mmg bodo! tak bole tegoq langsung.

Pena Agenoz BERBISIK... berkata...

Salam Ukhwah

Maaf PAB berkata2 :

PAB sokong...mana2 yg memberi masalah kpd UMNO Kedah disingkarkan sbg proses pemutihan...Biar hilang kerusi le nie...drpd hilang kerusi pd PRU13 nanti

Pena Agenoz BERBISIK... berkata...

Salam Ukhwah...

Maaf PAB berkata2 :

Bukan tak boleh tegur...nie bukan menegur...menambahkan lagi masalah UMNO Kedah ada lah...

Masalah air masalah rakyat...yg dia kata baik utk rakyat tue peliklah sgt...kalau gula kita boleh terima...kalau anon 17:13 tak mandi..tak minum air bersih...deme boleh terimaker... Cakap pakailah otak sikit...

Ada otak pakai..BIAR BIJAK JGN TAK CERDIK

Tanpa Nama berkata...

Kpd tanpa nama 17:13,
Cakap tu biar berlapik sikit, kalau tak kerana UMNO dah lama orang melayu merempat. Pas pun hidup atas susah payah UMNO. Islam maju dapat berkembang kerana UMNO. Pas hanya perguna Islam untuk kepentingan politik, nanti jawablah dihadapan Allah. Syed Sobri memang bermasalah, semasa Syed Razak jadi MB dia jadi orang kanan tapi buat banyak masalah pada Syed Razak. Dia keluar dari UMNO pun tak pa. Kami memang suka.

Tanpa Nama berkata...

kalau nk masuk PAS pilah cepat22.Jngan jadi duri dalam daging UMNO Kedah aja.