Selasa, 19 Oktober 2010

PANAS!! AHLI MAJLIS DAP LANGGAN PELACUR DI SINGAPORK??!!

pelacur jalanan

Oleh Susan Lim

Seorang Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dikatakan telah memalukan DAP dan negeri itu apabila didakwa melanggan pelacur ketika dalam urusan rasmi di Singapura. Dua lagi Ahli Majlis tersebut dikatakan telah mengunjungi kelab malam untuk berpoya-poya.

Sebuah akhbar berbahasa Cina, China Press melaporkan insiden tersebut, namun sebelum siasatan dimulakan, akhbar tersebut telah diberi tekanan untuk meminta maaf dan menarik balik laporannya.

Berikutan permohonan maaf segera oleh akhbar itu, Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi telah membuat laporan polis dan menyatakan bahawa kepimpinan Pulau Pinang gagal menunjukkan kebolehan, tanggungjawab dan ketelusan (Competency, Accountability And Transparency (CAT)) dalam menangani isu tersebut.

Beliau menuntut agar siasatan menyeluruh dibuat memandangkan Ahli MPPP tersebut jelas tidak bertanggungjawab dan mempunyai masalah moral yang serius.

Apa yang boleh kita katakan mengenai campurtangan DAP dalam media ini? Ini hanyalah satu lagi bukti sifat chauvinis DAP.

Parti tersebut sering menutup mata atas kesalahan orang-orang mereka. DAP sentiasa berat sebelah, berprasangka buruk serta pentingkan diri sendiri.

DAP ingin menjadi juara kaum Cina, itu sahaja – mereka tidak peduli tentang demokrasi, hak asasi, keadilan, sekalian rakyat mahupun negara ini.

DAP akan menyalak bagaikan langit akan runtuh dalam isu-isu yang membabitkan kepentingan kaum mereka. Sambung baca Malaysia Instinct.

He he he.. orang pergi buat kerja, puak ni pergi langgan pelacur. Nampaknya 'kerja keras' betul puak Dap Penang cari duit nak majukan Penang.

Kenapa berita seperti ini tak dihebohkan? Ini berita panas ni? Kenapa tarik balik berita? Sebab puak sendiri ka?

Kalau kena orang BN, satu Malaysia berita ni heboh. Betul ke tak betul ke, diorang pukul kata betul. Kali ni kena batang hidung sendiri, makk aii.. sepi.. berita dibuang dan dipandang sepi.

P/s: langgan pelacur tu, termasuk dalam peruntukkan keluar negara ke? he he..

Mctheory:
Kenapa pergi sorang? Ajakla Guan Eng sekali... he he.. opss.. lupa dia dah ada misstress..

1 ulasan:

Wake UP! berkata...

Apa nak hairan sedangkan Lim Kit Siang pun ada perempuan simpanan?

Presiden MCA pun ditangkap dengan perempuan simpanan serta diedarkan DVD perbuatan lucah mereka.