Sebaik kembalinya arwah YB Chik Hashim Sulaiman ke rahmatullah, Menteri Besar Kelantan merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan, Tuan Dato Nik Aziz Nekmat menyatakan akan mengketengahkan calon yang tidak merokok untuk pilihan raya kecil DUN Galas.
"Perkara pertama, saya akan tolak perokok. Mereka bukan sahaja membahayakan kesihatan sendiri tetapi membazirkan wang,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (atas, kiri) yang dipetik oleh akhbar New Sunday Times.
PAS sudah mengenalpasti calun untuk diumumkan hari ini. Pastinya calun tersebut tidak merokok dan nama-nama yang telah disenarai pendik juga turut tidak merokok.
Cuma yang ingin diketahui, adakah nama-nama yang dicadangkan sebagai calun dakah mereka semua itu tidak terbakar diri untuk menerima calun yang akan diumumkan?
Nama pemimpin tempatan yang disebut bakal menjadi calon PAS ialah Timbalan yang Dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad. Dr Zul adalah calun PAS untuk kawasan Parlimen pada 2008 yang menentang Tengku Razaleigh. Beliau kalah di kawasan DUN Neggiri dan Paloh tapi menang di DUN Galas.
Sejak dicadangkan seorang calun orang Asli oleh Dato Husam Musa, nama Ketua Perhubungan Orang Asli kawasan Galas, Pandak Panjang Ey turut disebut.
Selain itu, nama Ketua Dewan Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husein, Naib Yang Dipertua PAS Gua Musang, Husin Embong dan Setiausaha PAS Gua Musang, Azman Ahmad disebut-sebut berada dalam senarai.
Sebaik saja Nik Aziz hampir membuat keputusan untuk memilih Dr Zul, beberapa kereta penyokong-penyokong Abdullah telah pergi berjumpa Nik Aziz meminta ditukar keputusannya. Dipercayai mereka akan mengadakan protes membantah pencalonan di Datan Ilmu, Gua Musang malam ini.
Sambil itu, Husin Embong turut tidak berpuashati dengan pencalonan Dr Zul. Husin tersentuh hati kerana sepanjang arwah YB berhadapan dengan sakit, dia yang telah mewakili dan membantu tugasnya.
Ramai nampaknya yang terbakar, walaupun Nik Aziz sudah pilih mereka tidak merokok.
Sumber BN Galas
P/s: BN Galas adalah blog khas untuk PRK Galas, banyak maklumat mengenai Galas yang anda boleh dapat disana.
Mctheory:
Aikk!!.. belum apa2 dah bergaduh sama sendiri? Bagus.. bagus..
5 ulasan:
Masalahnya, kebanyakan pengundi Kelantan ni kalau calon tu sekor kambing di cat warna hijau pun depe undi jugak
tapi tang bontot dapat dicat putih agar senang nampak!! jangan cat hijau seluruh badan!!
Dah dpt jadi DUN..nt boleh la kahwin lbh dr satu..tu yg berebut2 sgt nak melobi diri masing2
Dah dpt jadi DUN..nt boleh la kahwin lbh dr satu..tu yg berebut2 sgt nak melobi diri masing2
Tgk Ajis skrg ni, rupanya saling tak tumpah mcm rupa "DATO' NIKAH KAHWIN" dalam cerita Musang Berjanggut. Moralnya, drpd zaman 60an lagi, memang dah dijangka akan ada musang berjanggut yg akan keluar ke bumi Malaysia ini
Catat Ulasan