Iklan satt!! |
Ada dua usul yang agak menarik untuk dinilai dan diperhalusi. Syor yang pertama datangnya daripada wakil ulama muda iaitu penubuhan Majlis Ulama UMNO manakala syor kedua pula datangnya daripada Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi UMNO Negeri Kedah.
Berdasarkan sejarah, penubuhan UMNO pada 1946 turut seiring dengan penubuhan Biro Agama yang terdiri daripada bekas-bekas pejuang kemerdekaan golongan agama yang telah diharamkan oleh British terutama yang berasal dari Hizbul Muslimin. Suara dan pengaruh Biro Agama agak setara dengan kepimpinan utama UMNO yang pada ketika itu dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra.
Beberapa tindakan yang dilihat sebagai syubhat dan terlalu mengikut nasihat British sekalipun atas sebab Kemerdekaan Tanah Melayu, menyebabkan berlakunya pertembungan kuasa yang dahsyat di dalam UMNO. Tuan Haji Ahmad Fuad, Tuan Haji Abdullah Fahim (datuk Dollah Badawi) dan Tuan Haji Fathullah Suhaimi yang berada dalam Biro Agama telah bangun menentang apabila cadangan Kesatuan Melayu Kedah agar UMNO mewujudkan LOTERI KEBAJIKAN mendapat sokongan daripada Perikatan Melayu Perak Cawangan Selama. LOTERI KEBAJIKAN tersebut kekal bermula dari 1940-an sehinggalah Tun Dr.Mahathir Mohammad memansuhkannya pada penghujung 1980-an.
Dari awal kewujudan lagi, UMNO telah meminggirkan golongan bijakpandai agama kecuali pada zaman Dr.Mahathir yang memberikan ruang kepada mereka untuk bertanding dan menjadi calon pilihanraya serta wakil rakyat.
Biro Agama UMNO yang wujud sekarang ini sebenarnya dibarisi oleh nama-nama yang agak besar dan ketokohan mereka dalam keilmuwan Islam tidak boleh dinafikan. Bagaimanapun, hampir kesemua daripada mereka TELAH BERTUKAR MENJADI SYAITAN-SYAITAN BISU apabila berhadapan dengan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Bahkan ada sebahagian daripada memilih untuk mencari jalan untuk melakukan pembelaan sekalipun kemungkaran tersebut begitu jelas dan sangat ketara dengan pelbagai alasan.
Persoalan utama kini ialah, adakah Majlis Ulama UMNO nanti juga akan mengalami nasib yang serupa dengan Biro Agama UMNO yang fungsinya sekarang ini hanyalah jadi tukang baca doa dan imam solat semata-mata? Mampukah nanti Majlis Ulama UMNO menegakkan amar makruf nahi mungkar di dalam UMNO?
Terlebih penting, TIDAK TAKUTKAH pemimpin-pemimpin utama UMNO seandainya Majlis Ulama UMNO yang bakal ditubuhkan nanti akan bertukar menjadi PAS kedua, memandangkan PAS sebenarnya adalah hasil daripada ijtihad ulama-ulama UMNO pada penghujung 1940-an lalu.
Menukar imej dengan menjadikan masjid sebagai pangkalan operasi atau Command-Centre, bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi sudah terlalu lama, para pembesar UMNO 'kelihatan' menjauhkan diri daripada masjid. Berbeza dengan para pemimpin PAS yang mempromosikan diri mereka di surau-surau dan masjid-masjid dengan memberi tazkirah, mengadakan kelas agama, menjadi imam, menguasai AJK Masjid dan Surau serta apa-apa sahaja yang berkaitan dengan masjid dan surau, para pemimpin UMNO pula sekadar ke masjid untuk bersolat. Malah terlalu ramai sebenarnya yang hanya ke masjid pada hari Jumaat sahaja.
Lantaran ini usul yang dicadangkan oleh Shafie Apdal agar UMNO membuat pendaftaran pengundi di kawasan masjid adalah sesuatu yang baik. Jangan terlepas masuk ke dalam kawasan masjid seperti yang dilakukan oleh PAS, cukup sekadar di halaman masjid. Apatah lagi, kebanyakan masjid-masjid baru mempunyai premis perniagaan yang memudahkan tujuan berkenaan.
Hendak lebih mudah lagi, WAJIBKAN KETUA-KETUA BAHAGIAN DAN CAWANGAN untuk menjadi orang masjid, malah menyewa premis perniagaan masjid sebagai pusat operasi dan pusat kebajikan...
Yang menjadi masalahnya, BERAPA RAMAI Ketua-Ketua Bahagian dan Cawangan UMNO yang TIDAK TAKUT DENGAN MASJID memandangkan kebanyakan daripada mereka melihat MASJID SEBAGAI BANGUNAN BERPUAKA YANG PENUH DENGAN IFRIT GANAS!!!
Tak percaya, cuba kira berapa biji kepala orang UMNO pada waktu solat subuh di masjid dan surau di tempat anda... anda mungkin akan mati terbeliak kalau terpandang Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan anda sedang beriktikaf di masjid atau surau sementara menunggu masuknya waktu solat Subuh....
Tidak keterlaluanlah kalau dikatakan, cadangan Shafie Apdal itu memang cantik, tapi TAK RELEVAN untuk UMNO... lainlah kalau cadangan tersebut datangnya daripada Naib Presiden PAS untuk YDP Kawasan dan Markas....
Sumber The Flyingkick
P/s: Kita boleh buat, tapi pemimpin bawahan boleh ikutkah??
Mctheory:
Muhasabah untuk orang dan diri sendiri. Selalunya yang betul pahit untuk ditelan.
2 ulasan:
Salam,
Nak buat sesuatu yang baik memang tak mudah dan banyak rintangan. Tapi, nak tunggu bila lagi nak buat baik.
Kalau tak berubah, kita akan diubah. Takkan kerana takut orang bawahan tak boleh nak ikut jadi baik, maka kepala jalan pun tak perlu buat baik. Kepimpinan melalui teladan.
jika pas dikuasi dan diketuai ulamak as-sunnah pasti mereka menegur dengan cara ikhmah tapi sayang pas dari dulu pun dikuasi puak wahabi....yang wajib dihancurkan...
Catat Ulasan