Jumaat, 12 November 2010

APA YANG MENARIK PASAL GAMBAR NI??


Satu Projek oleh Kerajaan Barisan Nasional. Oooops! Tersilap kerana selalu sangat terjumpa perkataan seperti ini apabila meronda ke kampung-kampung dan sebagainya.

Seperti biasa segala kutukan dan cacian terhadap UMNO dikeluarkan kerana meletakkan ayat tersebut. Itupun atas nama kerajaan Barisan Nasional, bukan atas nama UMNO.

Tetapi kini kutukan tersebut sudah kembali kepada diri sendiri. "Sumbangan Kerajaan PAS"... lebih teruk lagi hanya nama PAS saja yang ada. Mana dia kerajaan Pakatan Rakyat?

Bila tanya bila nak buat hukum Islam, jawaban mereka ini bukan kerajaan PAS tetapi kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi bila timbul tentang perkara yang boleh menguntungkan mereka, "ini sumbangan kerajaan PAS".

Inilah Pakatan Rakyat. Masing-masing cuba mempergunakan antara satu sama lain. PKR memperalatkan kekuatan jentera PAS; DAP memperalatkan PAS untuk undi melayu; DAP mempergunakan PKR untuk tari Melayu Liberal.

Tetapi nampaknya yang paling untuk besar ialah DAP. PAS dan PKR menjadi bola yang boleh digolek ke sana ke mari. Yang untung hanya DAP aka PAP, yang rugi adalah orang Melayu. PAS hanya untung apabila boleh letak "Sumbangan Kerajaan PAS' di papan tanda seperti di atas.

Sumber Kedah Times

P/s: Pakatan Rakyat aka Pakatan Haram ni, takdak makna pun. Cuma wayang gambar semata.

Mctheory:
Pakatan Reput atau Pakatan Rapuh.

Tiada ulasan: