Ahad, 7 November 2010

GEMPAR!! MAHFUZ DEDAHKAN MB KEDAH YANG SUKA TIDOQ??

Oleh MIM TEAM


Marah betul si Mahfuz Omar 'Rumah Atas Pokok' pada Shahrizat Jalil sampai terpaksa bercakap orang putih untuk tunjuk kekecewaan dia tu. Tapi seperti kenyataan beliau yang lain, kenyataan kali ini pun dangkal dan hentam suka hati saja.

Di bawah adalah di antara kenyataan beliau :-


“Saya kesal dengan kenyataan Datuk Shahrizat, yang blame (mempersalahkan) kerajaan negeri (Kedah) tidak membuat apa-apa dan kerajaan negeri lembap – itu satu kenyataan yang sangat melampau,” ujar Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily.


“Saya nak sebut bahawa beliau tak boleh blame (salahkan) kerajaan negeri, kerajaan negeri bukan memiliki kenderaan-kenderaan berat dan kenderaan yang sangat terhad yang nak digunakan untuk pengangkutan-pengangkutan yang lain.
Mahfuz 'Rumah Atas Pokok' Omar berhujah kerajaan PAS negeri kurang kelengkapan dan sebagainya. Tapi yang hairannya, kenapa Nazri Aziz boleh pula mengarah agensi kerajaan negeri Kedah untuk membantu dan dapat bot smart?
"Kalau di kawasan saya, Datuk Seri Nazri datang, saya sebut masalah di sini ialah satu tempat kita tak dapat pergi kerana putus, kita tak boleh hantar bekalan makanan walaupun mereka ada penempatan banjir sebab arus air deras, dan bot-bot yang mereka hantar pula bot yang kecil, bomba sendiri pun tak berani pergi dengan bot yang kecil.


"Jadi, saya mintalah bot yang besar, bot tentera dan bot smart barulah beliau membantu mengarahkan perkhidmatan keselamatan negeri ini untuk menghantar bot smart,” katanya.
Persoalannya,

Tidur la wahai Azizan Abduk Razak PAS..

1. Kenapakah sejak awal lagi Mahfuz Omar tidak meminta pertolongan Azizan Abu Razak, MB Kedah supaya mengarahkan agensi kerajaan beliau sendiri untuk membekalkan bot smart? Tidur ke?

2. Kenapa Nazri Aziz yang boleh mengarah perkhidmatan keselamatan negeri untuk membantu, dimanakah kelibat MB Kedah itu sendiri kerana agensi itu adalah di atas kuasa dan jurisduksi beliau?

3. Kenapa Mahfuz Omar tidak mempersoalkan Menteri Besar itu sendiri?

4. Apakah Mahfuz beranggapan bahawa MB Kedah itu tidak kompeten dan tak boleh diharapkan untuk membantu?

Jika kita mengikuti laporan berita HaprakDaily itu, persepsi yang kita nampak ialah Azizan Abu Razak, MB Kedah tidak berupaya untuk mengkoordinasikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di Kedah.

Mahfuz Omar pula telah mendedahkan bahawa Azizan Abu Razak seperti tidak boleh diharap untuk membantu dan mengarah agensi kerajaan negeri sendiri. Pendedahan ini seolah-olah berlaku suatu konflik sesama sendiri di dalam kerajaan PAS negeri Kedah.

Mahfuz sudah kantoi apabila cuba menyalahkan Sahahrizat Jalil tetapi terpalik balik ke muka rakan beliau, Azizan Abu Razak. Dan tak usahlah cuba memburuk-burukkan pihak lain sedangkan diri sendiri dan kerajaan PAS Kedah memang tidak boleh diharapkan.

Sumber MIM TEAM


P/s: Orang Kedah suka MB macam ni, nak buat macam mana kan?

Mctheory:
Kesian rakyat Kedah, dapat MB pun lembab.

6 ulasan:

Helang Buana berkata...

Tengok muka pun tau, MB tu memang berpenyakit. Dulu dia bukan nak jadi MB, dah tak ada pilihan. Ketandusan pemimpin, tapi nafsu menguasai segala2nya. Gagah2 kan juga, rasa letih dah tua, malas nak fikir dah. Yunggu habis 2 tahun lagi, nak bagi kat BN pulak. Bolehlah mencatat sejarah jadi MB Kedah, cerita pada cucu2 esok. Dapat pencen MB tau.

Tanpa Nama berkata...

Salam,
Hampir semua kawan aku orang Kedah cukup bangga dengan pemerintahan PAS Kedah. Mereka berpendapat PAS Kedah berjaya memberi kesenangan kepada penduduk Kedah. Kawan-kawan aku di Kedah siap pelawa aku ke Sg. Petani dan Alor Setar untuk melihat kemajuan dan perubahan di Kedah.

Persoalannya, betul ke? Di sebelah pihak PAS Kedah telah gagal memerintah Kedah dan di sebelah pihak lagi PAS Kedah berjaya?

Jika dilihat kepada senario semasa, PAS gagal mensejahterakan rakyat Kedah. Hal ini ditunjukkan dalam peristiwa kenaikan harga air di Kedah. Bekalan air yang sentiasa terputus dan pembuangan sampah yang tidak terurus.

Sekarang, pihak kerajaan negeri Kedah gagal memberi bantuan kepada mangsa banjir. Dikhabarkan bantuan yang ada hanya diberi kepada kawasan yang ramai pengikut PAS.

Sekiranya saya salah, harap diberi penjelasan.

Unknown berkata...

Tanpa Nama 15:53, Depa perli la tu, suruh hang mai tgk bgmn majunya Kedah la ni..hehe. Sekali sekala pi Alor Setaq dari Butterworth... lebih kurang sama je masa saya dok kat ASetaq tahun 1993 dulu... Tak leh sesat pun. Sikit je perubahannya..tu pun tang Kompleks Bukhary.

Mc, saya lama dah linkkan blog Mc ni, lupa nak habaq.

hanizam berkata...

saya tak tau ape-ape...takda sape bagitau saya...tu kata-kata MB nak lepas tengkuk sendiri...

Arif Omar berkata...

sati si mahfuz yang serba tahu sehingga tak tahu buat apa-apa. satu lagi mb azizan yang semua tak tau, tak tau, tak tau. ha! baguslah tu.

2 x 5 aje dua ekor tu

zaminc berkata...

bencana alam di bawah MKN... siapa yer yang memangku pengerusi MKN?
sembab dan lembab betul orang itu..

Yang dok tungkus lumus tang banjir ni hangpa tatau, komen jee pandai...

mai alor setar ni tgk sendiri... baru boleh beri komen...