Ahad, 7 November 2010

PANAS!! MB KEDAH YANG PELIK TAPI BENAR!!

Hari ni kita bercerita mengenai MB Kedah yang sedang tidor, terus tidor dan tak bangun2.

MB Ostat yang pejamkan mata dan langsung tak peduli nasib rakyat. Dia buat bodoh dan bagaikan tiada apa2 yang berlaku. Bila rakyat dah bising baru nak bertindak.

Hal itu terjadinya di Kedah, apabila negeri Kedah dilanda banjir paling buruk dalam sejarah 100 tahun ini. Kiranya hampir separuh negeri Kedah tengelam dilanda banjir. Memang la bencana alam tidak dapat kita jangka, akan tetapi sebagai kerajaan negeri, peruntukkan untuk bencana alam patutnya ada. Disimpan khas bagi kegunaan kecemasan untuk bantu rakyat.

Apakah kerajaan Kedah langsung takdak peruntukkan untuk bencana alam?

Kerajaan negeri hanya mengharapkan dari agensi2 kerajaan pusat untuk membantu rakyat. Manakala kerajaan negeri dan agensinya, terus tidor tanpa sedarkan diri. Apabila rakyat mengetahui perihal kerajaan negeri yang tidak ambil peduli, rakyat Kedah terus menekan supaya kerajaan negeri memberi bantuan kepada mereka.

Hasilnya ialah, kerajaan negeri memperuktukkan ringgit Malaysia tiga ratus ribu ringgit untuk empat puluh ribu orang mangsa banjir. RM300,000.00 untuk 40,000 orang. Tiga ratus ribu macam banyak, tapi cuba kira kalau dibahagikan kepada 40,000 orang, seorang dapat berapa? Lebih kurang rm7.50 sahaja. Hah! Peruntukkan banjir kerajaan negeri hanya RM7.50 seorang? Wahh.. ini memang pelik tapi benar.

Apa yang anda boleh lakukan dengan rm7.50? Sendiri fikirla. Tapi itu yang terjadi di Kedah. Ini bukan cerita bohong, ini betul2 punya cerita, jangan terkejut.

Mc minta kerajaan pusat turunlah bantu rakyat Kedah, kesian rakyat Kedah yang dibiarkan menderita begitu sahaja. Bila Tuanku Sultan nak turun melawat rakyat, barulah terhegeh2 puak Pas nak mengikut nak melawat rakyat sekali, puak ni wayang memang tinggi.

Kalau Ostat Azizan dah malas nak jaga Kedah, turun je takhta MB tu, bagi orang lain pulak ganti. Jangan menyusahkan rakyat dengan kerajaan negeri yang sebegini. Dulu janji jaga rakyat, sekarang? janji tinggal janji.

P/s: dengar cerita, peruntukkan tu hanya diberikan pada yang terpilih sahaja? benarkah? geng2 Pas saja kot yang dapat.

Mctheory:
Orang macam ni tak layak jaga negeri, jaga kawasan pun belum tentu layak.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian orang kedah

Bekah PAH berkata...

Apa nak kesian orang kedah? Padam muka. Sapa suruh undi PR/PAS masa PRU12. Sendiri buat sendiri tanggung le...

On the other hand (this is my real me) banjir tidak mengenal fahaman politik. amai juga mangsa banjir adalah penyokong UMNO.

Semalam aku pi buat tinjauan ke Pokok Sena, memang keadaan amat teruk dan tiada bantuan daripada kerajaan Islam Negeri Kedah. Tapi penduduk yang jenis atas pagar dan agak pro UMNO ni bukan jenis yang suka komplen. Kalau kena kepada orang PAS dan DAP, mampuih kerajaan di hentam habis-habisan.

Semasa PAS kalah di Galas, orang PAS kata hujan turun menandakan Allah menangis sedih PAS kalah (subhanallah sesat orang-orang PAS). Kepada orang PAS tu, jadi banjir di Kedah apa cerita pulak. Allah meraung-raung menangis sampai banjir sebab kerajaan Islam Kedah dah jadi Islam sesat...ko guano?

PAS - PArti Amat Sesat!

Tanpa Nama berkata...

sekarang nak kata apa pun dah tak boleh. rakyat kedah sendiri cari penyakit. marahkan nyamuk kelambu dibakar. percaya sangat dengan orang yang guna agama tapi sebenarnya untuk mencari kuasa saja. tak pe la mereka masih boleh dihukum. pilihanraya ke 13 nanti buat keputusan yg bijak. dalam isu banjir di kedah kerajaan pusat memang telah menghantar bantuan. nak harap kerajaan tido kedah pakat tak merasa lah. tak pe di dunia depa boleh la buat tapi di akhirat nanti tau la nasib depa.

Helang Buana berkata...

Jangan lah sampai tulis atau kata tuhan menangis meraung. Tak baik kata macam itu, samakan tuhan dengan makhluk yang diciptanya. Mengucap lah. Itu melampau, tak takut pembalasan ke. EEE pas ni, kata pandai agama, syirik jadinya.

Bekah PAH berkata...

Harakahdaily Penipu!

Cuba tengok berita di harakahdaily.net (bukan nak promosi harakahdaily cuma nak tunjuk betapa laknatnta akhbar yang kononnya Islam adalah suara syaitan)

Di dalam berita utama "Kedah sedia RM1 juta bantu mangsa banjir Harakahdaily" dinyatakan "Tengahari ini, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyerahkan sumbangan RM400,000 dari kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan negeri Kedah."

Di dalam berita berikutnya bertajuk "Banjir: Selangor sumbang RM100 ribu pada Kedah". Dan yang sebenaynya Kerajaan Selangor hanya berikan RM40,000 saja. Mengikut lapaorannya "Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah tengah hari esok sebagai pendahuluan," katanya.

Woiiii... Harakahdaily! berapa sen Selangor bagi duit dari hasil judi dan pasir haram tu? Sama sendiri pun nak tipu!

Buat malu la akhbar yang kononnya Islam! hisyyyyyyy....

PAS - Parti Amat Sial dan Sesat