Ahad, 7 November 2010

TERGOLEK!! BENARKAH NIK AZIZ DAN ANWAR PUNCA KELEMAHAN KEKALAHAN PAKATAN!!


Pas sudah mesyuarat "post-mortem" untuk mencari punca
kenapa PAS dan PKR tumbang di kerusi DUN Galas dan Batu Sapi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tok Guru Haji Hadi mengakui antara
punca PAS tewas kepada BN di Galas tempoh hari adalah disebabkan oleh
tindakan Mursyidul Am PAS sendiri Tok Guru Nik Aziz yang telah
bertindak memberi "rasuah" kepada masyarakat orang asli yang baru
memeluk Islam. Hal ini ditimbulkan oleh unit media baru BN yang
memaparkan sekeping gambar Nik Aziz menghulur sejumlah wang selepas
beliau mengislamkan mereka. Tindakan ini walaupun dipertahankan oleh
pihak PAS sebagai wang "zakat" dilihat tidak berjaya, kerana tindakan
mereka selama ini yang mengatakan setiap bantuan yang dihulurkan oleh
BN menjelang PRK dianggap "rasuah" jadi isu yang selalu dimainkan
mereka telah terpalit ke muka sendiri. "Aduh, malunya PAS!".

Bagi saya, punca terbesar PAS tewas adalah kerana kegagalan calon PAS
untuk menjawab dengan baik setiap serangan peribadi yang dibuat ke
atas beliau. Malah beliau juga dilihat sukar "mesra" serta tersenyum
dan di anggap sombong oleh penduduk di Galas. Kegagalan paling ketara
yang dilihat pada calon PAS adalah beliau tidak mampu untuk menyahut
cabaran blogger pro BN, untuk menafikan malah membuat laporan Polis
bahawa beliau pernah ditangkap khalwat. Tindakan beliau untuk berdiam
diri dalam kes ini telah berjaya diguna sebaik mungkin oleh BN untuk
melemahkanya yang sudah "slow" disebabkan berat badannya yang
membataskan penggerakannya. Dalam hal ini "two thumbs up" diberikan
kepada blogger pro BN kerana berjaya membongkar kisah silam calon PAS.

Selain itu Haji Hadi juga menyifatkan kehadiran Anwar Ibrahim di
sekitar Galas lansung tidak memberi sebarang kesan untuk mempengaruhi
pengundi malah dalam bahasa yang mudah faham, Anwar Ibrahim ada tak
menambah, tiada tak berkurang. Nampaknya nama-nama besar dalam
pembangkang dilihat tidak mampu menggugat keyakinan masyarakat
setempat terhadap pembaharuan yang cuba dibawa oleh BN. Usahkan orang
Melayu, orang Cina dan Orang Asal pun sudah "meluat" dengan pendekatan
yang dibawa oleh Anwar Ibrahim iaitu ceramah di mana isi ceramah
hanyalah berkisar dan menjurus kepada masalah peribadi beliau sendiri.

Anwar juga telah gagal untuk memainkan peranan yang baik sebagai
Ketua Pembangkang. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari kegagalan
PKR untuk merampas kerusi Parlimen Batu Sapi, usahkan hendak rampas,
PKR dilihat tidak lansung beri persaingan yang sengit jika
pertembungan satu lawan satu diadakan sekalipun, tindakan Anwar
Ibrahim meletakkan calon pilihannya sendiri walaupun ternyata yang
Ansari tidak begitu disenangi oleh penyokong PKR sendiri. Ini
dibuktikan dengan insiden "gocoh" yang diterjemahkan dengan baik oleh
totok PKR di lapangan terbang. Kegilaan Anwar Ibrahim memilih calon
menggunakan kuasa ala "diktator" nya tanpa persetujuan dari ahli PKR
sendiri juga dianggap penyebab utama kekalahan, PKR di Batu Sapi.

Walaupun calon PKR iaitu Ansari dilihat cuba sedaya upaya untuk
memberikan saingan kepada calon BN, namun semuanya tidak menjadi,
sebaliknya usahkan hendak mencabar BN, beliau sendiri mudah di
tewaskan oleh "kayu-kayu" sehingga 2 kali terjatuh ke dalam laut. Kes
ini boleh dimasukkan ke dalam buku "Sejarah PRK". Nampaknya
angan-angan Anwar Ibrahim untuk menawan Sabah masih sukar untuk
dilaksanakan. Ini terbukti apabila majoriti undi terhadap calon BN
dilihat meningkat berbanding PRU12. Isu bodoh mereka yang calon BN
tidak fasih berbahasa Melayu tidak sedikit pun mampu beri impak kepada
pengundi, malah calon BN boleh dikatakan mempunyai sedikit kelebihan
kerana sering mengikut mendiang suaminya menjalankan tugas-tugas
sebagai Ahli Parlimen. Dari sini rakyat sekitar Batu Sapi telah lama
kenal beliau berbanding Ansari yang tiba-tiba muncul untuk menjadi
hero Batu Sapi.

Nampaknya sikap terlalu yakin PR memandangkan mereka menang dalam
kebanyakkan PRK telah memakan diri. Kerana bagi saya, pengundi
sekarang sudah cerdik menilai, kerana mereka tahu kuasa menentukan
pemerintah di tangan mereka.

Kesimpulannya, kalau Haji Hadi sendiri mengakui kesilapan Nik Aziz dan
Anwar Ibrahim sebagai penyebab kekalahan PAS dan PKR, memang wajarlah
saranan Ustaz Asri bahawa Anwar Ibrahim perlu berundur dari dunia
politik. Dan Anwar Ibrahim disaran membawa sekali Tok Guru Nik Aziz
bersama jika hendak berundur, kerana politik Malaysia hari ini sudah
melalui kematangan dimana pengundi tidak lagi boleh dimomokkan dengan
cerita - cerita dongeng rekaan para pemimpin PR.

Bila bersara Tok Guru Nik Aziz disaran supaya mendidik Anwar Ibrahim
yang liberal ini dengan didikan agama yang betul dan diterangkan apa
hukum meliwat mengikut Islam sebenar, bukan Islam PAS. Namun
sanggupkah mereka undur diri selagi cita - cita politik mereka tidak
kesampaian?

Sebagai penutup edisi siat - siat, saya mengucapkan syabas kepada
semua Jentera BN, Bloggers, Facebookers, penduduk Twitterjaya di atas
kejayaan BN menyapu bersih kedua kerusi Parlimen dan DUN. Buat ADUN BN
yang baru Sdr. Aziz jalankan tanggungjawab untuk rakyat Galas dengan
baik, penuhi kehendak mereka serta fahami masalah mereka. Buat Datin
Lynda, selamat menjadi Ahli Dewan Rakyat, berkhidmatlah dan teruskan
perjuangan yang ditinggalkan oleh mendiang dengan terbaik.

Sekian laporan Bedah Siat - siat edisi PRK Galas dan Batu Sapi.

Hidup UMNO! Hidup BN!

BN Memerintah Rakyat Tak Susah!

P/s: terima kasih pada pengirim email tuan Yuseri Yusof, email ini lambat disiarkan kerana ia berada di folder spam. Selamat Mc menyemak spam mail sebelum buangkannya. Apa pun Mc ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi mengirimkan email kepada Mc.

Mctheory:
N.ajis dan Anwar memang patut bersara. Dah takdak aura dah.. he he

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dua ekor ni patut resign je. buat semak malaysia ada dua ekor pemusnah alam ni

n.ajis berkata...

inilah akibat merelakan diri "ditunggang" DAP dan PKR, akhirnya perjuangan PAS ditolak orang Melayu dan umat Islam.