Sabtu, 20 November 2010

KUNJUNGAN ANWAR KE SHAH ALAM DISAMBUT DENGAN CEMUHAN DAN MAKIAN!!


Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini malam tadi untuk memberi taklimat kepada pemimpin-pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disambut dengan kecaman oleh sekumpulan ahli parti yang mendesaknya supaya berundur.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu berkumpul di Dataran Shah Alam lengkap dengan kain rentang yang tertera kata-kata mengecam Penasihat PKR itu.
Mereka yang diketuai oleh calon Ketua PKR Cabang Kota Raja, S. Kottapan mula berkumpul kira-kira pukul 8.15 malam bagi menggesa pucuk pimpinan parti itu membatalkan pemilihan peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP).


Mereka berhimpun kira-kira 50 meter dari Wisma MBSA yang merupakan tempat Anwar mengadakan taklimat kepada ketua-ketua PKR Selangor.

Penunjuk perasaan itu membawa kira-kira tujuh kain rentang yang antaranya tertera kata-kata 'Anwar, Azmin undur' dan 'Selesaikan masalah peribadi sebelum selesaikan masalah parti'.
Kira-kira lima minit selepas kumpulan itu mengangkat kain rentang, hampir 50 orang yang dipercayai ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) datang ke dataran itu dan menyuruh kumpulan yang diketuai Kottapan bersurai.

Akibatnya berlaku pertengkaran selama kira-kira 10 minit sehingga hampir mencetuskan pergaduhan di antara mereka.

Bagaimanapun, sepasukan anggota polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supritendan M. Chandrasehkaran berjaya mengawal situasi dan kedua-dua kumpulan berjaya dipisahkan ke tempat berasingan. Sambung baca sini

Nampaknya semakin ramai ahlul PKR sendiri tidak percaya kepada Anwar. Apa sudah jadi? Sebagai kepimpinan tertinggi parti, Anwar sepatutnya mencegah perkara ini dari terus berlaku, ditakuti akan menjadi ikutan ramai kelak.

P/s: Dulu mengajar orang berdemo, sekarang senjata makan tuan laaa...

Mctheory:
Anwar penin2.. muntah2.. mengandung kot.. ha ha ha...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pegi mampus sama anwar!

Tanpa Nama berkata...

pegi jahanam sama najib.....