Sabtu, 6 November 2010
PANAS!! APABILA RAKYAT KEDAH MULA TAK PUAS HATI DENGAN KERAJAAN PAS KEDAH!
Keadaan banjir yang berlarutan terutamanya di sekitar Alor Setar dan Kubang Pasu membuatkan rakyat buntu tentang apakah nasib yang bakal mereka tempuhi dalam tempoh beberapa hari mendatang. Berdasarkan maklumat daripada penduduk di sana, kegiatan penanaman padi adalah yang paling teruk terjejas setelah aktiviti penanaman dan persediaan (menelan kos tinggi) rosak begitu saja.
Memang musibah sudah tidak dapat dieelak sekiranya Tuhan (Allah) telah menetapkannya untuk terjadi,.Tapi apa yang menimbulkan ‘kepanasan hati’ oleh kebanyakkan rakyat Kedah adalah usahasama yang sedikit ditunjukkan oleh pimpinan negeri dalam membantu meringankan masalah rakyat yang terlibat. Sehingga kini, lebih 40,000 mangsa banjir telah ditempatkan di pusat-pusat bencana banjir. Itu belum termasuk jumlah yang penduduknya tidak tinggal di pusat banjir tetapi memilih untuk menetap di rumah saudara-mara.
Difahamkan pusat-pusat bencana banjir yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kedah (termasuklah sekolah) berada pada tahap yang amat menyedihkan. Bayangkan,..sekolah yang digunakan sebagai tempat penempatan banjir terputus bekalan air (sama ada terputus atau apa jua alasan yang tidak diketahui).
Bagaimana mereka di sana ingin berada dalam keadaan yang sedikit selesa?? Bukankah kos perkhidmatan air di Kedah dinaikkan bulan lalu kononnya untuk memperbaiki perkhidmatannya?
Wakil rakyat PAS yang majoritinya memegang kerusi di sekitar kawasan yang berlakunya banjir dilaporkan oleh penduduk tidak turun bertemu rakyat secara menyeluruh. Subangan dari segi makanan juga tidak diberi kepada penduduk di rumah-rumah ketika berlakunya banjir. Cuba anda bayangkan sekiranya tiada kedai yang berniaga dan jalan sudah ditenggelami air,..bagaimana rakyat ingin mendapatkan sumber makanan kalau tidak dibantu oleh kerajaan negeri (melalui wakil rakyat)??
Sambung baca artikel ini di SINI.
P/s: Kerajaan Kedah mula panas pongkoq!
Mctheory:
Kelemahan Ustaz Azizan sudah terserlah!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan