Selasa, 2 November 2010
PANAS!! KONSPIRASI SYAITAN PERLU DIBERIKAN PERHATIAN!!
Disini Mc mengumpulkan artikel2 yang berkaitan dengan tajuk konspirasi syaitan, satu pendedahan besar yang dilakukan oleh Zul Nordin.
Pendedahan mengenai ‘konspirasi syaitan’ antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin panas apabila strategi halus parti itu untuk menguasai Kerajaan Persekutuan pula ‘dilondehkan’ oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar).
Beliau yang juga bekas wakil rakyat PKR mendakwa, dalam usaha untuk memastikan jawatan Timbalan Perdana Menteri diisi oleh DAP tanpa sebarang bantahan oleh masyarakat bumiputera, parti tersebut akan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen.
Jelasnya, strategi itu selaras dengan janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik pemimpin Cina sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan tetapi ia akan dilakukan secara halus.
“DAP akan meletakkan seorang dua calon Melayu sebagai ‘badut’ untuk bertanding di kerusi Parlimen yang selamat dan jika pembangkang menang pilihan raya umum, langkah sementara adalah melantik ‘badut’ tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memenuhi kuota DAP.
“Kedudukan ini akan berterusan sehingga suasana politik tenang dan stabil. DAP akan menunggu sehingga mereka benar-benar mencengkam Kerajaan Persekutuan dan selepas itu barulah Penasihat DAP, Lim Kit Siang ‘ditabal’ sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Semua ini taktik licik kerana mereka tahu orang Melayu tidak akan boleh menerima Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Beliau antara cauvinis paling teruk yang pernah disaksikan dalam sejarah negara,” dakwanya. Sambung baca kat sini.
Ini hanyalah permulaan dari pendedahan Konspirasi Syaitan. Sedarlah bangsaku, ini bukan drama atau filem yang boleh kita ulang tayang. Ini merupakan nasib Agama kita, bangsa kita dan nasib anak cucu kita dimasa hadapan. Sanggupkah kita membiarkan negara kita tergadai begitu saja diatas ketamakkan pemimpin yang hanya ingin berkuasa?
Zul Nordin ada tulis dua lagi artikel mengenai hal ini, klik tajuk dibawah,
klik Konspirasi Syaitan 1
klik Konspirasi Syaitan 2
Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain juga telah membincangkan hal ini didalam blog beliau, nak baca klik SINI.
Bacalah pendedahan mengenai Konspirasi Syaitan, kemudian nilaikannya. Ini bukan filem atau drama yang boleh diulang tayang. Ini adalah kehidupan kita, negara kita, pertahankannya untuk Agama, bangsa dan anak cucu kita pada masa akan datang. Sanggupkah kita biarkan mereka merempat?
P/s: Sanggupkah anda lihat Malaysia yang kita ada ini berpecah belah?
Mctheory:
Nak tengok PM Malaysia ni dari bangsa cina ke?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan