Ahad, 21 November 2010

PEMILIHAN PKR TERUS HURU-HARA!!


KUALA KUBU BHARU Nov. – Proses memilih ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Dewan Merdeka di sini kecoh apabila lebih 100 ahli parti itu bertindak menghalang proses pengundian.

Beberapa ahli PKR Cabang Hulu Selangor yang berkumpul sejak pukul 9 pagi menghalang sebuah kereta yang membawa kertas undi daripada memasuki pekarangan dewan.

Tindakan mereka itu sebagai bantahan kerana pemilihan peringkat cabang itu yang dibatalkan sebelum ini tidak dibuat serentak dengan pengundian MPP hari ini.

Berlaku insiden tolak-menolak dan pertikaman lidah antara kumpulan itu yang diketuai oleh dua calon jawatan ketua cabang, Zahar Rusuli dan S. M. Poobalan dengan beberapa wakil Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang menguruskan pengundian berkenaan.

Sebahagian besar daripada mereka yang dilihat memakai lencana tertera gambar calon jawatan Timbalan Presiden, Mustaffa Kamil Ayub berang apabila seorang wakil JPP bertindak mengarahkan mereka pulang jika tidak berminat untuk mengundi sehingga menyebabkan berlaku insiden cabar-mencabar antara kedua-dua kumpulan. Sambung baca sini.

Apa nak jadi dengan puak PKR ni? Pemilihan nak jadi Ketua Cabang, dibuat umpama macam nak jadi menteri. Sanggup kecoh2 pukul2 bising2. Mana akhlak orang PKR ni? Korang bersungguh2 kata PKR ni parti terbaik, PKR kukuh, PKR itu, PKR ini, tapi.. hakikatnya semua orang nampak, PKR ni parti hutan. Huru-hara..

P/s: Hutan biasa la.. siapa kuat dia menang..

Mctheory:
Ditandingi pulak dengan Beruk2.. tu yang kecoh tu..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

AKU CADANGKAN BAIK AHLI2 PKR YANG LAIN BERHIJRAH MASUK HUTAN. KAT SITU DIORANG BLEY PANCING BEROK2, MONYET2, UNGKER2, BABUN2 DAN SEGALA MCM MENATANG BEREKOR & BERKAKI 4 JADI AHLI DAN BLEY TERUS MENGUNDI. AMCM? KEHKEHKEHKEH HARKKK PTUIHH

McTheory berkata...

Bro.. cadangan yang amat bernas.. Mc sokong 110%...