Isnin, 8 November 2010

SEBARKAN!! JOM KITA BANTU MANGSA BANJIR!!

Ada dua pengumuman penting yang aku nak kongsi dengan pembaca sekalian:

1. Salam 1 Malaysia

Dijemput hadir ke majlis pelepasan konvoi bantuan Sukarelawan BN utk misi bantuan banjir ke utara yg disempurnakan oleh YB Dato Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pd 8hb Nov, jam 1 ptg di Tingkat 4 PWTC dan kepada sesiapa ingin bersama Skuad Penyelamat Sukarelawan BN bolehlah berhubung serta maklum apa-apa perkembangan boleh maklum kepada:

Zakaria Dullah(Oya) - 0137679000,
Roslee Kapar - 0122427222,
Amryn Malek - 0122343086,
Hairul Ismail(Jen)- 0197125115
Shahnor Samsudin - 0196660777
Fazlie MNasir - 0133053444

'Sekeping biskut anda penyubur semangat sukarelawan kita'-sebuku roti dpd anda meredakan keruntuhan hati mangsa'..smoga keikhlasan kita sentiasa d rahmati ALLAH SWT,Insya-allah. Terima kasih.

Kalau sesiapa berminat dengan Skuad Penyelamat Sukarelawan BN, korang boleh join kat sini

2. Kerisputra melaporkan sebahagian besar mangsa banjir memberitahu kerajaan Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan memilih bulu didalam pemberian bantuan untuk mangsa banjir.

Ini bunyi macam Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan beri banyuan pada orang Asli yang sokong PAS, manakala yang lain tidak berparti tidak dibantu langsung.

Perkara ini amat dikesalkan ketika rakyat terhimpit disebabkan bencana, kerajaan Negeri masih lagi berminat bermain catur politik. Sehingga saat ini, MB hanya turun masa Tuanku Sultan Kedah turun melihat Pusat Pemindahan.

Exco-exco lain tak nampak batang hidung. Begitu juga wakil rakyat PAS lain.

Dulu ketika zaman pemerintahan BN di Kedah mereka kata banjir disebabkan kerajaan BN negeri rasuah. Tetapi bila banjir sekali lagi turun mereka kata ini ujian Allah.

Memanglah ini ujian Allah untuk rakyat tahu dna paham keikhlasan PAS.



Sementara itu, kita yang sentiasa ikhlas boleh segerakan bantuan dengan membantu Bulan Sabit Merah yang sedang mengumpul barang untuk diberi kepada mangsa banjir Kedah.
Berikut adalah barang2 yang diperlukan:

1) Biscuits

2) Susu

3) Air botol

4) Makanan kering

5) Kain Batik

6) Kain Pelikat

7) Kain selimut

8) Pakaian bersih boleh dipakai lagi

9) Dll.
Sila talipon Kak Rahmah di 0123062105 atau hantar ke rumah beliau di no 36 Jln Setiabistari Bkt D'sara. Lagi cepat lagi baik.











Bantulah seberapa yang boleh, aku diberitahu bahawa Mukhriz Mahathir (Gambar atas diambil dari twitter Mukhriz) adalah diantara orang yang terawal ke tempat kejadian! Elok la tu, kalau dah jadi MP atau adun ini adalah tanggungjawab anda untuk ke tempat kejadian bilamana berlakunya apa-apa bencana!

Tetapi ada juga beberapa pihak yang ke Kedah hanya bertujuan untuk 'celup kaki' tangkap gambar masuk dalam twitter dan balik ke KL pastu bagitau semua dunia dia sudah jadi hero! Aku rasa korang dah boleh agak la siapa yang aku cakapkan ini...

Ayuh Rakyat Malaysia! mari kita bantu rakan-rakan kita yang sedang dalam kesusahan ini, mana tau hari ini hari depa, esok-esok turn kita pulak! Letak belakang la fahaman politik semua, mari kita bantu mereka!

Terima kasih juga kepada Dr Zambry kerana menolong rakyat negeri Kedah dengan menghantar bekalan Air Minuman yang bersih! Klik sini

Tidak lupa juga kepada Wira Perkasa yang sekarang ini berada di bahagian Utara untuk membantu mangsa banjir disana, misi Wira Perkasa kesana diketuai oleh Saudara Armand!

Good job guys! Jom! Kita bantu mangsa banjir!

Dari House Pk

P/s: Bila lagi nak buat amal? Apa kata mulakan dari sekarang.

Mctheory:
Orang susah kita tolong, Insyallah, kita susah ada orang yang akan tolong.

Tiada ulasan: