Selasa, 16 November 2010

UMNO JAWAB MENGENAI YAYASAN SELANGOR!!


PETALING JAYA – UMNO Selangor akan mendedahkan lebih banyak bukti berhubung salah urus kewangan di Yayasan Selangor yang sebelum ini didakwa berbelanja lebih RM800,000 bagi majlis jamuan anjurannya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, walaupun Yayasan Selangor menafikan dakwaan sebelum ini namun pihaknya yakin bahawa terdapat banyak lagi bukti pembaziran.

Menurutnya, tindakan suka membuat penafian, adalah bukti yang menunjukkan sikap Pakatan Rakyat apabila gagal memberikan alasan berhubung sesuatu perkara.

“Ini ‘style’ pembangkang bila buat penafian, kita tanya soalan dia tidak jawab.

Sekarang program telah dibatalkan dan kita ada bukti pembayaran dibuat.

Kita hendak tanya dia balik, bagaimana dia boleh membuat pembayaran dahulu sebelum projek ini jalan?

“Jangan cabar kami kerana kami mempunyai banyak bukti dan akan serah kepada audit untuk menyiasat.

Adakah RM179,000 yang diluluskan untuk pertandingan memancing ini termasuk dalam RM285,000?

Dia kena jawab mengenai pendahuluan sejumlah RM125,00 juga sudah dibayar,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki yang menafikan yayasan itu berbelanja lebih RM800,000 sebaliknya mempersoalkan kembali kenyataan Noh.

 Noh semalam mendakwa kos sebenar perbelanjaan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor melebihi RM800,000 bukannya RM300,000 seperti yang dilaporkan.

Sementara itu Noh memberi jaminan akan membela kakitangan yayasan ditekan pihak pengurusan atau dibuang kerja.

“Jangan takut untuk menegakkan kebenaran, saya tahu ada yang diugut dan ada orang mula buat laporan polis.

Datang jumpa kami, kami akan beri pembelaan dari segi undang-undang. Tuanku berani, kita kena berani.

Dalam pada itu, beliau menafikan cuba memburukkan UMNO dengan mengatakan keputusan dibuat Tuanku dipengaruhi UMNO.

“Kalau tuduh UMNO, menunjukkan dia lagi sekali menghina sultan.

 Ini satu penghinaan,”katanya.

KGC:  Memang bebal betol pakatan haprak ni bila berdepan dengan kritikan...bukan saja susah nak terima teguran, tapi siap salahkan orang lain kerana kesalahan dan kebodohan  sendiri!!. 

 Itu semua TAKTIK LAMA yg da tak relevan dengan waktu kecanggihan Maklumat waktu ni!!

 Kita tunggu PRU 13 nanti, tengok sapa yang akan TKO di Selangor!!


Pada Kerajaan Khalid Gagap, bersiap sedia lah untuk "Tergolek Dog"...


Sumber Kita Gempur

Mctheory:
Bila dah salah mula lah nak mengelabah..

Tiada ulasan: