Khamis, 18 November 2010

WAHAI KARAT PKR, BERHENTILAH SOKONG ANWAR TU!! Dia cuma tahu membohong saja!


BEKAS Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menasihatkan agar saki baki pemimpin dan penyokong PKR yang sebelum ini menjadi pemuja Anwar Ibrahim agar segera sedar dan tidak membiarkan diri terus menerus diperbodoh dan diperalatkan.

Jelasnya golongan pemuja ini sebenarnya sedang diperdaya oleh Anwar yang kononnya selama ini menonjolkan diri sebagai pejuang rakyat, pejuang agama, pejuang demokrasi dan keadilan.

“Cukuplah dari terus menjadi pemuja Anwar dan terpukau dengan cahaya fatamorgana.

“Golongan ini tidak sepatutnya menjadi mangsa seterusnya seperti mana yang berlaku kepada ramai pemimpin PKR sebelum ini termasuk yang terbaru Datuk Zaid Ibrahim”, katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim yang berkemungkinan mengambil keputusan untuk meninggalkan PKR. Seminggu selepas menarik diri daripada pertandingan jawatan timbalan presiden PKR, Zaid dilaporkan telah bersedia meninggalkan parti itu kerana sudah meluat dengan pemimpinnya.


Zaid membuat kenyataan ini kerana mahu menjauhkan diri daripada penipu dan pembohong.
“Saya tidak lagi mahu menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menaburkan fitnah dan sanggup menipu semata-mata untuk tujuan peribadi mereka,” kata Zaid.

Meskipun menganggap tindakan Zaid itu sudah terlambat, Ruslan percaya Zaid juga sebenarnya terpedaya dengan lakonan Anwar dan kuncu-kuncunya.

Tambah beliau lagi apa yang berlaku terhadap Zaid sepatutnya menyedarkan lebih ramai lagi pemuja Anwar agar tidak terus menjadi mangsa politik tipu dayanya.

“Dulu ketika Zaid masuk PKR dan diangkat menjadi calon PKR untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor, dia dilabelkan Anwar sebagai pejuang sejati yang mempunyai prinsip yang tinggi.

“Sekarang tengok apa yang mereka lakukan kepada Zaid…tak ubah seperti sampah. Kalau orang macam Zaid pun boleh diperlakukan sedemikian rupa apatah lagi pemuja-pemuja lain yang sebenarnya hanya digunakan untuk menjayakan misi peribadi Anwar”, ujarnya.

Justeru beliau berharap agar pemuja Anwar ini sedar seperti kata pepatah sesat di hujung, pulang semula ke pangkal jalan.

SATU MELAYU: Demikian komen ‘otai’ PKR yang tergolong salah seorang yang rapat dengan Anwar Ibrahim dan bertaraf ‘pemuja Anwar’ di peringkat awal penubuhan PKR.


Bagaimanapun, Ruslan Kassim adalah kumpulan terawal yang meninggalkan Anwar dan PKR. Beliau dikira ‘cepat sedar’ dan cepat ‘kembali ke pangkal jalan’.


Pembohongan politik dalam PKR sangat ketara. ‘Putar belit’ dan ‘kelentong’ Anwar Ibrahim bagaikan formula atau ‘perlembagaan tersirat’ parti yang khas ditubuhkan untuk membela kesongsangan peribadi Anwar Ibrahim itu.


Kononnya, PKR mempunyai 400,000 ahli. Mereka diuar-uarkan akan memilih/mengundi kepiminan PKR. Tapi yang jelas lagi nyata, jumlah yang keluar mengundi tidak sampai pun 10%. Itupun heboh dan kekacauan yang berlaku tersangat hebat. Penipuan dan pembohongan jumlah undi menjadi isu utama yang menyebabkan Anwar Ibrahim sering ke luar negara melarikan diri – bersembunyi setelah dirinya dipersalahkan.


Apakah kekecohan yang berlaku dalam pemilihan PKR itu ada sangkut-paut dengan Umno/BN yang selama ini sering dikaitkan dengan setiap masalah yang berlaku dalam parti itu?


Manusia yang waras dan berprinsip telah lama meninggalkan Anwar Ibrahim dan partinya – PKR.


Justeru, sesiapa yang masih berkeras menyokong Anwar dan PKR, sedarlah bahawa anda semua telah tergolong sebagai manusia yang tidak waras dan tidak berprinsip.


Sesungguhnya Anwar Ibrahim adalah makhluk sesat lagi menyesatkan ramai orang.

Satu Melayu

P/s: masih ramai yang diperbodohkan oleh Anwar sekarang ni...

Mctheory:
karat tegar tak pernah hilang.. asyik menjilat ghejanyaa..

2 ulasan:

PARPUKARI berkata...

Salam Bro, jenis penyokong kunyit ni bro, dah terlebih kena mandram kunyit sampai kalau depa nampak anwar dok meliwat depan mata pun mereka akan kata itu kerja UMNO, mereka ni dah rosak!

McTheory berkata...

hehe.. biasa..bro.. memang depa dah kena mandram dah..