Ahad, 30 Januari 2011

Kisah menarik mengenai N.ajis yang perlu dibaca!!

gambar contoh terbaik, Islam ala Pas

MURSYIDUL Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat menunjukkan pemikirannya yang semakin bercelaru. Tok Guru itu tidak habis-habis memalukan Pas.

Terbaru beliau mempertahankan kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew agar umat Islam di republik itu tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran dan nilai Islam.

Aneh, seorang pemimpin Pas yang mahu menegakkan negara Islam boleh berkompromi dengan kenyataan Kuan Yew. Mujurlah sebahagian pemimpin Pas tidak senada dengan beliau. Antaranya Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang membidas Kuan Yew. Beliau ada keberanian menyanggah pengasas Singapura itu dengan hujah-hujah ilmiah mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam.

Namun sikap Nik Aziz tidak mengejutkan. Jika beliau boleh tunduk dengan DAP maka tiada sebab untuk tunduk dengan Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP, parti yang memerintah Singapura sehingga kini. Ini kerana PAP dan DAP ada jalinan strategik. Sebab itu, Nik Aziz tidak berani untuk bersuara mempersoalkan Pengerusi DAP Karpal Singh yang terus menolak penubuhan negara Islam. Pertama kali dalam sejarah ada pemimpin utama Pas yang menjadi alat DAP. Awang dapat tahu, ramai ahli Pas yang kecewa dengan kenyataan Nik Aziz lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya kecil Tenang. Malah ada yang menyatakan beliau sudah tidak lagi relevan selain menjadi liabiliti kepada Pas. Awang juga berpendapat begitu. Anak Nik Aziz, Nik Abduh jauh lebih bijak dan wajar diberi peranan untuk meneruskan legasi bapanya suatu hari nanti.

Beberapa hari lalu pula, Nik Aziz mengeluarkan ‘fatwa’ bahawa mereka yang tidak mengundi Pas sebagai golongan jahiliah. Awang sudah tidak larat geleng kepala apabila bercakap tentang kecelaruan Nik Aziz. Menteri Besar Kelantan itu nampaknya riak dan semakin banyak menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik. Dua tokoh agama dari Kelantan iaitu bekas Ahli Jawatankuasa Ulama Pas, Mohd. Noor Idris dan Pengagas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa’amah turut menyelar kenyataan Nik Aziz. Awang harap Nik Aziz tidaklah meletakkan imejnya seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin yang sedang diburu oleh pihak berkuasa.

Jika dibuat perbandingan siri-siri kenyataan Nik Aziz sejak bertahun-tahun lalu dan Ayah Pin, rasanya Tok Guru itu lebih banyak mengelirukan umat Islam. Tetapi apakan daya, ketaksuban oleh sebahagian ahli dan penyokong Pas, menenggelamkan rasional. Sedihnya, di antara Islam sejati dan fahaman Nik Aziz, ramai juga yang sanggup memilih untuk akur dengan Tok Guru yang celaru.

Awang Selamat Utusan Malaysia

P/s: Celaru dan haru biru... itulah dewata N.ajis..

Mctheory:
Tok Guru, haru biru.. anak buah lagi la teruk, tak tau nak boh kaler apa dah..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kesian walAupun dilacurkan Islam tapi PAS tak menang2 lagi.hentikan lah permainan yg bangsat ini.

Tanpa Nama berkata...

INILAH PERJUANGAN YANG MAHA KEJI DAN TERCELA YANG DIPERJUANGKAN OLEH PAS DAN SELURUH PENGANUT AGAMA PAS......PERJUANGAN YANG JAUH MENYIMPANG DARI PERJUANGAN ISLAM YANG SEBENAR,ISLAM DIPERMAIN,DIPERDAGANG SERTA DIKOMODITIKAN HANYA BAGI MEMENUHI HAWA NAFSU SERTA AGENDA PEMIMPIN AGUNG MEREKA....PENGANUT PAS YANG RENDAH DAYA FIKIR DIPERALAT SERTA DIPIJAK SEUMPAMA ANAK-ANAK TANGGA UNTUK GOLONGAN ELITIS PAS NAIK KE PUNCAK BAGI MENIKMATI SEGALA KEMEWAHAN DAN KESENANGAN DUNIAWI....HAMBA RAKYAR MARHEIN PAS TERUS DITAKUK LAMA...HANYA MAMPU BERTAKBIR DAN BERTERIAK DI LAMAN CERAMAH DAN DI DEPAN KHALAYAK SEUMPAMA ORANG KEHILANGAN AKAL DAN GILA...SEDANGKAN PEMIMPIN MEREKA TERUS MENGHIRUP MADU-MADU DIPERADUAN YANG MAHA INDAH DAN PENUH KENIKMATAN....TINGGALAH HAMBA RAKYAT PAS YANG SEKIAN LAMA KEDANGKALAN BERADA DALAM KESUSAHAN SERTA MISKIN.....INILAH PERJUANGAN PAS......PERJUANGAN YANG MAHA SIA-SIA DAN TIDAK DIPANDANG OLEH ALLAH S.W.T.....PERJUANGAN YANG AMAT DIMURKAI ALLAH, PERJUANGAN YANG TERAMAT KEJI DI MATA INSAN YANG MAMPU BERFIKIR......TELAH SEKIAN LAMA FATWA-FATWA MENGARUT DAN JAHAT DIMAINKAN OLEH PAS BAGI MENGELIRUKAN UMMAH, TELAH BERJILID-JILID KOLEKSI DOA YANG DIJADIKAN RITUAL PENGANUT PAS BAGI MEMUSNAHKAN INSAN SEAGAMA DIBACA,NAMUN IANYA TIDAK MENJADI BAHKAN PAS SEMAKIN KEJI DI MATA RAKYAT YANG BERAKAL......HANYA INSAN YANG DIBUTAKAN MATA HATI SAHAJA YANG TERUS TAKSUB DAN SETIA DENGAN PERJUANGAN PAS YANG MAHA KEJI DAN TERCELA INI.....SESUNGGUHNYA INSAN YANG CELIK HATI NYA TIDAK DAPAT MENERIMA PEJUANGAN YANG PENUH KELIRU INI.....KEPADA PENGANUT PAS TEGAR ANDA MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERTAUBAT NASUHA...AYUH BANGKIT DAN BINGKAS DARI LENA YANG PANJANG...AYUH TINGGALKAN PERJUANGAN YANG MAHA SIA-SIA INI DEMI MARUAH DIRI DAN MARUAH AGAMA ALLAH YANG MAHA SUCI......yang benar SEMUT API KELATE.

Unknown berkata...

Baik punyalah bro...Salam 1 malaysia....semoga kita sama sama dilindungi dengan nikmat dan rahmatNYA..Harap dapat dilinkkan semua kenalan tuan ke blog ini... http://klboyzwangsa.blogspot.com