Jumaat, 11 Februari 2011

Mctheory: TOLONG JANGAN KELUAR PKR LAGI!! TOLONG.. DAH BOSAN DENGAR!!!


Tolong la... bosan dah Mc nak dengar mengenai ahli PKR keluar parti, adun keluar parti, MP keluar parti. Aduh.. Mc cemuih la dengar semua tu. Cukup2 la.. kesian Mc kat PKR, kalau semua ahli dah keluar parti, nanti dalam parti nak tinggal apa? Tinggal la jambu2 Anwar dua tiga ketul, pembodek2 Anwar, pengampu dan kroni2 seangkatan dengannya.

Mana boleh macam tu, tolong la jangan keluar pada PKR lagi. Tengok semalam, beratus2 ahli PKR keluar parti. Dah la PKR ada 100 ribu lebih je ahli. Kalau korang semua keluar2 parti, PKR dah takdak ahli. Lepas tu siapa nak sokong Anwar lagi? Ahli PKR keluar parti baca sini.

Nak harapkan Pas? Pas bukan parti yang setia, kalau Anwar dah tak ada power, jangan harap dia nak sokong, setia kemana, Islam pun kemana.

Nak Harapkan Dap? Parti ni langsung tak boleh pakai, ni kiblatnya ala komunis, dia sokong Anwar pun, sebab Anwar bila jadi PM diorang boleh perlembukan, kalau Anwar dah tak ada kuasa, haram la mereka ni nak sokong.

Haa.. mungkin Anwar boleh harapkan sokongan NGO India yang diupah. Kalau nak harapkan sokongan India dalam PKR, macam dah habis india dalam PKR. Ketua gengster Gobala pun tak tahan kena sental dari belakang, sebab tu lari keluar PKR.. aduhh keluar lagi!.

Kalau PKR dah tak kuat, siapa nak pimpin Malaysia kelak kalau Pakatan menang? Kalau menang la.. heh..

Kalau PKR dah terkubur, siapa nak cabar UMNO dalam PRU ke 13?? Siapa??!! Pas? Dap? Alamakk!! Pas dan Dap dah berpuluh2 tahun bertanding dalam PRU, haram tak pernah menang. Kalau hanya tinggal Pas dan Dap, macam mana puak Pakatan nak menang? Tak mencabar la kalau macam ni, aduhh..

Tolong la jangan tinggalkan PKR lagi.. PKR dah lemah sekarang ni.. tolong la.. he he he..

...tut....tut.....tut....tut....tut.....tut......tut.....tut..... (bunyi nadi PKR dalam ICU)


P/s: Sian Anwar... siannnnnn...

Mctheory:
Dengar cerita ada lagi yang nak planning keluar PKR.

Tiada ulasan: