Rabu, 16 Mac 2011
APABILA KAKI DEMO MELARANG ORANG LAIN JANGAN BERDEMO Haprak Pak Sheikh, DNA Please!
SHAH ALAM Mac - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk mendesak mahkamah mengambil tindakan terhadap rakyat yang berhimpun secara aman di seluruh negara bagi mendesaknya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, sebelum ini Anwar adalah individu yang paling lantang kononnya memperjuangkan hak kebebasan bersuara untuk rakyat di negara ini.
"Bukankah budaya demonstrasi ini diamalkan oleh Anwar sejak beliau menuntut di Universiti Malaya (UM) lagi?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan peguam Anwar, Karpal Singh yang memohon kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang mengendalikan perbicaraan liwatnya dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya mereka yang terlibat dalam demonstrasi berkaitan DNA dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Anwar juga memohon supaya dua media tempatan iaitu akhbar New Straits Times (NST) dan Utusan Malaysia dikenakan tindakan mahkamah kerana menyiarkan laporan tentang demonstrasi itu.
Sementara itu, Hamidzun berkata, sikap berat sebelah yang ditunjukkan Anwar itu membuktikan yang beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Pembangkang di negara ini.
"Apabila terkena batang hidungnya sendiri, beliau dengan angkuhnya memarahi rakyat yang bangkit menentangnya," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, tambah Hamidzun, GAPS bersedia untuk menganjurkan demonstrasi berskala besar untuk terus mendesak Anwar supaya beliau tunduk kepada proses perundangan negara. - Utusan
P/s: laungan rakyat anti Peliwat!!
Mctheory:
Ambik ubat ko Anwar.. padan dengan muka!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
Hai, kepada raja pun dia berdemo termasuk memburuk burukkan negara hingga lintang kedak ikonomi negara dibuatnya.
Orang yang menyeru kebangkitan rakyat supaya negara ini huruhara sama saperti Mesir dan lain lain negara di Timur Tengah.
Puak yang berpegang atas kebebasan bersuara jika ada halangan di fitnah sebagai zalim dan patut di tumbangkan.
Desak serah DNA kepada orang awam jadi berdosa dan salah?
Oiii, kena fikir beribu kali nak pilih orang macam nie.
AAHH SUDAH LA NUAR! KES JUBOR DLU PUN DIA JAJA 1 MALAYA. TRANG2 DIA HINA MAHKAMAH. SKANG PUN SAME. DIA JAJA KAT BUDAK2 U SUH BIKIN REFOBASI LAGI. DIA DH KECUT BEB KEHKEHKEH
Mana dia keadilan utk rakyat????!!
- hangpa kata hangpa terar-
Assalam Bro
Bagi Anwar demokrasi dan demotrasi adalah hak milik puak pembangkang yang sanggup merusuh dan baring depan kereta Sultan... Serah aje DNA lepas tu biar mahkamah tentukan. Berani kerana benar takut kerana salah.
Catat Ulasan