Ahad, 17 April 2011

APA LA YANG KO MEREPEK NI RPK? penin-penin..

pening sorang-sorang dah la..

Pening juga Mc dengan mamat botak ni. Kejap cakap lain, nanti pulak cakap lain. Adehh.. nak kata mabuk, tengok macam ok je pun, tapi cakap kadang-kadang macam mabuk pun ada jugak, pendirian tak tetap. Tengok la bila orang tanya nak balik ke tak, apa dia jawab,

“Mengapa anda bertanya sama ada saya akan balik Malaysia? Adakah disebabkan temu bual saya dengan TV3?

“Sekarang saya di Bali dan tidak akan balik Malaysia selagi Barisan Nasional (BN) masih memerintah. Jasad saya sepatutnya dikebumikan di sebelah kubur ibu saya di Brookwood, sekiranya saya meninggal dunia. Mc ambil kat sini.

Lepas tu dalam blog dia kata, dia hanya akan balik Malaysia untuk berhadapan dengan dakwaan memfitnah Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin (pembunuhan Altantuya) jika Peguam Negara mahu berbuat demikian.

RPK berkata, dia akan mengaku bersalah dan rela dipenjarakan jika dituduh memfitnah Azmi dan bukannya dituduh untuk jenayah yang tidak dilakukannnya.

“Itu janji saya jika mereka berjanji untuk mendakwa saya atas jenayah yang betul, tetapi saya sesekali tidak akan berhadapan dengan tuduhan memfitnah ‘tiga orang’ (isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Kolonel Norhayati Hassan dan Kolonel Aziz Buyong) yang saya tidak fitnah itu.

“Mereka (Peguam Negara) mesti berjanji bahawa ia adalah satu-satunya tuduhan yang akan saya hadapi dan bukannya menambah tuduhan-tuduhan bagi jenayah yang lain,” nak baca detail klik sini.

Kejap cakap taknak balik, lepas tu nak balik la pulak. Apa la botak RPK ni dok merepek pun Mc taktau. Dia nak balik hanya untuk dakwaan fitnah Azmi, dan bukannya dakwaan fitnah yang lain. Maknanya, dia dah sanggup selesaikan apa saja yang terbelit ketika dulu.

Mc harap RPK jangan dok main pusing-pusing lagi la. Lagi satu pasal akuan bersumpah, cuba jelaskan pada semua, apakah ko masih lagi memegangnya? Kalau ko masih memegang akuan bersumpah itu, itu maknanya ko masih menuduh DS Rosmah yang bunuh Altantuya. Tak payah la ko pusing-pusing lagi, cuba jelaskan untuk mudah sikit rakyat Malaysia faham.

Kalau ko nak kata bunuh, bunuhla, kalau ko nak kata tak, tak la, ni dok main tarik tali dengan pusing sana sini. Aparaa.. Betul la cakap orang. RPK ni cakapnya tak boleh pakai. Kepala hangin, tak dak pendirian.

P/s: tah apa-apa la lu RPK..

Mctheory:
Toksah la layan mamat botak tu, sengal je pun.. ha ha ha..
(Akuan bersumpah bukan akaun) salah sikit je.. alahh..

11 ulasan:

usin berkata...

nak balik ke tak nak balik ke dia punya pasal. dia ada ke, dia xde ke serupa saja. ada x menambah, xde x mengurang. kalau ada tambahanpun ialah bnyk menyusahkan rakyat. nilai tertinggi dia ni adalah sekupang bagi sejuta...

Afif Farhi berkata...

Gua tak kisah pun apa yang dia ni nak merepek... Tapi gua perasan giller bila RPK hentam kerajaan, juak-juak pembangkang menggeletek seronok dan menggelenjit nak menulis apa yang dikritik oleh dia... Bila dia kasi hentam itu Anwar, mula la keluar kata dia dibayarlah apalah... Realitinya, inilah blogger... Mudah dipengaruhi oleh isu-isu yang tidak ada kredibiliti dan kebanyakan lebih berbentuk peribadi... Bukan berdasarkan sumber ilmiah yang boleh dijadikan rujukan... Mamat ni nak balik ke, tak ke... Lantak dialah...

Tanpa Nama berkata...

TAK PERNAH DLM DUNIA PENYANGAK BAGI SYARAT PD KERAJAAN,,,DIA NI PAKAR APA NAK SYARAT2 ?????? PAKAR KUCAR KACIR
BAGI SYARAT BAGI CANGKUL , GALI LUBANG SENDIRI MASUK KUBUR

Tanpa Nama berkata...

Ah, lupekan pakcik botak sakit otak tu!!!!!! Tak emndtangkan sebarang faedah utk Malaysia ni pun.....

Tanpa Nama berkata...

mana perginya Mat Pudin dan Azmin lama betul menghilang diri....apa dah jadi....langsung tak ada berita di sarawak...blogger ceciter ceciter sikit monyet ni

Tanpa Nama berkata...

Gua lagi tak paham penulis tulis ape..lawak siut!!

"lagi satu pasal akaun bersumpah, cuba jelaskan pada semua, apakah ko masih lagi memegangnya? Kalau ko masih memegang akaun bersumpah itu, itu maknanya ko masih menuduh DS Rosmah yang bunuh Altantuya"

akaun bersumpah hape bende nyer lu nih??akaun bank ke?

Tanpa Nama berkata...

Jangan ambil pusing dengan mamat nie. Siapa dia nak bersyarat kalau pulang ka Malaysia.
Dia nie RPK alias Raja Kapoor/Raja
Lekook.

Tanpa Nama berkata...

lelaki botak ni menghadapi masalah kewangan. dia hampir miskin bos lama dia hampir bankrup jadi jika anda sanggup menyara dia pasti dia akan bekerja untuk anda, tapi sanggupkan anda, nanti dia tikam belakang pulak macam dia buat kat bos dia sekarang.

Dot berkata...

bukan akaun! AKUAN bersumpah dia tu berlambak2 salinannya dlm blog2 & mungkin dlm simpanan majistret @ hakim yg dia jumpa utk tujuan tu...
akuan bersumpah @ statutory declaration ni boleh dibuat oleh sesiapa sj yg rasa ada benda dia nak dedah (@ FITNAH!!) asalkan bayar berapa sekarang ni rm8 ke? untuk disahkan oleh majistret @ tok hakim...
LEPAS TU GEMBAR-BEMBURKANLAH BUAT MEDIA CONFERENCE KA, PRESS RELEASE KA, APA KA...GLAMOR U!!!

Tanpa Nama berkata...

blogger kipas bn mssih tak faham ke bodoh,
memang dia kata tak tuduh rosmah dan dua lagi bunuh tuya, tapi dia sanggup dihukum kerana fitnah konel azmi. apa maknanya, bila kes ini di bicarakan si konel tu akan tabur semua peluru simpanannya, kau tak tahu ke rpk ni memang pakar putar alam.
sapa yang kena peluru konel tu mungkin y atau bini a, sungguh mudah kau orang termakan umpan.

Tanpa Nama berkata...

ape permainan botak ni. mari kite same same tunggu dan tengok