Rabu, 6 April 2011
MEMANG SAH LA PELAKON TU ANWAR, SEBAB TU PUAK PAKATAN HARAM TAK NAK SURUHANJAYA DIRAJA!!
Mula-mula baca artikel dari Utusan ni, kemudian baca komen Mc pulak ye,
KUALA LUMPUR April - Pakatan Pembangkang menolak penubuhan suruhanjaya diraja berhubung isu video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang baru-baru ini.
Pada sidang akhbar dihadiri lebih 15 Ahli Parlimen pembangkang di Parlimen hari ini, Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, usaha itu tidak perlu kerana personaliti di dalam video tersebut masih lagi kabur tanpa mendapat pengesahan daripada polis.
Apatah lagi katanya, perkara tersebut terlalu remeh untuk dibincangkan melalui penubuhan suruhanjaya itu yang hanya perlu ditubuhkan sekiranya mempunyai kes-kes besar.
"Kami tidak akan sama sekali menyertai atau menyokong penubuhan suruhanjaya itu. Pakatan pembangkang berpendapat polis seharusnya mengambil tindakan menahan mereka yang terlibat dalam penyebaran video itu berpandukan kepada laporan polis dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
"Jika timbul usaha menubuhkan suruhanjaya itu oleh BN, kami akan terus menentang. Kami hanya akan menerima jika penyebar video ini ditahan dan diambil tindakan iaitu sesuatu yang belum dibuat sehingga ke hari ini. Laporan polis yang perlu dirujuk bukannya buat keputusan dalam isu ini," katanya.
Ditanya tidakkah beliau mahu tahu siapa yang berada dalam video itu, Karpal menjawab: " Isu itu tidak langsung timbul tetapi apa yang perlu penyebar video ini harus ditahan.'' - Utusan
Komen:
Adalah sesuatu yang pelik apabila pembangkang Malaysia taknak tubuhkan Suruhanjaya Diraja apabila terjadinya sesuatu kes yang melibatkan 'orang kuat' mereka. Pasti ada 'sesuatu' yang membuatkan mereka berasa akur dan terpaksa mengubah semula rancangan asal untuk adakan Suruhanjaya diraja.
Jika sebelum ini, apa saja kes besar yang melibatkan rakyat atau dari puak mereka, pasti akan ada Suruhanjaya Siasatan Diraja, kali ini kena Kepala Anwar, kenapa mereka tidak mahu Suruhanjaya ini?? Tak pelik kah?
Mc percaya, mereka semua tahu bahawa orang di dalam video rakaman tersebut adalah Anwar, kalau tidak masakan mereka tidak mahu mengetahui siapa 'pelakon' sebenar didalam video terbabit.
Kenapa nak ditangkap 'penyebarnya'? Kenapa taknak tangkap pelakonnya? Apakah penyebar video, lebih jahat dari yang melakukannya? Fikirla sendiri.
P/s: Anwar terus berdiam diri.. sudah lari ka?
Mctheory:
Resmi Pakatan, Walau meliwat, menutuh pelacur, Anwar tetap dijulang..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
minta dna tak nak bagi sebab dia tahu dia buat.
nak tubuh suruhanjaya tak bagi gak sebab dia tahu buat apa susah2 dia orang dah tau siapa pelakonnya.
minta tangkap org yg dedahkan video??
polis ada tangkap ke org yang melwat org. bebas lak ke sana sini. boomerang dah patah balik nampaknya
Takut kerana benar, berani kerana salah!
Catat Ulasan