Ahad, 10 April 2011

PAKATAN SUDAH MULA MENABUR JANJI.. janji kacang putih lagi..


BINTULU  April – Tawaran manis manifesto pembangkang menjanjikan pelbagai imbuhan termasuk wang tunai RM200 untuk setiap seorang murid sekolah rendah hanyalah ibarat ‘janji kacang putih’ yang muncul setiap kali tiba musim pilihan raya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sejak sekian lama membelanjakan sehingga RM35 bilion setiap tahun untuk membangun dan memacu program pendidikan negara, antaranya prasekolah.

Dalam aspek ini, beliau mempersoalkan mengapa tawaran RM200 hanya dijanjikan untuk penduduk Sarawak sedangkan tidak ada ganjaran seumpamanya dikeluarkan untuk rakyat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang ditadbir pembangkang.

“Kalau hendak dikirakan RM200 itu apalah yang ada.., dalam satu bulan sudah habis sedangkan kita tanggung percuma persekolahan anak-anak kita dari peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah sehingga masuk universiti.

“Ini hanyalah tawaran-tawaran manis semasa pilihan raya, jangan penduduk Sarawak gadai masa depan kerana terpengaruh dengan ganjaran seperti ini,” katanya. - Utusan

Komen:
Biasala.. bila ada pilihanraya saja, nampak la muka-muka pak pacak puak Pakatan dok menagih simpati dan harapan. Bila nak harapan, mula la tabur janji yang bukan-bukan. rm200 la, itu la ini la. Bila dah menang, haram apa pun takdak.

Itu baru janji untuk PRN Sarawak, kalau PRU ke 13 nanti apa agaknya janji puak ni? Nak bagi rakyat Malaysia kereta Proton Inspira sorang satu kot? he he he.. kalau bagi yang tu, tetap Mc undi Pakatan.. kah kah kah..

P/s: janji dengan air liur.. boleh la..

Mctheory:
Track rekod pakatan, janji macam haram.. tak boleh pakai!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BIASAK LA BROO. KETUA MENTERI JAMBAN GUAN EONGG JANJI NAK BAGI 400 TP X KASI JUGAK. PASTU TERPAKSA GUNA DUIT JUDI KASI 100 KAT FAKIR MISKIN. KHALID PUN 2 X 5 BENGONG. JANJI NAK KASI ANAK SELANGOR DUIT POKET KLU MENANG PRU. TAK KASI2 JUGAK HAMPEHHH!!. FUCKATAN NI STAKAT CKP BESAR, MAIN POMPAN, MAIN JANTAN, MENIPU, JUARA MAKSIAT TERER LAA..PASAL RAKYAT = ZERO! KEHKEHKEH

Unknown berkata...

Janji Pakatan ni kalau depa tak boleh buat depa mesti kata kerajaan yg halang la..semua salahkan org lain...

Mcm di Kulim baru2 ni, rata2 peniaga gerai tepi jln yg berniaga di Taman Mutiara ni penyokong Pakatan, depa buat solat hajat beramai2 kerana depa rasa depa dizalimi oleh pihak berkuasa (Majlis Perbandaran Kulim) yg merobohkan gerai2.Depa x tau ka yg jadi Ahli MPK la ni pun dari Pakatan?Depa juga yg pangkah masa PRU12...

Ada seorang ustazah yg jadi org kuat Pas Tmn Mutiara depa lakibini beniaga kat situ juga...tapi gerai depa awat tak kena? mana pi keadilannya?

Lepas tu depa dok persalahkan org lain...BN la Umno la...

Tanpa Nama berkata...

BN ada 9 manifesto. PR lebih sikit, ada 10 manifesto.

Apa yg aku nak ulas, dlm manifesto2tiada target dlm bentuk angka. Terlalu umum dan subjektif.

Mungkin kena baca detail kot...