Selasa, 12 April 2011

PANAS!! RASUAH DI JABATAN KASTAM SEMAKIN BERLELUASA!!

Mungkin kita tidak sedar, bahawa banyak barang jualan dipersekitaran kita perlu melalui tapisan Kastam. Tapi adakah kita sedar bahawa banyak barang tiruan amat mudah lolos masuk kedalam negara kita. Bersepah-sepah barang tiruan dilepas masuk melalui jalan tapisan kastam. Kenapa boleh mudah terlepas? Tidak ada sebab lain selain daripada RASUAH.

Tindakan tegas terhadap Jabatan Kastam telah memberikan persepsi yang positif kepada usaha tegas YAB Perdana Menteri melalui SPRM untuk mengatasi gejala rasuah yang sangat berleluasa. Ramai yang tidak sedar apa yang berlaku di persekitaran kita terpaksa melalui Jabatan Kastam. Rakyat sering bertanya, mengapakan ia tetap berlaku. Lihat foto di bawah :-


Penjualan telefon tiruan yang banyak di pasaran


Penjualan minyak wangi palsu


Penjualan kasut tiruan di pasar-pasar malam


Baju dan pakaian tiruan. Walaupun di rampas, tapi sampai bila


Pergi ke Petaling Street, jam tiruan di jual begitu banyak


Beg tiruan di jual di merata tempat, termasuklah melalui internet


Rokok tetap dapat di seludup. Yang di rampas hanya sedikit dari banyak yang terlepas masuk.


Cukai arak... yang kena cukai 1 botol dari banyak botol yang terlepas.

Persoalannya, bagaimanakah barang-barang ini boleh masuk kedalam pasaran negara? Patutlah 'forwarding agent' marah bila kawan-kawan mereka di Kastam di tangkap. Barulah kita tahu kisah sebenarnya... Mc nak perkenalkan pada pembaca dan   rakan blogger yang lain mengenai blog Budak Pembenci rasuah yang akan mengutarakan masalah 'rasuah' dikalangan pejawat awam serta dikalangan pemimpin puak Pakatan Haram. 

 P/s: rakan baru blogger benci rasuah!!..

Mctheory:
Hapuskan rasuah untuk negara!!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak tau bertanya, jgn main tuduh sebarangan.Barang2 tiruan tu kerja KHPDN bknnya Kastam.Kan dah buat dosa kering!!! Barang masuk beratus2 kontena dah lulus secara dokumentari.Lambat luluskan nanti VVIP politik ka etc talipon. Contohnya dlm dokumen kata baju A tapi tak tau palsu atau tak. Kastam bkn nujum boleh telek brg tiruan atau tidak. Nape KPDN tak tempatkan org2 kat Pelabuhan, ni kena tanya kerajaan ttg polisi ni.Kalu hal ni punya dosa kering lu dah sebarkan tanpa kajian, puak2 kastam tak maafkan camno ek?Nak hentam biar berpada dan bkn smua kastam rasuah.

dah lama tau berkata...

tp bnyak yg makan rasuah.kalu x ambik nnti kena pulau satu opis.

Tanpa Nama berkata...

Tapi kebanyakkannya ada makan suap.. jangan menafikanlah.. sememangnya memang ada rasuah dikalangan kastam.. kalau tak takkan sampai terjun bangunan.. ada yang pendapatan sampai berpuluh ribu sebulan.. gaji pegawai kastam berapa je?

Aku sokong ko Mc.. teruskan tulisan ko.. ni

McTheory berkata...

Maaf pada yang terasa. Sememangnya maklumat ini diperolehi dari pihak SPRM sendiri.

abg m berkata...

dipintu masuk utama yg mengawal impot dan eksepot ialah KDRM, siap dgn mesin pengimbas lagi, walau pun pelepasan terus tetapi mesti diimbas dulu, contoh barangan juga diambil. kalau scan pun boleh berlaku seludup rokok atau minuman keras dsb nya tindakan tegas perlu diambil pada pegawai berkenaan, tak mustahil ada kaotim terjadi, nasihat saya kpd yg muslim ingatlah dimana akhirnya kehidupan kita?

Tanpa Nama berkata...

Setuju cakap Anon 1:26 tapi selagi bernama manusia dan bernafsu, sukar nak bendung dan kena usaha berterusan.Di Pelabuhan ada mesin pengimbas dan pemeriksaan tapi jangan lupa ada juga SPRM di situ. Rasuah berleluasa dimana2, nak loan bank, nak dapat tender kantin, nak beli rumah lokasi baik dsbgnya.Blogger gak dapat habuan mcm cerita KickdeFella, RM20K sebulan beb!!
Alfatihah utk arwah dan jgn tuduh sembarangan benda2 lain.Dah arwah susah nak mintak maaf.
Satu lagi nak tanya SPRM ni maksum ke??Kes pasir yg kata ada habuan seks dulu2 apa cerita.Dengar2nya diorang upah pelacur utk trap orang2 tu.

Tanpa Nama berkata...

Kastam tak periksa semua barang..Kalau periksa pun 10% sja..sbb ini tertakluk pada WTO dan banyak lagi program perdagangan antarabangsa antara negara.Ini semua orang biasa patut faham.Aku rasa ramai yang tak faham.Sekarang ni sistem pelepasan terus..dari kapal, kontena terus keluar...Kapal kat tengah laut declaration dah clear.Ini perkara dasar.Seluruh dunia ikut sebab WTO..Jadi sesetengah pengimport yang tidak jujur ambil kesempatan sebab susah nak kesan penyelewengan

Pasal rasuah kat mana-mana pun berlaku..SPRM kena adil..Jangan hanya nak tunjuk lagak..Last statement saja lebih.

joghos berkata...

Pegawai penguatkuasa perlu ditukar 2-3 tahun sekali utk mengurangkan masalah rasuah ni.

abg m berkata...

bila kena, ckp tak adil dan berbagai alasan. yg ambil kesempatan dari pelepasan terus bukan pengimpot saja, abg2 kastam pun tentu ada habuan,win win situation. masa tak kena tangkap lagak mcm koporat dah kena dgn sprm mcm keparat. bertaubat sebelum terlambat, bayangkan makanan yg dibeli dari wang rasuah dan diberi ibu,bapa,isteri dan anak makan seolah2 makan daging babi. didepan Allah kelak apa nak jawab?