Rabu, 13 April 2011
TENGOK VIDEO SEKS LETAK JAWATAN, YANG BUAT SEKS, RILEK JE PUN!!
Anwar patut malu pada seorang ahli politik di Indonesia. Dia sedar dia dah buat salah, sanggup meletakkan jawatannya sebagai seorang wakil rakyat. Anwar pulak, dah buat salah, tapi masih menuding jari sana-sini untuk mengelak kesalahan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selalu memuji akauntabiliti budaya politik Indonesia, patut merasa malu dengan sikap bertanggungjawab wakil rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Arifinto, yang meletakkan jawatan hanya kerana aksinya sedang menonton video seks didedahkan media.
Namun berbeza dengan Arifinto, Anwar yang dikaitkan dengan masalah moral lebih kronik iaitu didakwa melakukan hubungan seks bukan sahaja enggan melepas jawatan sebaliknya, menuduh pihak tidak berkaitan sebagai dalang dalam pembikinan rakaman video seks seorang pemimpin kanan pembangkang.
Sehubungan itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mempersoalkan, mengapa ketua pembangkang itu tidak mengambil tanggungjawab yang sama seperti Arifinto sedangkan, selama ini beliau selalu memuja sistem serta budaya politik Indonesia sehingga sanggup memburukkan negara sendiri.
"Saya kagum dengan keberanian Arifinto yang sanggup melepaskan jawatan apabila aksi beliau sedang menonton video seks didedahkan tetapi, di negara kita, individu yang dikaitkan sebagai pelakon dalam rakaman video seks bukan sahaja enggan melepaskan jawatan, malah menyalahkan pihak lain.
"Namun, pihak yang mendedahkan aksi seks tersebut (trio Datuk T) tidak pula Anwar berani saman. Sedangkan, kita tahu Anwar merupakan pemimpin politik paling gemar menyaman sesiapa sahaja yang tidak sebulu dengannya," jelas beliau dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, keengganan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyaman trio 'Datuk T' menimbulkan pelbagai keraguan di kalangan rakyat memandangkan pendedahan video seks tersebut bukan sahaja mencemar maruah Anwar, tetapi nama baik keluarganya.
Tambah beliau, adalah cukup pelik apabila Anwar yang mempunyai barisan peguam bela tersohor tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap 'Datuk T' sehingga kini, kecuali beliau memang berhasrat menyembunyikan kebenaran di sebalik video seks itu daripada diketahui rakyat.
Dalam perkembangan berkaitan, bekas pewaris 'diari merah' ketua pembangkang itu percaya, masa depan politik bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut semakin menuju kepada kehancuran, akibat perbuatan Anwar sendiri dan bukannya disebabkan oleh musuh politik sebagaimana didakwanya.
"Anwar diibaratkan orang yang sudah melewati waktu asar dan menghampiri waktu maghrib. Namun malangnya, masih terpalit dengan pelbagai salah laku moral akibat kerakusan nafsu.
"Sayangnya Anwar sudah tidak mampu berpatah balik, sama seperti masa yang berdetik pada jam Omega, yang hanya menanti saat kebenaran," jelasnya. - Utusan
Mctheory:
Anwar, ohh Anwar.. sampai bila agaknya?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Assalam Bro
Kita kena hormati pendirian Anwar yang akan menyalahkan orang lain bila berlaku sesuatu kes seperti liwat dan video lucah tu sebab dia akan kata Itu Permainan Kotor BN...hehehe.. Akhirnya dia akan kata takan saya perlu berhenti sedangkan yang melakukan liwat dan langgan pelacur tu HANTU RAYA saya yang buat. Tangkaplah Hantu Raya tu...hehehe. Jam Omega tu pun Hantu Raya yang punya bukan saya punya... belit memanjang...
Catat Ulasan