Ahad, 22 Mei 2011

AWAS!! EJEN CELCOM YANG MENIPU!! hati-hati..


Kita lari sikit dari politik, ini kisah benar. Kisah ni terjadi dua bulan lepas semasa Mc sedang berjalan-jalan Mc didatangi oleh seorang ejen celcom berbadan besar. Dengan petahnya dia bercakap, seolah-olah pakej celcom yang dia kemukakan itu sangat baik dan berbaloi. Mc tak kisah pun, lantak dia la tu memang kerja dia.

Apa yang buat Mc tertarik ialah, free device atau dalam bahasa pasar, handphone free!

Tengok pulak ada pakej untuk C3 hanya RM88 (P48). Kemudian pakej untuk BlackBerry (P148) RM369 kalau tak salah Mc.

Walaupun dia kata handphone free, tapi sebenaranya kena bayar juga sikit. Takpa disebabkan harga handphonenya murah, Mc terus angkat pakej C3 dua, dan pakej BlackBerry satu. Bila dah selesai bayar, ejen tu kata line boleh aktif dalam masa seminggu, dan handphone kena tunggu dalam masa dua minggu ataupun sebulan.

Mc bukan nak sangat dengan line Celcom ni, cuma tengok ke pakejnya ada handphone murah dan callnya pun agak murah menyebabkan Mc rela batalkan nombor lama dan pakai nombor baru.


Bila kita dah daftar mesti la kita pun tunggu. Niat dihati Handphone C3 tu Mc nak kasi Mak dan Isteri Mc, bagi diaorang pakai handphone baru katanya.

Tunggu dah seminggu, line tak aktif pun. Takpa rilex dulu, tunggu lagi.

Tunggu dah dua minggu, call tanya ejen tu, dia kata esok aktif. Alhamdullilah esoknya line pun dah aktif.

Tunggu handphone pulak.

Dah sebulan, Mc pun rasa pelik, kenapa la tak sampai-sampai lagi Handphone ni. Call ejen, dia kata Celcom lambat, tak ada stok. Dia suruh tunggu lagi.

Mc pun sabar, dan terus menunggu....

Bila kita dah pakai, tentulah kita nak bayar bilnya. Mc pun daftar online. Bila online, Mc tengok semuanya nampak macam ok je. Tapi bila tengok balik Alamat rumah Mc tu salah. Mc pun call operator nak perbetulkan.

Bila call, dah bagi number akaun semua, dia pun dah perbetulkan, Mc pun gatal-gatal mulut tanya si operator tu, "handphone saya bila nak datang? dah ada stok ke?"

si operator tu pun tolong 'check kan'

Lepas tu dia bagi jawapan yang Mc sendiri tak sedap nak dengar. Dia kata pakej Mc ni pakej kosong, tak ada handphone, malah Mc daftar P148, tapi apa yang Mc dapat P48.

Bila Mc kata Mc dah bayar kat ejen celcom, si operator ni kata Mc perlu pergi kepejabat ejen tu untuk kepastian.

Dengan rasa marah, geram, sakit hati yang bercampur-campur. Mc cuba call ejen terbabit, tapi nombornya sudah dimatikan.

Mc pun ke pejabat si ejen 'babi gemok' tu.

Bila sampai je kat pejabatnya, Mc lihat ramai pelanggan lain yang telah ditipu olehnya. Ada yang bising-bising, ada yang marah-marah, ada juga yang menangis.

Mc pun jumpa dengan orang kat pejabat wakil penjual. Mc dah cerita semuanya dan kemungkinan besar Mc akan buat laporan polis kalau benda ni tak selesai.

Wakil penjual tu dah berjanji akan selesaikan semua bayaran Mc. Yang jadi masalahnya, ejen yang Mc berurusan tu, tak bagi duit kat pejabat pun. Dia ambil duit tu sendiri kemudian hanya bagi borang kosong kepada pejabat wakil penjual.

Kiranya dia makan duit handphone tu.

Bila Mc tanya si wakil penjual tu, ramai ke yang kena tipu, dia kata ramai, kumpul-kumpul semua RM4000 lebih dia songlap.

Mc kata Mc tak kisah apa nak jadi dengan dia. Cuma Mc nak duit Mc balik, dan wakil penjual tu dah berjanji nak berikan duit Mc semula.

Mc ada berburak dengan mangsa yang lainnya. Malah ada yang kena lebih teruk. Bayangkan kalau pakej blackberry dibeli untuk satu keluarga. Kononnya dia kata kalau beli family plan lebih murah dan call pun free sesama sendiri. Rupanya dia nak songlap RM1800.

Kesian, kesian..

Celcom pun satu, bila ada pelanggan yang membuat aduan pada pihak Celcom, Celcom langsung tidak ambil berat. Malah suruh pelanggan buat report polis kemudian lepas tangan macam tu saja.

Sepatutnya Celcom kena buat pemantauan terhadap semua wakil penjual dan ejen-ejen mereka, bukan hanya  pentingkan keuntungan dan lepas tangan begitu saja.

Malah Mc dengan broadband celcom juga dapat dipalsukan dengan mengunakan nombor siri yang sama. Apa ni Celcom? Kesian la penguna yang mengunakan celcom, langsung tak terjamin keselamatannya.

Mc harap Celcom dapat mengambil tindakan tegas kepada ejen yang tidak bertanggung jawab itu.

P/s: Jangan tertipu.. baik pergi center untuk urusan jual beli..

McTheory:
Perlukah Mc mendedahkan identiti ejen tersebut??

5 ulasan:

SEROJA HOMESTAY KANGAR NO. 10 LORONG 2, TAMAN BUNGA SEROJA KANGAR PERLIS berkata...

TEKAN BETUL2 AGEN TU DIMANA PEJABATNYA DAN PASTU BUAT REPOT POLIS

Malaysian Epic berkata...

diorang buat bodoh sebab persaingan kecil sangat, 'kedai' dekat negara ni ada 3-4 sahaja itu pasal mereka besar kepala.

Mohon share link MC harap dapat mengubah dasar politik Malaysia.

http://malaysianepic.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

diorang ni semua berharapkan ejen, celcom ke, maxis ke, semua nak kurangkan pekerja, dan menggunakankan ejen sebagai cara untuk mengurankan kos, tapi yang pasti keselamatan maklumat pengguna terabai dengan cara ni.

Tanpa Nama berkata...

tak susah ...semua celcom sub migrate jer ke maxis ke..DiGi ke...pastu tgk diorg peduli ke tak..kan Mc bleh mulakan gerakan pulaukan Celcom?? hehehe

McTheory berkata...

Malaysian Epic,

sudah dilinkkan.. tq