Ahad, 22 Mei 2011

PANAS!! SIAPA YANG MEMPERALATKAN SEKOLAH SEBAGAI ALAT POLITIK?? PAS ATAU UMNO?

Dibawah ni Mc bawa dua artikel mengenai pengunakan sekolah sebagai alat politik. Pembaca boleh menilai sendiri siapa yang memperalatkan sekolah sebagai senjata politik mereka. Pas atau UMNO?

Hampir 20 Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Pendang dengan gabungan Pemuda Pas Pendang dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) serta satu badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat laporan polis kerana membantah penggunaan premis sekolah untuk tujuan politik oleh Pemuda UMNO Pendang semalam.


Sinar Harian difahamkan Pemuda UMNO Bahagian Pendang menggunakan dewan Al-Marbawi Sekolah Menengah Kebangsaan Pendang pada jam 3 petang untuk perasmian mesyuarat agung perwakilan Pemuda UMNO Bahagian.


Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas kawasan Pendang, Abd Ghafur Syukur berkata, sejak dua tahun kebelakangan ini, UMNO sering menggunakan premis sekolah untuk aktiviti politik mereka .


“Tahun lalu Pemuda UMNO Bahagian Pendang turut menggunakan dewan Sekolah Menengah Tengku Temenggung untuk tujuan politik dan kali ini turut menggunakan dewan sekolah untuk politik mereka,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pendang.


Sementara itu, wakil ketua Angkatan Muda Keadilan Pendang, Mohd Zaki Razak, beliau juga menerima rungutan daripada ibu bapa yang tidak berpuas hati sekolah digunakan untuk tujuan politik dan kegiatan ini bertentangan pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah pada 2008.


“UMNO Bahagian Pendang berterusan menggunakan dewan Al-Marbawi sekolah itu untuk tujuan politik dan sebelum ini pada minggu lepas UMNO Bahagian Pendang turut menggunakan dewan yang sama untuk tujuan politik (mesyuarat Wanita).
“Sekretariat Pemuda mengharapkan premis pendidikan tidak disalahgunakan demi menjaga mutu


pendidikan,” katanya. sumber sini

Artikel di atas dinyatakan UMNO mengunakan dewan sekolah untuk buat mesyuarat. Mereka takut, kekerapan UMNO ke sekolah terbabit boleh menghasut pelajar sekolah untuk menyokong UMNO. Sebab tu puak Pakatan Haram jadah ni marah sangat apabila UMNO guna dewan sekolah. Serupa dewan sekolah tu mak bapak depa yang punya.

Bagaimana pulak dengan berita dibawah?

Budak sekolah dipergunakan Pas!!
Tohmahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana malam tadi menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh negeri ini dalam program politik mereka.


Lebih mengejutkan, rata-rata pelajar terbabit yang berpakaian jubah lengkap dengan lencana sekolah masing-masing, didatangkan dari seluruh negeri termasuk Gua Musang, menggunakan bas-bas sekolah yang beratur panjang di beberapa lokasi berhampiran.


Apa yang lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Antara yang berucap pada program itu ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd. Zaki Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.


Turut berucap, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO yang juga penganjur program, Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abd. Rahman dan bekas pengacara serta penulis lirik, Bob Lokman. sumber sini

Haaa.. jelas program Pas memperalatkan terus budak sekolah dan bukannya peralatan sekolah. Jika UMNO guna dewan sekolah, Pas buat report, macam mana pulak dengan Pas mengunakan budak sekolah untuk tujuan politik mereka?

Siapa yang cakap tak serupa bikin ni? UMNO Kelantan patut buat laporan Polis berkenaan kes ini. Budak sekolah diperalat untuk jadi alat politik parti Pas. Siap ada ikrar serupa nak pergi perang.

"ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: "Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan, yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".


Nak perang dengan siapa? UMNO atau Dap?

Tolongla Pas jangan songsang dan sesatkan budak-budak sekolah tu. Kesian, kecik-kecik dah diajar untuk menjilat kaki N.ajis.

P/s: Pas selalu gunakan budak-budak untuk tujuan politik..
McTheory:
Sekarang, siapa yang cakap tak serupa bikin? Pas ke UMNO?

5 ulasan:

pelajar berkata...

puak2 pas ni memang guna institusi pengajian sebagai medan menyesatkan budak2...lecturer ak dulu berceramah dalam kuliah...x ikot silibes langsung...dlm kuliah agama tayang video2 politik pada student..student2 yg pencacai anwar ni bersorak gembira la ustaz ni bes..ustaz ni mantap...
g jahanam la...x sedar diri tu mengajar dekat u yg subsidi ditanggung kerajaan...

Tanpa Nama berkata...

Allah tak bekenan dgn cara tu..kalau Allah bekenan dah lama dah pas memerintah Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

orang doa kan kebaikan sesama islam ini doa kemusnahan..
lebai kepala lutut..
ingat dia tu alim sangat..piirahhh..

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum. ok lagi guna dewan sekolah buat politik. lau guna masjid n surau utk berpolitik then cakap benda2 kesat dalam masjid n surau siap kasi kafirunlaknatullah masuk masjid buat ceramah tu leh pulak.. sedar diri la sikit sebelum nak ckp hal org. diri sendiri arang penuh lagi nak calit arang kt muka org. pi raaaa Pakatan Rakyat (pakat ngn rakyat hancurkan negara)

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah...kenapa mesti org laen nk bersuara..kalau betol menyakitkan hati pendengar, kalau salah itu fitnah, kalau diam jadi ap ye