Khamis, 19 Mei 2011
KASI PANAS!! ASYIK PAS JE SOLAT HAJAT, APA KATA KALAU UMNO PULAK YANG BUAT!!
Bila ada satu pendedahan besar melibatkan pemimpin Pakatan Haram, mulalah puak-puak pencacai Pas ni mengelabah dan buat solat hajat kononnya untuk mencari kebenaran. Pantang ada kes sikit, mulalah kelam-kabut nak solat ramai-ramai, kat stadium la, dewan la, tepi jalan pun ada. Malah yang tak pernah solat sekian lama pun turun bersolat demi nak mempertahankan pemimpin mereka.
Itu kalau solat untuk pemimpin, bagaimana pulak dengan solat wajib 5 waktu? tercicir ke tak?
Mc bukan nak sembang pasal solat 5 waktu. Yang itu wajib dilakukan oleh semua orang yang mengaku dirinya Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Tak tahu lah kalau ada Islam dari mana-mana puak yang kata tak payah sembahyang tapi boleh masuk syurga. Setahu Mc hanya seorang manusia yang berani kata macam tu, iaitu Nik Aziz. Itu pun dia kata masuk Pas confirm syurga. Serupa syurga tu 'atok' dia yang punya.
Pernah kita terfikir, asyik Pas aje yang dok bersembahyang hajat untuk minta kebenaran. Apa kata kalau kita pulak yang bersolat hajat? Mc cadangkan UMNO lakukan solat hajat, kumpul kawasan besar sikit macam di Stadium Bukit Jalil. Jemput semua ahli, penyokong dan semua rakyat Malaysia yang ingin mencari kebenaran supaya datang untuk kita bersolat hajat.
Hajat kita supaya Allah bukakan hati dan akal puak khawarij Pas dan puak sosialis Pkr untuk menerima qada dan qadar yang telah berlaku (kes Anwar) sekarang ni. Supaya Allah membersihkan hati mereka yang hitam dan busuk senantiasa berdengki dengan kita. Malah berhajat juga supaya Malaysia akan lebih aman tanpa Anwar.
Kalau ada apa-apa lagi yang dihajatkan boleh masukkan sekali. Yang paling penting, UMNO patut lakukan solat hajat untuk membuktikan kita dipihak yang benar dan pemimpin yang bermasalah SEKS dan salahlakunya patut disingkirkan dari arena politik tanah air.
P/s: Anwar patut dihumban ke Sungai Buloh semula..
McTheory:
Semoga Allah mempermudahkan apa yang kita rancang..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
sekiranya UMNO buat nescaya Kaki FATWA PAS nyanyuk cakap itu solat tidak sah sbb umno yang buat hanya PAS je sah sampai kebenaran terbukti ANWAR KENA BELA DIRI KES LIWAT serta PERLAKU VIDEO TU SAH TULEN
ko ni pun satu samdol..
Solat tu kan hak allah samada sunat atau wajib..
Hak yang mesti dikerjakan kerana allah ta'ala...
Yg ko juak umno ni tak puashati kenapa??
Ko kata " apakata juak umno pula buat solat hajat"..
HAHAHHAHA U MUST BE KIDDING!!!!
jgn lupa ajak datuk T(ipu) tu skali tauw!!!
kalau nak buat tu, buat jerla takyah la nak berkokok satu global, yang tentunya nak kumpul juak umno ke solat hajat dipastikan bayar in advance dulu ok..
apa daaaaa.. sudah-sudah la mat..
to SelaluPerhati....sapa yg selalu berkokok satu global kalo nak buat solat hajat?? bukan ka juak2 hampas jugak yang gitu??..ha ha ha...ludah kelangit jatuh atas muka sedirik...juak2 hamPas la jugak kalo time solat suka pilih jalanraya tempat solat sampai masjid tinggal sikit jer kariah..niat konon nak tunjuk betapa ramainya pengikut hamPas...lagi satu nak tanya..kau kalo masuk jamban juak umno ka yang bayo..kut la..tak tau nak cari duit....tak pon duit dah lansai buat bayo masa dengar ceramah maki orang....
masalahnya mc, orang2 umno tidak akan terperangkap dlm permainan pas yg suka memperdagangkan Islam dlm hal2 bersangkutan ideologi politik walaupun yg mrk niatkan atas jihad agama krn agama Islam bukanlah barang dagangan mahupun pameran! mempamerkan kealiman dgn niat menunjuk2 bahawa 'golongan kamilah yg lebih alim dari golongan kamu' bukan sebahagian dari ajaran Islam. orang2 umno juga ramai yg alim, tahu hukum hakam agama, sering beribadat sendirian tp mrk tidak menonjol2kan kealiman mrk krn yakin Allah Maha Mengetahui akan keikhlasan seseorang manusia itu...
tawadduk kita kpd Allah, biarlah hanya Allah shj yg tahu. jika manusia sahaja yg memperakui orang tu alim, orang ni ulamak tp Allah tidak akui, bida'ah & sia2 shj perbuatan seseorang itu...
seeloknya, ibadahku, solatku, hidup & matiku HANYA UTK ALLAH SWT..bukan utk orang lain tahu atau tonton!!! buat sajalah solat hajat, munajat berseorangan di sepertiga malam krn Allah suka orang yg bermunajat kpdnya dgn ikhlas, tanpa diketahui, ditontoni atau diperhatikan manusia lain. ganjarannya beribukali ganda dari melakukannya spt pertunjukan sarkis ditempat terbuka...
mana lebih baik? membuat ibadat dgn hanya Allah Ta'ala shj yg tahu atau mengheboh2kan ibadah hingga orang lain rasa pelik dgn ibadah kita itu, mencemuh & menimbulkan fitnah kembali? kita kena ingat, perbuatan kita yg sengaja menimbulkan fitnah juga adalah berdosa. sebab tu Allah SWT peringatkan kpd manusia supaya jgn melakukan perbuatan yg boleh menimbulkan fitnah walaupun kita rasa kita tidak berniat sedikit pun!!
krn riak & takabbur ada orang solat waktu 2,3 kali dlm masjid nak tunjuk kpd orang yg tak nampak dia solat sebelum tu bahawa dia alim!
krn takabbur jugak ada orang bergambar2 ketika menghulurkan zakat, derma, sedekah walhal dlm Islam telah diajar, JIKA TANGAN KANAN YG MEMBERI TANGAN KIRI TAK PERLU TAHU! itu barulah ikhlas namanya...
tp sukar utk memperbetulkan sikap insan mematuhi ajaran agama krn masing2 ingin diketahui, dikenali disanjung2 di dunia ini kononnya mrk gemar membuat kebaikan padahal Allah benci orang2 yg sombong, riak, bongkak & suka menunjuk2...
sepatutnya inilah yang umno buat dari dulu lagi. solat hajat pas/pkr telah mampu mempamirkan bahawa pas/pkr berusaha menegakan sesuatu dengan kaedah islam. umno kelihatan jauh dari islam kerana tiada program solat hajat atau apa-apa program penerangan/ceramah agama islam yang dibuat di mana umno adalah penganjurnya, memang ceramah agama ada dibuat tetapi yang membuatnya adalah jabatan agama, jadi imej umno sebagai pencinta agama tengelam. dalam kes saiful, umi hafilda, ds najib dab eskay vs anwar kelihatanlah umno menfitnah anwar kerana umno tidak menunjukan kesungguhan bahawa hujah mereka adalah benar dengan membuat solat hajat. tidak perlulah umno membuat solat hajat mega, cukup rasanya semua bahagian umno membuat solat hajat dan bacaan yasin secara tersusun. pada masa ini jugaklah pemimpin umno akan beramah mesra bersama-sama rakyat marhaen dan ini mendekatkan pimpinan umno dengan rakyat marhaen. ingatlah rakyat marhaen inilah yang memberi undi dan kemenangan kepada mana-mana parti yang beranding. sebenarnya kebenaran itu ada pada umno, contohnya kes saiful vs anwar, kita tengok kepada dalam perjuangan saiful menegakkan keadilan dirinya dengan melakukan sumpah laknat dan menunaikan umrah dan solat hajat secara istiqomah adalah mempamirkan keikhlasan saiful dalam menegakan kebenaran berbanding dengan anwar yang tidak menjejakan kakinya ke mekah dan bermunanjat dihadapan kaabah walaupun dihimpit pelbagai masalah, tetapi rakyat tidak melihat perkara ini kerana imej islam telah ditunjukan melalui solat hajat mega, makanya anwar menurut persepsi masyarakat adalah berada dipihak yang benar. dalam memenangi pilihanraya di malaysia persepsi masyarakat memainkan peranan yang amat penting. kemenangan pak lah dulu adalah persepsi masyarakat yang melihat pak lah adalah orang yang warak yang menyamai walaupun mungkin tidak mengatasi nik aziz. kekalahan pak lah adalah kerana kurang cekapnya pak lah dalam mentadbir urus satu organisasi yang besar dan kerana keraneh menantunya. Umno tidak dapat mengelak dari dituduh berkonspirasi dengan saiful melawan anwar dengan cara membiarkan saiful menyelesaikan masalahnya seorang diri. Melalui solat hajat dan bacaan yasin secara tersusun dan istiqomah ini makanya kebenaran yang diharapkan akan menjadi lebih jelas, terang dan nyata. Saya yakin mereka yang bersalah akan terhukum dan kebenaran akan tertegak makanya kekeliruan akan terpadam dan PRU nanti akan memudahkan umno menang .
tgk dr gambo syaf smbhyg pun silap. Sepatutnya syaf wanita dibelakang syaf lelaki bkn ditepi syaf lelaki. Mana pun ajaran nie....
Catat Ulasan