Selasa, 10 Mei 2011
LUAHAN RASA DR. JUANDA JAYA MUFTI PERLIS MENGENAI PERTELINGKAHAN DIANTARA PAS DAN UMNO SELAMA 33 TAHUN!!
Saya - sambil memohon petunjuk daripada Allah SWT di bumi Madinah Al-Munauwarah - dengan rendah diri menyeru semua pihak yang mempunyai pengaruh politik di kalangan umat Islam di Malaysia, untuk melakukan dakwah musolahah agar masalih 'ulya (maslahat-maslahat utama) bagi agama Islam kekal terpelihara.
Khilaf adalah perkara tabii bagi manusia. Begitu juga ittifaq (kesepakatan) adalah perkara tabii juga bagi manusia. Tetapi untuk khilaf buat selama-lamanya, ia suatu keganjilan, ketakburan dan kebodohan.
Lantaran itu, Hamas dan Fatah di Palestin yang telah bertelingkah selama 4 tahun sejak 2006, telah kembali bersatu dan berdamai beberapa hari yang lalu. Mereka berjanji untuk memadamkan semua lembaran hitam sejarah yang tercatat antara mereka setelah menyedari masalih 'ulya rakyat Palestin tergugat akibat pertelingkahan sesama saudara seagama dan sebangsa yang meluaskan jurang kejahatan Yahudi Zionis terhadap mereka.
Di Malaysia, gugatan musuh Islam pasti wujud secara terang-terangan atau tersembunyi kiranya khilaf dikalangan umat Islam tidak diurus dengan bijaksana menurut perintah Allah dan Rasul-Nya.
Kemusnahan Afghanistan dan Iraq hingga kini akibat pertelingkahan sesama saudara seagama dan sebangsa sewajarnya menjadi guru terbaik untuk mengajar umat Islam tentang pentingnya masalih 'ulya umat Islam diutamakan, bukannya kepentingan peribadi, kuasa puak dan pengaruh kumpulan.
Para pejuang Islam perlu sedar bahawa mereka berjuang untuk agama Allah, bukannya untuk kepentingan peribadi dan puak.
Sambung baca SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
PASRAEL LBEY SUKE DGR KHUTBAH KHALIPAH AZIZ A.K.A ANAK KOMUNIS DRP BERSATU DGN UMNO BEB..TU PSL KIT SIYAL SUKE BTOL KAT WALLY SLIPOR SIAP PLOK2 LAGI BEB KEHKEHKEH
Catat Ulasan