Selasa, 10 Mei 2011
PERTARUNGAN MAT SABU VS. USTAZ NASHA!!
Oleh: Tarmizi Md. Jam - Malaysia Instinct
Nampaknya gelombang inginkan perubahan dalam PAS sudah tidak terbendung lagi. Ini terbukti apabila Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hanya menerima 39 pencalonan berbanding Mat Sabu yang mendapat 70 pencalonan bagi jawatan tersebut.
Bukan rahsia bahawa di dalam PAS, Nasharuddin dikatakan lembab, tidak pro-aktif hatta sedikit sebanyak bertanggungjawab ke atas kemerosotan sokongan terhadap PAS akhir-akhir ini.
Mungkin ini benar dan mungkin juga tidak memandangkan kelemahan PAS tidak seharusnya diletakkan di atas bahu seorang pemimpin semata-mata. Masalah PAS adalah jauh lebih besar iaitu meliputi isu prinsip, maruah dan halatuju.
Walau apapun, kita tidak ingin campur urusan PAS. Namun, apa yang kita tidak faham mengenai soal pencalonan ini ialah bagaimana orang-orang PAS melihat Mat Sabu sebagai lebih baik dari Nasharuddin?
Apakah sebenarnya kriteria seorang pemimpin yang baik bagi mata PAS?
Mat Sabu terkenal dengan kisah khalwat bilik 121 dengan isteri orang. Mat Sabu juga terkenal dengan ceramah maki hamun dan mencarut. Jika hendak dikatakan Mat Sabu lebih cerdik dari Nasharuddin, di manakah cerdiknya? Jika nak dikatakan lebih alim, di manakah alimnya?
Mungkin maksud pro-aktif bagi PAS ialah aktif berceramah. Lantang dan tegas bagi PAS bermakna berkebolehan memaki hamun dan mencarut. Bijak bagi PAS ialah bijak memanipulasi dan melepaskan diri dari kesalahan sepertimana Mat Sabu berjaya mengahwini isteri orang yang ‘dikhalwati’nya.
Tidak hairanlah kenapa PAS mengangkat orang seperti Mahfuz yang tidak punya pelajaran dan suka menggunakan kata-kata kesat sebagai pemimpin. Dan sebelum ini, Presiden mereka juga iaitu Allahyarham Fadzil Nor, terkenal dengan ceramah yang penuh dengan kata-kata kesat. Begitu juga Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang terkenal sebagai pemarah dan sering menengking-nengking orang-orang sekelilingnya dengan kata-kata yang menyinggung perasaan.
Malanglah bagi Nasharuddin kerana beliau jelas tidak begitu menepati ciri-ciri pemimpin PAS sepertimana mereka-mereka ini. Jika Nasharuddin ingin terus mengekalkan jawatan, beliau haruslah belajar mencarut, memaki-hamun dan menengking-nengking orang. Lebih baik jika Nasharuddin menjenguk-jenguk isteri rakan-rakan di dalam PAS untuk diajak berkhalwat atau berzina juga.
Perbuatan ini pasti akan menaikkan nama Nasharuddin sebagai pemimpin yang beranidan tidak lagi dianggap lembik di mata PAS.
Apa yang pasti ialah jika Mat Sabu menang, semakin cerahlah kerjaya politiknya dan tidak mustahil satu hari nanti dia akan menggantikan tempat Hadi Awang. Dan tentunya jika takdir menentukan sedemikian, Mat Sabu perlu lebih banyak berhubung dan bekerja dengan pemimpin-pemimpin atasan Pakatan Rakyat.
Oleh itu, kita ingin ingatkan Mat Sabu terlebih dahulu agar berhati-hati sedikit dengan mulutnya, bimbang tersasul memanggil “bakal Perdana Menteri”nya dengan gelaran ‘Aljuburi’ yang diciptanya sendiri.
McTheory:
Bungkus la Pas tak lama lagi!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
ustaz nasha lebih baik dr ostad2 mainstream dlm PAS.. ustaz nasha patut keluar dr PAS...
ostat mat sabun belum pernag baca sepotong ayat masa berceramah maki hamun banyak le....apa apa pun bagus le seangkatan dengan enwar erdogan ....tibai bini orang dalam bilik hotel...pergi jahanam dengan PAS...
TAk sangka kaki khalwat ade cita-cita nak jadi Timbalan Presiden PAS. Patutlah PAS tak ade kualiti.
Kalau dia menang memanglah PAS ni luncai yang akan terjun dengan labu-labunya.
Catat Ulasan