Memaparkan catatan dengan label muktamar pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muktamar pas. Papar semua catatan
Jumaat, 15 Mei 2015
Presiden Pas Bakal di Cabar!!
Akhirnya terbukti bahawa, kedudukan Hadi Awang didalam Pas tidaklah sekukuh mana. Apabila beliau dicabar oleh Haji Ahmad Awang.
Saya diberitahu, akan ada pihak 'lain' lagi yang mahu mencabar jawatan Presiden Pas. Bukan hanya Haji Ahmad. Malah ada yang kata Haji Ahmad ni upahan Hadi supaya mencabarnya, bagi menghalang pencabar lain.
Sama-sama kita lihat drama muktamar Pas pada kali ini.
Selasa, 26 November 2013
INFO! Kami Sudah Tiada Tempat Dalam Pas - Dewan Ulamak
APABILA kumpulan pro ulama dikatakan membuat kesepakatan untuk meletakkan seorang calon sahaja bagi kerusi Timbalan Presiden, ramai yang meramalkan penyandang jawatan itu, Mohamad Sabu atau Mat Sabu akan tumbang.
Andaian yang dibuat ialah pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-59 ini tidak akan berlaku pecahan undi bagi golongan pro ulama seperti tahun 2011 apabila Mat Sabu menduduki jawatan itu selepas menewaskan dua calon ulama iaitu, Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Bagaimanapun jangkaan itu ternyata meleset, Mat Sabu kekal sebagai orang nombor dua Pas apabila berjaya mengetepikan pencabar tunggalnya, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah dengan majoriti 98 undi.
Populariti ternyata memberi kelebihan kepada Mat Sabu memandangkan Mohd. Amar dilihat pemimpin di peringkat negeri sahaja.
Biar pun 'diserang' habis-habisan dalam blog dan media sosial sehingga beliau menganggap inilah kali pertama beliau melihat kempen pemilihan paling buruk dalam Pas namun semua itu tidak menghalang Mat Sabu untuk mencapai kemenangan.
Sama ada Mat Sabu menang 98 undi atau 21 undi seperti mana tahun 2011, beliau tetap pemenang dan berhak menjadi Timbalan Presiden Pas, tidak kira berapa pun jumlah undi yang diperolehi Mohd.Amar.
Bagi Mohd.Amar pula, ini merupakan kekalahan ketiga dalam usahanya untuk menduduki salah satu jawatan tertinggi dalam Pas. Sebelum ini, beliau pernah mencuba sebanyak dua kali untuk kerusi Naib Presiden tetapi tewas.
Sebab itulah, ada yang melihat Mohd.Amar memasuki gelanggang merebut jawatan Timbalan Presiden dalam keadaan rekod yang tercalar berbanding Mat Sabu.
Harapan penyokong golongan ulama sebenarnya kepada Tuan Ibrahim tetapi beliau mengambil keputusan untuk bertanding Naib Presiden sahaja biar pun dikatakan memperolehi pencalonan lebih banyak berbanding Mohd.Amar bagi jawatan Timbalan Presiden.
Sementara Tuan Ibrahim diramalkan tidak akan menghadapi masalah untuk menduduki salah satu kerusi Naib Presiden yang akan diumumkan hari ini, ramai tertanya-tanya apa akan berlaku kepada perjuangan ulama dalam Pas.
Ia memandangkan perwakilan dan ahli Pas ternyata mempunyai pertimbangan tersendiri dalam soal perjuangan politik parti itu.
Sebab itulah, dalam senarai Ahli Jawatankuasa Pas pusat yang terpilih, kumpulan ulama tidak sampai 10 orang. Antara yang terpilih termasuklah dua bekas pemimpin Dewan Pemuda Pas pusat iaitu Nasrudin Hassan dan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Walaupun barisan kepimpinan yang terpilih tidak akan meminggirkan golongan ulama namun apa yang menjadi persoalan ke manakah haluan golongan itu selepas ini?
Ia memandangkan mereka tidak mempunyai kekuatan politik yang begitu jitu bagi menentukan hala tuju perjuangan Pas selepas ini. Sebaliknya, agenda politik parti tersebut ini dilihat akan ditentukan sepenuhnya oleh golongan profesional atau lebih popular digelar 'Anwarinas'.
Situasi ini juga akan memungkinkan peranan Dewan Ulama dan Majlis Syura Pas dilihat tidak lebih daripada pelengkap organisasi sahaja.
Kenyataan tegas golongan ulama sebelum ini yang mahu tahaluf siyasi dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dikaji semula dikatakan turut menjadi punca calon golongan ulama gagal mencapai kejayaan diharapkan.
Tindakan Dewan Ulama itu dikatakan mengecewakan banyak pihak dalam Pas yang berpendapat jika mahu menawan Putrajaya mereka perlu meneruskan kerjasama dengan kedua-dua parti tersebut.
Malah ada antara mereka begitu bangga menganggap melalui tahaluf siyasi, Pas mampu menawan Kedah dan Perak pada tahun 2008, mempertahankan Kelantan dan berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang sehingga ke hari ini.
Selain itu, mereka juga berhujah bahawa Pas semakin diterima oleh bukan Islam kerana kerjasama tersebut, justeru kenapa golongan ulama memadai-madai mahukan ia dikaji semula?
Ternyata, biar pun dilayan seperti pak turut dan melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang, namun sebahagian ahli-ahli Pas tidak peduli, apa yang penting mereka mahu meneruskan keterujaan untuk bersama PKR dan DAP bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Mungkin atas sebab itu jugalah, Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib telah dikecam dan dicerca dalam laman-laman sosial sehingga ada ahli Pas tergamak menuduh golongan ulama 'gila kuasa'.
Golongan ulama turut dikaitkan dengan usaha mengadakan kerjasama dengan UMNO biar pun Dewan Ulama sudah menegaskan bahawa seruan supaya tahaluf siyasi disemak adalah bertujuan untuk menilai apakah keuntungan secara keseluruhan terutamanya kepada Islam.
Bagaimanapun niat murni golongan ulama ini tidak dipertimbangkan dengan telus dan ia terbukti apabila dalam sesi perbahasan majoriti perwakilan seolah-olah tidak berani untuk mengkritik layanan PKR dan DAP terhadap Pas.
Sebaliknya, semua lebih selesa mahu ia diperteguhkan dengan andaian sudah banyak keuntungan politik yang Pas perolehi.
Berikutan keputusan dalam pemilihan Pas kali ini, mana-mana pihak juga tidak boleh mengharapkan apa-apa lagi kepada perjuangan golongan ulama dalam parti itu.
Tambahan pula, sebelum ini usul Dewan Ulama yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamarnya pada Khamis lalu iaitu memasukkan satu fasal yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden terdiri daripada ulama, tidak mendapat sambutan mana-mana pihak dalam Pas.
Ia secara langsung memberi isyarat kepada golongan ulama bahawa suara mereka semakin terpinggir dalam parti itu biarpun golongan itulah selama ini yang bertanggungjawab memperkasakan Pas. Apa pun, kita harus menghormati keputusan yang dibuat oleh perwakilan dan mengakui keterujaan ahli-ahli Pas untuk menampilkan satu barisan kepimpinan yang akan mampu memenuhi impian mereka untuk bersama-sama PKR dan DAP menawan Putrajaya.
Kalau selepas ini Pas akan terus dilayan sebagai 'penumpang' dalam pakatan pembangkang terima sahajalah kerana itu kehendak ahli-ahli parti tersebut. Oleh itu tidak keterlaluan untuk kita menyatakan tidak payahlah Pas bermimpi melaksanakan hukum hudud termasuklah di Kelantan kerana ia akhirnya akan menjadi retorik politik semata-mata dan sekadar 'hiburan' untuk berbahas di muktamar parti tersebut.
Ini kerana kita percaya dan yakin DAP serta PKR tidak akan memberi laluan mudah kepada Pas untuk berbuat demikian. Setakat ini apa yang kita saksikan, hanya Pas yang ibarat 'syok sendiri' dalam soal hukum hudud dan lebih selesa untuk menuding jari kepada UMNO dan kerajaan BN jika ia tidak dapat dilaksanakan.
Dengan semakin kurangnya suara golongan ulama dalam penentu agenda politik Pas berikutan keputusan pemilihan semalam, maka apa juga agenda parti tersebut selepas ini sudah pasti memerlukan restu daripada PKR dan DAP. Tetapi tidak mengapalah kerana pemimpin, ahli dan penyokong Pas tidak mahu menerima pandangan orang di luar parti tersebut termasuklah media.
Bagi mereka, orang luar hanya bertujuan untuk mengkucar-kacirkan parti itu dan cuba memecah belahkan perpaduan pakatan pembangkang. Oleh itu, berilah peluang dan ruang kepada barisan baru kepimpinan Pas untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Apa yang pasti, keputusan pemilihan kali ini sudah jelas membuktikan bahawa suara golongan ulama semakin dan akan terus 'terhakis' di dalam Pas.
Bagaimanapun sebagai salah seorang yang bertanggungjawab mencetuskan idea kepimpinan ulama dalam Pas, Mat Sabu tentulah memahami sentimen yang wujud berikutan apa yang berlaku. Tambahan pula beliau sudah berjanji, pihaknya akan meneruskan usaha mengukuhkan pakatan pembangkang berdasarkan usul-usul yang diluluskan dalam muktamar tersebut.
Dan untuk rekod, antara usul yang diluluskan tanpa bahas ialah, ''Dewan Ulama Pas Pusat mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas pusat mewujudkan khusus bagi mengkaji, menyemak serta menilai kekuatan dan kelemahan, kejayaan dan kegagalan pendekatan tahaluf siyasi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ia berlangsung dari sudut mafsadah (kerosakan) dan maslahah (kebaikan) syariah dengan tujuan penambahbaikan dan pengukuhan Pakatan Rakyat untuk lonjakan PRU-14.''
Adakah ini akan dilaksanakan? Terserahlah kepada barisan baru kepimpinan Pas menentukannya. Yang pasti orang Melayu di luar Pas sedang memerhati dan sebahagian besar mereka percaya keputusan pemilihan kali ini memungkinkan bak kata seorang teman dalam parti itu selepas keputusan diumumkan, ''Orang Pas memilih, ahli PKR dan DAP yang bertepuk gembira.' 'Apakah maksudnya, fikirlah sendiri. - Sallah Ad-din
HOT! Lakonan Air Mata Pas, buat Ahlinya Sendiri Menyampah! #MuktamarPas
Naib Presiden PAS yang baru, Tuan Ibrahim Tuan Man kena balun dengan bekas calon Ketua Pemuda PAS, Zul Hazmi.
Bila Mc tengok video pengumuman pemenang naib presiden Pas. Depa pakat dok menangis serupa takmau menang. Kalau rasa nak menangis sangat, baik bagi balik kat Mahfuz tu. Lagi pun dia kalah bukan sebab orang tak suka dia. Tapi pihak atasan nak dia kalah!
Jadi tak salahlah apa yang si Zul Hazmi tu kata.. kalau orang Pas pun dah menyampah tengok lakonan air mata, kami yang dok kat luaq ni lagi la.. meluat.. he he he..
McTheory:
Politik tu politik laa juga..
Isnin, 25 November 2013
INFO! Konspirasi Dalaman Pas Punca Kekalahan Mahfuz Omar? #MuktamarPas
Sedih juga bila Mc tengok video pengumuman Naib Presiden Pas yang menyaksikan penyandangnya Mahfuz Omar mantan Naib Presiden Pas tersungkur. Betul ke orang Pas tak mahu Mahfuz lagi? Atau ini hanya konspirasi atasan Pas?
Betui ka ahli Pas memilih Husam Musa, Tuan Ibrahim dan Salahudin untuk mewakili golongan masing-masing dalam Pas. Husam mewakili golongan profesional (Anwarinas), Tuan Ibrahim pro Ulamak dan Salahudin pro Aktivis (kaki demo).
Kalau atas kertas nampak semuanya teratur, bahkan ramai yang nampak ianya seolah-olah dirancang oleh Pas, kerana tidak mahu golongan masing-masing berpecah belah, dan tak puas hati dengan keputusan perwakilan.
Malah penyingkiran Mahfuz sebagai Naib Presiden pun memang sudah dijangka dan jawatan untuk Mahfuz dalam parti Pas lepas ini ialah Ketua Penerangan parti.
Mana mungkin undian untuk Naib Presiden yang hanya diundi oleh 1000 lebih perwakilan perlu dikira hingga ke pagi. Kalau difikirkan logik akal, dalam masa satu jam pun dah boleh dapat keputusan Naib Presiden kerana 1000 lebih keping kertas undi bukannya susah untuk mengira.
Ternyata betullah cakap-cakap belakang yang Mc dengar, Naib Presiden bukan ditentukan dengan kertas undian, tetapi ditetapkan oleh pucuk pimpinan parti Pas, supaya 3 golongan dalam Pas berpuashati dan tidak bercakaran sesama sendiri.
Cuma, kesian pada Mahfuz yang dijadikan mangsa konspirasi atasan Pas. Mentang-mentanglah Mahfuz ni kurang cerdik dan tergolong dalam golongan 'syok sendiri' Pas akhirnya menjadikan beliau kambing hitam alasannya untuk kestabilan parti.
Kesianlah Mahfuz, Takziah Mc dah TMK ucapkan..
McTheory:
Dah la jawatan Ketua Pesuruhjaya Pas Kedah pun ada orang nak rampas.. bertambah kesiann..
HOT! Akar Umbi Pas Kecewa Mat Sabu Kekal, Dap pulak yang Gembira? #MuktamarPas
Selepas Mat Sabu diumum mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas, ramai juga akar umbi Pas yang terkejut dan kecewa dengan perwakilan kerana sanggup lagi memilih pemimpin pro Syiah, menjadi Timbalan Presiden buat kali kedua. Walaupun sudah terbukti Mat Sabu bukanlah seorang yang layak menjadi pemimpin sebuah parti Islam.
Berbeza dengan Dap, memberi sambutan dan puji-pujian besar-besaran kepada Mat Sabu. Pemimpin Pas yang lain menang pun Dap tak bereaksi sebegini.
Gambar dari Blog Cucu Tok Selampit
McTheory:
Nampak sangat orang Dap lebih sayang Mat Sabu dari orang Pas sendiri.. hehe
Ahad, 24 November 2013
#HOT! Konsert Rock di #MuktamarPas, Betui Ka?
Terkejut bila Mc tengok ada pulak Konsert Rock di Muktamar Pas. Kalahlah Perhimpunan Agung UMNO ada konsert macam ni, dah tentu bertalu-talu UMNO kena maki kononnya tak Islamik.
Tapi ramai juga orang Pas menafikan ada konsert semasa di Muktamar Pas tempohari. Mc pun tak pasti ada ka takdak tapi bila baca komen orang Pas sendiri kat bawah ni, rasanya sah la memang ada konsert.
Soo.. diakui memang ada konsert di Muktamar Pas. Nak nafi apa lagi. Sudah terbukti 'Pas sekarang bukan lagi macam Pas yang dulu, Dulu Islam di julang sekarang sudah melayang! he he he.
McTheory:
Ini bukan fitnah UMNO.. ini betui-betui woo.. hehe
HOT! Keputusan Rasmi Naib Presiden Pas! Mahfuz Tersungkur.. Takziah Pas Kedah! #MuktamarPas

SHAH ALAM: Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa dipilih sebagai Naib Presiden PAS bagi sesi 2013-2015 pada Muktamar Tahunan PAS ke-59.
Salahuddin memperolehi 917 undi, Tuan Ibrahim (849) dan Husam (520).
Dua calon lagi, Datuk Mahfuz Omar memperolehi 504 undi dan Datuk Abu Bakar Chik (364).
Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi jam 10.50 pagi ini.
Jelasnya, jumlah perwakilan yang berdaftar ialah 1,129 sementara yang mengudi 1,086 dengan enam undi rosak.
McTheory:
Mana Mahfuz Omar? Ketua Pesuruhjaya Pas Kedah kalah? Takziahlahh Pas Kedah nooo.. hahaha..
Jumaat, 22 November 2013
HOT! Blogger Pas Kata Dewan Pemuda dan Ulama Pas 'Geng POYO' #MuktamarPas
Mc selalu baca beberapa blog 'sebelah' sana yang Mc fikirkan rasional dan terbuka dalam penulisan. Maknanya, blog yang tidak terlalu menjilat pemimpin walaupun salah, dan berani berkata ya walaupun pemimpinnya salah.
Sebab tu ada beberapa blog yang Mc sendiri ikuti kerana sikap penulis yang agak 'rebel' sesuai dengan Mc juga la. Sudah tentu kita mahu melihat pendapat blogger Pas yang mengulas tentang keputusan semalam.
Baca posting yang Mc ambik dari blog Cenangau, yang memberi takrifan POYO kepada Dewan Pemuda dan Ulamak Pas sendiri. he he he..
Baca kat bawah ni,
Tak 'poyo' apanya kalau sampai tahap nak paksa ubah perlembagaan parti untuk lantik Timbalan dan sorang Naib Presiden dari kalangan ulamak' sedangkan pemimpin yang Dewan Ulamak ketengahkan tak cukup 'cool' ataupun mungkin langsung tak 'cool'.
Malaysiakini melaporkan:
Pemuda PAS digesa melahirkan seorang pemimpin yang 'cool' dan mampu mendampingi segenap lapisan masyarakat.'Poyo' ni satu istilah yang payah nak terjemahkan, lebih kurang macam makanan sedap, walaupun gunakan bahan yang sama dan cara masak yang lebih kurang sama tak semestikan hasilkan makanan yang sama sedap. Pulak tu pada sesetengah orang sedap tapi mungkin pada sesetengah orang lain biasa saja malah mungkin tak sedap.
Perwakilan Johor Shazni Munir berkata, pengolahan dan penambahbaikan tarbiah anak muda penting untuk menjadikan dewan itu tidak berimej eksklusif sehingga dilihat 'poyo' di mata masyarakat.
"Sekiranya kita terus dilihat sebagai entiti yang berbeza, selagi itulah kita dilihat tidak 'cool' di mata anak muda. - Mkini.
Macam tu jugak 'poyo', dan dalam konteks pemuda 'poyo' tu kena ditengok dari selera atau kacamata majoriti orang muda Malaysia. Walaupun seluruh kepimpinan pemuda PAS kata DPPM hebat tapi kalau anak muda nampak 'poyo', memang 'poyo' laa...
Contoh macam Ustaz Azhar Idris, aku yakin ramai ulama' yang tak setuju dengan cara dia berkuliah tapi ternyata pada anak muda kuliah Ust Azhar Idrus sangat 'cool' dan langsung tak 'poyo'.
Tapinya, walaupun ada yang kata DPPM 'poyo' tapi bagi aku tak la berapa nak 'poyo' berbanding Dewan Ulamak yang lagi teruk 'poyo'nya.
Tak 'poyo' apanya kalau sampai tahap nak paksa ubah perlembagaan parti untuk lantik Timbalan dan sorang Naib Presiden dari kalangan ulamak' sedangkan pemimpin yang Dewan Ulamak ketengahkan tak cukup 'cool' ataupun mungkin langsung tak 'cool'.
Malaysiakini juga melaporkan:
Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menerima usul tanpa bahas yang mendesak PAS Pusat memasukkan fasal yang memperuntukkan jawatan presiden, timbalan dan sekurang-kurang salah seorang naib presiden terdiri daripada ulama. - Mkini.Dewan Ulamak sepatutnya kena fikir pasai apa orang tak berapa nak ulamak sebagai Timbalan dan Naib Presiden. Sebenarnya bukan isu ulamak atau profesional sangat tapi perwakilan tak nampak sangat tokoh ulamak yang sesuai untuk duduk di kerusi tu.
Dewan ulamak patutnya bersungguh-sungguh untuk lahirkan pemimpin dari kalangan ulama' yang 'cool' yang bukan saja dihormati tapi boleh diterima oleh semua golongan.
Kalau dewan ulama' ada ramai tokoh hebat yang 'cool' macam TG Nik Aziz, bukan setakat Presiden, Timbalan dan seorang Naib, seluruh AJK PAS Pusat dilantik dari kalangan ulama' pun pada aku langsung tak jadi masalah. Yang pentingnya depa tu kena 'cool' dan tak 'poyo'.
Malaysiakini juga melaporkan:
Desakan yang dibuat oleh Urusan Ulama PAS Kuala Nerus, Terengganu itu supaya "tidak timbul kecelaruan" dalam pemikiran ahli dan memastikan kelangsungan kepimpinan ulama berhubung kepimpinan di peringkat tertinggi parti itu. - Ibid.Bab ni pun sepatutnya Dewan Ulama' kena ambil tanggungjawab atas kegagalan Dewan Ulama' mentarbiah ahli. Sepatutnya takdak apa yang perlu ditakuti kalau golongan profesional dalam PAS berjaya di'ulamak'kan oleh dewan ulama macam yang pernah disarankan oleh almarhun Ust Fadhil Noor lama dulu.
Macam tu jugak, tak sepatutnya timbul kecelaruan dalam pemikiran ahli kalau Dewan Ulama' berjaya mengujudkan 'wehdatul fikr' dikalangan semua ahli PAS.
Alasan kata ramai ahli yang tak minat pi program tarbiah pun tak sepatutnya berbangkit pasainya program tarbiah yang Dewan Ulamak buat untuk ahli-ahli (itu pun kalau ada) tak menarik, tidak 'cool' dan 'poyo'.
Dewan Ulama' kena renung pasai apa contohnya kuliah Ust Azhar Idrus mampu tarik kehadiran berpuluh ribu anak muda termasuk golongan mat rempit tapi program anjuran Dewan Ulama' ahli PAS sendiri pun tak minat nak hadir.
Realitinya, bukan setakat gagal mengujudkan 'wehdatul fikr' dikalangan semua ahli PAS tapi untuk ujudkan naqib usrah yang mencukupi untuk memastikan usrah di semua cawangan PAS berjalan seperti yang dikehendaki pun Dewan Ulama' ternyata GAGAL sampai hari ni.
P/s: tudiaa.. orang Pas sendiri kata Ulamak depa POYO? kita nak kata apa lagi?
McTheory:
Paling POYO sebenarnya Nik Aziz tuu.. hehe
HOT! Anak Hadi Awang Selamatkan Pemuda Pas Dari Terus Liberal? #MuktamarPas
Nampaknya anak Hadi Awang berjaya menempatkan diri dalam Pemuda Pas walaupun dirinya bukanlah seorang calon pilihan dikalangan Pemuda Pas sendiri.
Apakah status anak seorang Presiden Pas telah membuka jalan bagi dirinya menempatkan diri sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas.
Mujur Khalil bertanding Timbalan, rasanya kalau bertanding ketua, tentu status anak presiden akan menjaminkan kemenangan terhadap beliau.
Mujur Suhaizan Kaiat berjaya dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru.Manakala anak presiden PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi pula dipilih sebagai timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS yang baru.
Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor mendapat 320 undi untuk menewaskan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohammad yang mendapat 307.
Seorang lagi calon, Zulhazmi Sharif hanya mendapat tujuh undi.
Timbalan Ketua Pemuda PAS pula dimenangi oleh Mohd Khalil Abdul Hadi dengan jumlah undi sebanyak 355 sekaligus mengalahkan pesaingnya Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob yang hanya mendapat 280 undi untuk menggantikan penyandang sebelum ini Nik Abduh Nik Aziz.
Khalil yang merupakan wakil tunggal kumpulan ulama berjaya menggagalkan usaha kumpulan profesional untuk menguasai tiga jawatan tertinggi sayap PAS itu pada pemilihan yang berlangsung hari ini.
Seramai 638 perwakilan mengundi hari ini bagi memilih kepimpinan Pemuda PAS 2013-2015
Bagi pemerhati, kemenangan Suhaizan yang dilihat mewakili kecenderungan aliran bukan ulama dalam PAS.
Bagaimanapun, cabarannya di depannya masih tidak mudah apabila kebanyakan besar exco yang terpilih hari ini tergolong dalam kategori 'chai' lawannya Kamaruzaman Mohamad.
Suhaizan dalam ucapan kemenangannya mencadangkan nama Dewan Pemuda PAS Pusat dikomersialkan sebagai Pemuda PAS Malaysia sebagai langkah meremajakan dan mendekatkan pergerakan itu kepada masyarakat umum.
Dalam ucapan kumpulan sokongan Pemuda Pas di Kedah.. ada yang mahu Pemuda Pas, menjadi sehebat Pemuda UMNO dan ada pula yang mahu ketua mereka sama macam Ketua Pemuda UMNO.
Apakah Pemuda Pas juga mahu jadi lebih liberal seperti mana cadangan Ketua Pemuda UMNO? he he he..
McTheory:
Hebatkah Pemuda UMNO tuu?
Selasa, 19 November 2013
HOT! Pas Mahu Malaysia Contohi Brunei Buat Hukum Hudud! #MuktamarPas
Mc agak tertarik dengan ulasan hudud dari blog Semut Hitam.
Dikala ini, ramai pemimpin PAS yang sibuk dok bercerita pasal perlaksanaan Hukum Hudud. Masing - masing sibuk menjaja cerita pasal Hudud ni ke hulu ke hilir.
Ada jugak dikalangan pemimpin PAS ni yang ghairah bercerita pasal Hudud turut membangkitkan nama Negara Brunei. Ramai yang puji pemimpin Negara tersebut.
Tak pelik jika Brunei laksanakan Hudud. Hakikatnya, Demografi penduduk di Malaysia dan Brunei mempunyai perbezaa yang cukup ketara. Dan perkara ini tidak dijelaskan oleh PAS.
Jika dilihat, memang Brunei layak untuk melaksanakan Hudud. Populasi penduduk di Negara tersebut melayakkan mereka untuk berbuat demikian.
Brunei mengamalkan sistem Monarki Mutlak Berparlimen dimana Sultan adalah Pemimpin Utama dan merupakan Ketua Agama Islam. Seluruh rakyat berada dibawah naungannya.
Jelas ianya menyangkal dakwaan dari Profesor Badut semalam yang mengatakan Sultan tak de hak ke atas mereka yang bukan Islam mengikut Hukum Islam.
Dengan hanya mempunyai rakyat seramai lebih kurang 400ribu orang, tidak mustahil mereka mampu melaksanakan Hukum Hudud. Hampir 2/3 dari mereka beragama Islam.
Tidak ada sebab kenapa Hudud tidak boleh dilaksanakan di Brunei kerana jumlah penduduknya yang tak berapa ramai tetapi pendapatan Negaranya banyak.
Bayangkan. Orang yang baru habis belajar pun diberi gaji oleh Kerajaan secara bulanan. Jadi bab nak mencuri tak timbul sebab semua orang ada pendapatan sendiri.
Nak kata rakyat Brunei nak berzina pun payah sebab kalau nak kahwin Kerajaan sendiri bagi duit belanja. Kahwin pun percuma. Rakyat cuma kena bayar Mas Kahwin sahaja.
Inikan pulak nak berpoligami. Ianya memang dianjurkan oleh pihak Kerajaan sendiri. Jadi, isu berkaitan dengan zina memang tak timbul lansung di Brunei.
Di Malaysia ni sebut Poligami je dah mula ketar kepala. Ada yang siap kena kejar dengan Parang lagi sampai terpaksa melarikan diri ke Negara jiran.
Tapi, jangan salah anggap apabila isu berkaitan dengan Hudud di Brunei ni menyebut bahawa undang - undang tersebut hanya tertakluk kepada agama Islam sahaja ye.
Kita kena ingat bahawa Brunei hanya ada satu Mahkamah iaitu Mahkamah Syariah. Maka seluruh penduduk tertakluk dibawah Hukum Syariah.
Nah!!! Sekarang bezakan lah Brunei dengan Kelantan yang mana rakyatnya sendiri pun tak de kerja. Terpaksa pergi ke tempat lain mencari rezeki. Jadi, tak payah la sibuk nak mempolitikkan pasal Hudud ni semata - mata untuk meraih sokongan orang!!!
Lagi pun betui ka semua geng Pakatan setuju nak buat hudud ni?
Atau puak Pas ni sembang deraih saja nak buat hudud, tapi hanya lakonan semata-mata? Politik tak habis-habis.
P/s: nak buat hudud? Pi pujuk Anwar dengan Kit Siang dulu laa.. hehe
McTheory:
Hudud Pas hanya muncul masa nak pilihanraya atau muktamar Pas.. waktu lain.. hampeh!
Sabtu, 16 November 2013
#HOT! #MuktamarPas Tahun 2013, Misi Selamatkan Mat Sabu!
Nampaknya nama Mat Sabu dah tak sepopular dulu. Kalau dulu bila Mat Sabu turun berceramah, mau beribu-ribu ahli bawahan Pas turun dengar ceramah beliau. Tetapi kini zaman kegemilangan Mat Sabu dah tamat, the end. Hingga Mat Sabu terpaksa mengunakan kuasa parti untuk kekalkan kuasa Timbalan Presiden Pas.
Buktinya apabila di Kedah Ketua Pas kawasan masing-masing terpaksa mengeluarkan senarai pemimpin pilihan (kita UMNO panggil 'cai') dengan memasukan nama Mat Sabu dalam jawatan Timbalan Presiden. Sedangkan kalau mengikut ahli Pas sendiri, mereka lebih rela untuk mengantikan Mat Sabu dengan orang lain, sesiapa saja asalkan bukan Mat Sabu.
Pernah sewaktu kempen di Sungai Limau, Mat Sabu diminta pandu kereta sendiri ketempat ceramah di Bukit Besar, tanpa dijemput atau diiring sedangkan beliau adalah Timbalan Presiden Pas. Perbuatan tersebut menimbulkan kekecohan dikalangan pemimpin Pas negeri kerana Mat Sabu tidak dilayan dengan baik oleh markas Pas Bukit Besar.
Sejak daripada peristiwa tersebut, Mat Sabu terus tersentap dan jarang lagi turun berceramah sewaktu PRK Sungai Limau tempohari.
Walaupun percalonan Mat Sabu hanya dicabar oleh Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan. Seorang individu yang kurang popularnya, namun lebih ramai ahli Pas berminat untuk memilih Nik Amar berbanding Mat Sabu yang terkenal dengan fahaman songsang komunis dan pro syiah. Mungkin disebabkan itu, ahli Pas sudah kurang berminat dengan Mat Sabu dan mahu melantik orang yang lebih baik menjadi Timbalan Presiden Pas.
Pas terpaksa mengekalkan Mat Sabu disebabkan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Guan Eng dan Anwar Ibrahim sendiri, jika nak dibandingkan keakraban kedua-dua pemimpin tersebut dengan pemimpin Pas yang lain. Hadi Awang pun tak mampu nak makan babi dengan Guan Eng jika kita mengambil kira statement Mat Sabu yang rela makan babi dari makan ayam.
Kalau Pas rasa mereka boleh berjaya dan lebih Islam dengan cara Mat Sabu, Mc rasa ahli Pas harus terus beri sokongan terhadap Mat Sabu. Tetapi jika Pas rasa keputusan PRU ke 13 yang lepas menyaksikan Pas kehilangan sokongan melayu Islam, sudah sampai masa untuk Pas buat perubahan yang agak drastik.
Namun pada muktamar Pas pada kali ini, apa yang Mc nampak sebagai misi 'Selamatkan Mat Sabu' kalau tanpa kuasa parti, sudah pasti Mat Sabu ditolak mentah-mentah ketepi!
McTheory:
Kami ok saja kalau Pas angkat lagi Mat Sabu.. lagiiii kami sukaa.. hehe
Selasa, 12 November 2013
HOT! Pas Sedang Galak Usung Tabung MILO Untuk Pemilihan Pas! #MuktamarPas
![]() |
| kira bro.. kira.. |
Kelakar dan sedih pun ada bila Mc baca mesej dari puak Pas ni.. takdak duit tapi nak buat majlis hebat di hotel besar-besar. Apa punya teruk la puak ni. Bersederhanaanlah.. jangan mengikut nafsu. Kalau tak mampu, buat majlis kenduri kampung sudah, sewa dewan orang ramai tu, kemudian buat kenduri umum bertanding pemilihan.. ini tak, sewa hotel kononnya, lepas tu duit, mengagau rata. he he he..
Bukan niat Mc nak hina pemuda Pas Kedah ni, tapi kadang-kadang puak ni gunakan derma tabung milo depa tu kononnya satu perjuangan. Jika nak berjuang cara Islam, kena sumbang duit dalam tabung milo Pas, kalau tak sumbangkan duit, maknanya orang itu takkan direstui perjuangan Islam.
Masalahnya kalau kutip derma tu nak bina surau ka, masjid ka, itu kira ok la. Tapi puak ni kutip derma semata-mata nak buat majlis umum nak lawan calon, atau sokong calon tertentu. Apa pulak lawak puak ni, takkanlah nak buat majlis sokong calon sendiri pun kutip derma kat orang ramai?
Baca mesej yang Mc dapat,
Assalamualaikum kawan2.1. Mohon maaf atas mesej yg diterima ini..2. Untuk info kawan2, saya dan rakan2 dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Kedah dan akan menganjurkan 1 program penyuburan budaya ilmu dan berfikir3. Program ini buat julung2 kalinya diadakan mempertemukan calon2 yang akn bertanding jwtan Ketua Pemuda dan Timbln Ketua Pemuda PAS Malaysia bersempena dgn Muktamar Pemilihan PAS Pusat Tahun ini..4. Program yg dimaksudkan ialahProgram : Wacana Kepemudaan Pra-Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Calon2 KP &; TKP DPPM : Ke Arah Pemberdayaan Pemuda Harapan NusaTarikh : 13.11.13
Hari : Rabu
Waktu : 8.30 mlm
Lokasi : Leverage Hotel Mergong Alor Setar.5. Jadi kawan2, kehadiran mesej ini adalah dgn rasa rendah diri ingin memohon/menajadlm bantuan sumbangan dari kawan2 bg menampong kos pengnjuran program..Maklomlah kami PAS bukn UMNO...😊. Jadi kekurangan dana sudah mnjd perkra biasa bg kami lebih2 lg slpas PRK Dun S.limau....6. Jadi saya menjemput shbt2 untuk memberi sumbgan berdasarkn keikhlasan shbt2 atau shbt2 ingin menaja dlm bentuk sumbgan berdasarkan pakej2 kos srperi betikut..A. Kos Lokasi wacana- RM350B. Kos Jamuan ringan untuk semua hadirin -RM 600C. Kos saguhati setiap panel dan transpotnya - RM1500 untuk 3 panelisD.Kos Moderator - RM200E. Kos ICT untuk live streaming -RM600F. Kos Baner dan publct - RM500G. Kos sampingan - RM3007. Jika shbt2 sudi menderma atau menaja bg membantu kami jayakan program yg baik ini kerana allah, saya sertakan bbrpa no akaun bank bg memudahkn urusan shbt2 bg tujuan maksud tersebut seperti dibwah :BIMB: 0201 1010 432 567 - Dewan Pemuda PAS Kuala KedahCIMB [ 0204-0010-2902-07 ] Mohd Hayazie SaadMaybank [ 1573-9900-2812 ] Mohd Nazimi Zaim8. Jika shbt2 sudah transfer@bank in kan..mhon untuk diinfokn kpd saya bg tujuan rekod..9. Terima kasih shbt2...Bgnilah kami dlm nk buat apa2 program...sumbgan org ramai lah dpt membntukn kami gerakkan apa2 progran yg bermanfaat buat masyarakat dan ummah..Jazakallah atas kesudian shbt2...Saya sudahi dgn ucpn terima kasih..Toce2...10. Yang BenarIbnu Ismail Al-Qedahy@paksu - Pengarah Wacana - 0176041421
Ha ha ha.. pada sapa yang nak tolong dermakan pun boleh..kekurangan dana disebabkan PRK Sungai Limau. Adoiiyai.. kalau dah kekurangan dana tu, gatai telor buat kat hotel sapa suruh kan?
Orang UMNO pun nak buat program kena la sedar diri. Kalau mampu buat kat hotel, kalau tak mampu buat cara yang termampu. Tak payah nak bawa tin milo kutip sana sini. Puak Pas ni, kalau dah terbiasa kutip duit dengan tin milo, sampai nak berak bayar masuk tandas pun dia kutip duit dulu nanti. he he..
Kalau ada lebihan kutip derma tin milo tu, sapa nak tukang audit? atau masuk poket sendiri saja? he he he..
McTheory:
Derma fisabillah ka, boleh jalan dahh?
Jumaat, 8 November 2013
HOT! Bila Anak Hadi Awang Berebut Jawatan Dengan Anak Nik Aziz! #MuktamarPas
Anak lelaki kepada presiden PAS Muhamad Khalil Abdul Hadi disebut-sebut bakal bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda bagi mewakili kumpulan proulama pada pemilihan Pemuda pada 21 Oktober ini.
Jawatan itu kini disandang anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh, yang turut dicalonkan semula.
Nik Abduh (kanan) bagaimanapun telah menyatakan pendirian tidak mempertahankan jawatannya.Turut dicalonkan bertanding jawatan itu, Naib Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, bekas anggota Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad.
Bagaimanapun, Muhamad Khalil dilihat bakal berdepan Raja Ahmad Iskandar ekoran calon-calon lain dilihat tidak berminat berentap jawatan nombor dua dalam dewan itu.
Berdasarkan ketokohan dan pencapaian akademik, kedua-dua pemimpin yang berpendidikan tinggi itu dilihat mempunyai peluang seimbang.
Raja Ahmad Iskandar mempunyai gelaran doktor falsafah daripada United Kingdom (UK) manakala Muhamad Khalil pula memporoleh sarjana daripada negara sama.
"Perwakilan akar umbi juga dilihat berbelah bagi. Sama-sama kuat. Mereka sama-sama di UK.
"Aktif berpersatuan di sana," kata sumber.
Tarikh akhir penerimaan pencalonan jatuh kepada hari ini. Jawatankuasa pemilihan PAS dijangka mengumumkan siapa lawan siapa esok.
Khamis, 12 September 2013
PANASS!! Sorang Lagi Bakal Cabar Mat Sabu!!
PAS Besut mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah untuk mencabar penyandang jawatan timbalan presiden Mohamad Sabu (gambar) dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.
Resolusi PAS kawasan itu sebulat suara supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS bagi sesi akan datang.
Muktamar tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini bagi memilih kepimpinan baru sesi 2013-2015.
Pemilihan kali ini turut mendapat perhatian daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa timbalan presiden harus dipilih dari kalangan ulama.
Dengan pencalonan Nik Amar oleh beberapa kawasan membuktikan saranan Mursyidul Am itu diambil kira oleh setiap kawasan bagi pemilihan PAS akan datang.
Nik Amar sudah mendapat layak untuk bertanding sebagai timbalan presiden PAS dalam pemilihan akan datang.
Dalam pada itu, PAS Besut turut menamakan tiga calon untuk merebut jawatan naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.
Pengaruh Mursyidul Am dijangka memberikan impak besar dalam pemilihan kepimpinan PAS tidak lama lagi.
Media melaporkan pada Sabtu lalu, Nik Abdul Aziz berpendapat Abdul Hadi patut dikekalkan sebagai presiden PAS dan timbalannya pula dipilih di kalangan ulama.
Katanya, semua pemimpin PAS perlu mempunyai ciri ulama, namun apa yang membezakan mereka adalah ilmu agama yang dituntut.
Kenyataan Nik Abdul Aziz sekali gus memberi isyarat kepada pewakilan supaya jawatan presiden PAS itu tidak dipertandingkan.
“Saya berdoa dan minta Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu diteruskan jadi presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentu saya mahu orang ulama jadi timbalan beliau,” katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu, Kota Bharu.
Beliau berkata demikian selepas Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir mahu menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini.
Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli PAS seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.
Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu mengakui mempunyai calon pilihan sebagai timbalan presiden, namun tidak mahu mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada ahli PAS untuk membuat keputusan terbaik.
"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya. - 11 September, 2013.
Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!
HOT! Husam Lagi Popular Dari Mat Sabu Untuk Timbalan Presiden Pas? #MuktamarPas
PAS kawasan Segamat, Johor memilih Datuk Husam Musa untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden untuk Muktamar parti itu yang ke-59 November ini.
Pemilihan Husam dibuat oleh perwakilan muktamar yang bersidang 25 Ogos lalu, iaitu kawasan PAS yang pertama membuat mesyuarat agung.
Semalam, PAS kawasan Besut, Terengganu memilih Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai calon timbalan presiden mereka.
Pemilihan Nik Amar dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu selepas diberikan mandat oleh Mesyuarat Agung PAS kawasan sebelum ini.
"Pemilihan kedua-dua tokoh ini membayangkan sikap dua kumpulan penting dalam PAS untuk jawatan timbalan presiden kali ini.
"Apa yang jelas ulama mahukan Nik Amar manakala akar umbi mahukan Husam," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiarkan.
Beliau membuat andaian ini berdasarkan siapa di belakang jawatankuasa PAS kawasan Besut yang memilih Nik Amar sebagai calon mereka. Antaranya Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh dan Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu, Datuk Husein Awang di samping Yang Dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.
Bagi kawasan Segamat pula, ia membayangkan kehendak akar umbi PAS kawasan itu kerana pemilihan Husam dibuat oleh semua perwakilan mesyuarat agung kawasan itu.
Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub merasmikan mesyuarat agung itu.
Yang Dipertua PAS Segamat, Firdaus Masod, berkata beliau menyerahkan pemilihan itu dibuat oleh semua perwakilan untuk mengelakkan sebarang masalah jika jawatankuasa beliau membuat pilihan.
"Bayangkan mesyuarat agung kawasan kami terpaksa habis jam 12 tengah malam selepas bermula jam 9 pagi bagi membolehkan perwakilan diberikan hak sepenuhnya membuat semua pilihan," kata Firdaus kepada The Malaysian Insider.
Penyandang jawatan timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu sudah mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan itu dalam muktamar ini.
Nama Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga disebut-sebut bakal mendapat pencalonan untuk jawatan ini tetapi belum dibuat secara rasmi oleh mana-mana kawasan.
Sementara itu, sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai Presiden PAS termasuk kawasan Besut dan Segamat.
PAS akan mengadakan muktamarnya pada 22 - 24 November ini di Shah Alam, Selangor dengan pemilihan untuk semua jawatan dibuat.
Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!
Isnin, 9 September 2013
HOT! Mat Sabu Bersedia Lawan Nik Aziz? #MuktamarPas
Walaupun pucuk pimpinan Pas seperti Nik Aziz, mahukan jawatan Timbalan Presiden Pas diisi oleh golongan bijak pandai agama seperti Ulama tapi Mat Sabu, tetap dengan pendiriannya yang mahu pertahankan jawatannya tu pada pemilihan muktamar yang akan datang.
Mat Sabu dikatakan tidak mahu memberi sebarang komen selepas ditanya mengenai perkara tersebut. Cuma beliau kata mahu mempertahankan jawatannya tu dan tidak akan melepaskan jawatan tersebut kepada pemimpin yang lain.
Persoalan mahu mempertahankan jawatan ini timbul berikutan kenyataan Nik Aziz Jumaat lalu, yang menyatakan harapannya supaya jawatan timbalan presiden dipegang oleh pemimpin yang memiliki ilmu agama yang tinggi. Sudah tentu kenyataannnya itu merujuk kepada Mat Sabu.
Tak mungkin Mat Sabu dari golongan bijak pandai agama.
Sebab Mat Sabu dan kumpulan sebelahnya dalam Pas ni yang banyak tunduk akan desakan DAP dalam tuntutan yang jelas merugikan Islam sehinggakan mereka ini sanggup bersama Dap dan sanggup menolak perpaduan sesama Islam.
Kalau Mat Sabu menolak saranan Nik Aziz. Maknanya Mat Sabu sudah melanggar perintah Nik Aziz yang mahu orang bijak pandai agama duduk dikerusi tersebut.
Apakah disebabkan jawatan, Mat Sabu melanggar saranan dan perintah Musyridul am Pas?
Ohh.. betul la syiah mana setia pada pemimpin!
McTheory:
Makin menarik muktamar Pas kali ni..
Jumaat, 3 Jun 2011
PANAS!! AZIZ BARI TERUS MENGHINA PAS DAN MEMBABIKAN ULAMA PAS!!
Nampaknya Aziz Bari terus terusan memBABIkan PAS serta menghina ulama dalam semak PAS!
MemBABI membawa maksud memBrother Anwar Bin Ibrahim kan PAS atau lebih jelas lagi ialah memenangkan kumpulan penjilat Anwar yang dipanggil puak Erdogan
Katanya...
Sambung baca di SINI
McTheory:
Barua Anwar mula main peranan untuk menangkan calon mereka!!
Khamis, 2 Jun 2011
PANAS!! NIZAR INDIVIDU YANG MENDEDAHKAN PERJUMPAAN DIANTARA HUSAM DAN KICKDEFELLA?
Semalam kecoh! apabila ada berita mengatakan blogger Kickdefella mendapat upah sebanyak RM300 ribu dari Husam untuk berkempen bagi pihaknya sempena pertandingan dalam muktamar Pas yang akan bermula pada 3hb jun ini. Nak baca detail klik sini
Pasti kita tertanya-tanya siapakah manusia yang mendedahkan perjumpaan diantara Kickdefella dan Husam itu?
Individu yang mendedahkan rahsia ini ialah Nizar bekas MB Perak yang meroyan tu. sumber maklumat Mc ambil dari sini.
Persoalannya kenapa Nizar mendedahkan perkara ini kepada umum? Apakah Nizar mahu mengsabotaj Husam? Atau Nizar mahu membersihkan namanya yang agak kotor dengan penipuan dilakukannya sebelum ini.
Atau
Mahu Team Ulamak Pas menyokongnya dalam pemilihan kali ini?
Kita tunggu dan lihat, apa yang akan terjadi kelak!!
McTheory:
Nizar dengki dengan Husam, sebab Husam anak buah Pok Nik..
Rabu, 1 Jun 2011
WOW!! PELABURAN RM300 RIBU UPAH BLOGGER UNTUK MENANGKAN HUSAM!!
Agak terkejut Mc baca berita yang dilaporkan oleh blog sini, sini, sini dan sini. Semuanya menceritakan mengenai Husam Musa dalam perancangan membeli balik blogger upahannya dulu iaitu Kickdefella. Jika dulu Husam pernah mengupah rm4 juta kepada Kickdefella untuk melakukan perang siber terhadap kerajaan terdahulunya. Kini Husam mahu mengunakan Kickdefella dengan bayaran rm300 ribu untuk memenangkan dirinya di Muktamar Pas pada tahun ini.
Persoalannya, dimanakah Husan mendapat wang sebegitu banyak untuk membayar kepada Kickdefella? Apakah wang tersebut datang dari Anwar, pelaburan untuk menguasai Pas daripada kepimpinan Ulama? Andai kata komplot Anwar menang didalam Muktamar Pas dan menguasai Pas, kepimpinan Ulama yang dilaung-laungkan oleh pengikut Pas hanya tinggal kenangan.
Harakah Anwar dah letak saham, siasah pun Anwar dah beli, kini parti Pas pun Anwar nak kuasai. Nampaknya jika orang-orang Anwar seperti Mat Sabu dan Husam menang bertanding. Pas akan dikuasai oleh Anwar sepenuhnya.
Untuk mencapai hajat, rm300 ribu bukanlah satu jumlah yang besar. Bagi Anwar kuasai Pas lebih penting dari segala-galanya.
P/s: dengar kata ada gerakan sulit menjatuhkan Nik Aziz??.. betul ke?
McTheory:
Bila Nik Aziz dah sungkur.. Hadi Awang bila pulak?
Selasa, 10 Mei 2011
PERTARUNGAN MAT SABU VS. USTAZ NASHA!!
Oleh: Tarmizi Md. Jam - Malaysia Instinct
Nampaknya gelombang inginkan perubahan dalam PAS sudah tidak terbendung lagi. Ini terbukti apabila Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa hanya menerima 39 pencalonan berbanding Mat Sabu yang mendapat 70 pencalonan bagi jawatan tersebut.
Bukan rahsia bahawa di dalam PAS, Nasharuddin dikatakan lembab, tidak pro-aktif hatta sedikit sebanyak bertanggungjawab ke atas kemerosotan sokongan terhadap PAS akhir-akhir ini.
Mungkin ini benar dan mungkin juga tidak memandangkan kelemahan PAS tidak seharusnya diletakkan di atas bahu seorang pemimpin semata-mata. Masalah PAS adalah jauh lebih besar iaitu meliputi isu prinsip, maruah dan halatuju.
Walau apapun, kita tidak ingin campur urusan PAS. Namun, apa yang kita tidak faham mengenai soal pencalonan ini ialah bagaimana orang-orang PAS melihat Mat Sabu sebagai lebih baik dari Nasharuddin?
Apakah sebenarnya kriteria seorang pemimpin yang baik bagi mata PAS?
Mat Sabu terkenal dengan kisah khalwat bilik 121 dengan isteri orang. Mat Sabu juga terkenal dengan ceramah maki hamun dan mencarut. Jika hendak dikatakan Mat Sabu lebih cerdik dari Nasharuddin, di manakah cerdiknya? Jika nak dikatakan lebih alim, di manakah alimnya?
Langgan:
Catatan (Atom)






















