Jumaat, 8 November 2013

HOT! Bila Anak Hadi Awang Berebut Jawatan Dengan Anak Nik Aziz! #MuktamarPas


Anak lelaki kepada presiden PAS Muhamad Khalil Abdul Hadi disebut-sebut bakal bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda bagi mewakili kumpulan proulama pada pemilihan Pemuda pada 21 Oktober ini.

Jawatan itu kini disandang anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat, Nik Abduh, yang turut dicalonkan semula.

NONENik Abduh (kanan) bagaimanapun telah menyatakan pendirian tidak mempertahankan jawatannya.

Turut dicalonkan bertanding jawatan itu, Naib Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob, bekas anggota Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan Kamarulzaman Mohamad.

Bagaimanapun, Muhamad Khalil dilihat bakal berdepan Raja Ahmad Iskandar ekoran calon-calon lain dilihat tidak berminat berentap jawatan nombor dua dalam dewan itu.

Berdasarkan ketokohan dan pencapaian akademik, kedua-dua pemimpin yang berpendidikan tinggi itu dilihat mempunyai peluang seimbang.

Raja Ahmad Iskandar mempunyai gelaran doktor falsafah daripada United Kingdom (UK) manakala Muhamad Khalil pula memporoleh sarjana daripada negara sama.

"Perwakilan akar umbi juga dilihat berbelah bagi. Sama-sama kuat. Mereka sama-sama di UK.

"Aktif berpersatuan di sana," kata sumber.

Tarikh akhir penerimaan pencalonan jatuh kepada hari ini. Jawatankuasa pemilihan PAS dijangka mengumumkan siapa lawan siapa esok.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TANG DMM BUKAN MAIN LAGI PUAK-PUAK MALAUN PAS NI BISING KONONNYA DOK GANTUNG KAT TUN. TANG ANAK PUAK-PUAK DEPA NI KITA NAK TAU APA DEPA NAK KATA. BERMAIN POLITIK KETIKA BAPAK-BAPAK MASIH BERKUASA. INILAH MANUSIA -MANUSIA MUNAFIK YANG KALAU ZAMAN RASULULLAH DULU AKAN DIPERANGI.