Khamis, 12 September 2013

PANASS!! Sorang Lagi Bakal Cabar Mat Sabu!!



PAS Besut mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah untuk mencabar penyandang jawatan timbalan presiden Mohamad Sabu (gambar) dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Resolusi PAS kawasan itu sebulat suara supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS bagi sesi akan datang.

Muktamar tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini bagi memilih kepimpinan baru sesi 2013-2015.

Pemilihan kali ini turut mendapat perhatian daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa timbalan presiden harus dipilih dari kalangan ulama.

Dengan pencalonan Nik Amar oleh beberapa kawasan membuktikan saranan Mursyidul Am itu diambil kira oleh setiap kawasan bagi pemilihan PAS akan datang.

Nik Amar sudah mendapat layak untuk bertanding sebagai timbalan presiden PAS dalam pemilihan akan datang.

Dalam pada itu, PAS Besut turut menamakan tiga calon untuk merebut jawatan naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Pengaruh Mursyidul Am dijangka memberikan impak besar dalam pemilihan kepimpinan PAS tidak lama lagi.

Media melaporkan pada Sabtu lalu, Nik Abdul Aziz berpendapat Abdul Hadi patut dikekalkan sebagai presiden PAS dan timbalannya pula dipilih di kalangan ulama.

Katanya, semua pemimpin PAS perlu mempunyai ciri ulama, namun apa yang membezakan mereka adalah ilmu agama yang dituntut.

Kenyataan Nik Abdul Aziz sekali gus memberi isyarat kepada pewakilan supaya jawatan presiden PAS itu tidak dipertandingkan.

“Saya berdoa dan minta Hadi yang banyak pengalaman dan ilmu diteruskan jadi presiden, tetapi timbalan atas undi dan tentu saya mahu orang ulama jadi timbalan beliau,” katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

Beliau berkata demikian selepas Yang Dipertua PAS Padang Serai, Fauzi Tahir mahu menawarkan diri bagi mencabar Abdul Hadi merebut jawatan nombor satu itu pada muktamar kali ini.

Fauzi berkata, penawarannya itu bukan ingin berlawan atau mencabar Abdul Hadi tetapi adalah untuk menguji ahli PAS seluruh Malaysia tentang kefahaman mereka terhadap perlembagaan parti.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan itu mengakui mempunyai calon pilihan sebagai timbalan presiden, namun tidak mahu mendedahkan sebaliknya menyerahkan kepada ahli PAS untuk membuat keputusan terbaik.

"Saya tidak boleh sebut nama orang pilihan saya, orang yang nak jadi timbalan kena calon nama dia, orang nak pilih atau tidak itu terpulanglah kepada ahli, saya tidak boleh sebut nama dia," katanya. - 11 September, 2013.


Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!

P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Tiada ulasan: