Selasa, 31 Mei 2011

PANAS!! 17 AHLI MAJLIS SUNGAI PETANI MOGOK !!


Sekumpulan ahli majlis menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak campurtangan bagi menolak pengerusi bagi kawasan perbandaran Sungai Petani.

Mereka mengaku sudah hilang keyakinan pada pentadbiran Rozaina Radzi.

Semalam, seramai 17 daripada ahli majlis itu bertindak keluar daripada mesyuarat kewangan bulanan semalam akibat tidak puas hati.

Difahamkan, perasaan tidak puas hati yang mendalam itu berpunca daripada perobohan 16 gerai penjaja berhampiran Kelab Cinta Sayang pada Khamis lalu.

Menurut seorang ahli majlis, Simon Ooi (kanan), kumpulan 17 orang itu memutuskan tidak akan hadir dalam sebarang majlis sehingga Rozaina dan setiausaha majlis digugurkan. sumber sini

Dengar kata depa tak puas hati sebab si Rozaina ni langsung tak dengar cakap orang bawah. Malahan perobohan gerai penjaja juga telah dibantah oleh ahli majlis namun diteruskan juga oleh Rozaina.

Untuk menunjukkan rasa tak puas hati, terpaksa la mereka mogok!

Dengan harapan kot-kot la Ostaz Azizan datang menjenguk masalah kat Sungai Petani ni. Namun apa yang tidak menyedapkan telinga, apabila puak-puak Pas sana nu, dok menuduh, kata UMNO menghasut ahli majlis suruh mogok.

Perkara macam ni pun hangpa tuduh UMNO. Lantak pi kat hangpa la. Takpa hangpa pegang dulu, Insyallah nanti kami ambil balik. Sendiri tak pandai buat kerja, dok tuduh orang lain juga yang salah.. takpa ambil semua kat hangpa!

P/s: malas nak layan..

McTheory:
Ni semua Joe Bedul la.. dia la banggang sangat.. he he..

2 ulasan:

AnaQarbana berkata...

Terima kasih dan tahniah kepada Kerajaan PAS Kedah serta MPSPK kerana bertindak tegas, berani merobohkan semua gerai-gerai peniaga Melayu pro UMNO bagi mencantikkan pemandangan.......adalah diharapkan banyak lagi gerai dan premis perniagan tomyam yang mengganggu lalu lintas akan di robohkan demi dasar Negeri berkebajikan dan kedah sejahtera.....jangan pula tindakan di buat mengiklut pemikiran ataupun agenda kepala lutut......

Tanpa Nama berkata...

depa ni berani roboh kat situ ja.yang kat pekan llama tak berani.dulu bkn main kempen kata jika pas menang nak di robohkan gerai2 di tepi jalan tu.sekarang apa dah jadi.sekali DAP sergah terdiam terus.begitu lah terjadinya jika kita selalu dok perlekeh orang lain.nah sekarang kena btg hidung sendiri.padan muka.lepas ni ada la yang nak kena cantas kepala...