PETALING JAYA: Pemandu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdullah Sani Said mendakwa terdapat percubaan pihak tertentu untuk membunuh atau mencederakan Ketua Umum KEADILAN tersebut.
Dalam laporannya kepada pihak polis kira-kira jam 4 petang hari ini, Abdullah berkata, ia berikutan wujud usaha khianat untuk mensabotaj kereta yang dinaiki Anwar dan keluarganya.
Kejadian itu disedari pada 19 April lalu ketika memandu membawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dari Ipoh ke Chemor, Perak, yang hampir menyebabkan berlaku kemalangan.
“Apabila saya membrekkan kereta tersebut, saya merasakan kereta yang dipandu saya bergegar kuat tidak seperti biasa. Kedengaran juga bunyi sesuatu yang pecah di bahagian belakang.
“Secara tiba-tiba juga tayar bahagian belakang kanan saya seperti terkunci dan tersekat. Ini memaksa saya sedaya upaya mengawal kereta tersebut ke bahu jalan,” katanya dalam laporan tersebut.
“Selepas memberhentikan kereta di bahu lebuhraya, saya mendapati kesan seretan kereta dan serpihan brake disc di atas jalan,” katanya ketika membuat laporan di Balai Polis Merchant Square, Petaling Jaya.
Abdullah Sani menjadi pemandu peribadi Anwar selama 28 tahun dan memandu kereta Mercedes Benz model S 350 milik Anwar.
Brek yang mengalami kerosakan dipercayai berpunca angkara khianat
Laporan itu turut melampirkan keterangan mekanik yang membaiki kereta berkenaan, Azman Hassan yang memaklumkan terdapat kerosakan yang teruk pada sistem brek sebelah belakang kanan kenderaan tersebut.
“Setelah mendapat penjelasan apa yang berlaku, saya membuat pemeriksaan dengan teliti dan mendapati bahawa punca kerosakan adalah disebabkan salah satu daripada pin bolt yang mengikat brake caliper sudah tiada atau tertanggal.
“Fungsi pin bolt adalah mengikat brake caliper pada tempatnya.
‘Dari pengalaman saya menjadi mekanik selama lebih 10 tahun dan pengkhususan dalam pembaikan Mercedes Benz selama 7 tahun, adalah mustahil pin bolt yang mengikat brake caliper itu boleh tercabut dengan sendirinya,” jelas Azman dalam kenyataan itu. - keldaiandaily
He he he.. semalam pukul 2.30pm Mc ada keluarkan entri Anwar Kemalangan yang dilinkkan ke blog The Unspinners. Dalam entri tu menceritakan bahawa plan Anwar untuk menipu rakyat Malaysia dengan lakonan kononnya ada orang nak cuba bunuh dia. Bila dia buat cerita macam tu, maka senanglah dia nak lari dari Malaysia dan bersembunyi atas alasan takut kena bunuh.
Kalaulah ada orang nak bunuh Anwar ni, dah lama agaknya Anwar dah mati. Kenapala nak bunuh pada saat-saat akhir macam ni. 16 Mei dah hari penentuan, kan rugi kalau Anwar mati. Baik kita tengok Anwar pulang ke rumah rehatnya, dari dia mati dibunuh.
Kalau Mc la nak bunuh, Mc tak cabut pin bolt tu, baik Mc pasang bom je. Bila jalan je terus meletup. Dah confirm dia akan mati. Apa kes nak cabut pin bolt tu, itu lambat punya kerja.
Cerita yang sebenar, semua ini hanyalah rekaan semata-mata. Hinggakan driver Anwar pun pandai main politik. Dahsyat-dahsyat, tentu dia banyak belajar dari Anwar kan.
Kita tengok apa pula lakonan Anwar selepas ini. Apakah lari ke kedutaan Turki? Atau kali ni lari keluar negara sembunyi di Singapork pulak ke. Atau terus lari menghilangkan diri?
Tunggu apa pulak lakonannya nanti..
P/s: Anwar da great penipu..
McTheory:
tak sudah-sudah nak berlakon.. memang dasar pakar kelentong..

3 ulasan:
saya tak setuju an-war dibunuh kalau dah mati tak dapat le nak tengok lakonan beliau dalam siri-siri akan datang. Dengor nya banyak lagi aksi-aksi hebat yang dibuat dithailand, cina, usa, indo dan lain-lain. tentu hebat.
Aku ingat bukan BN yang nak bunuh Brader Nuar. Tapi komando yang bunuh Osama hari tu. Dlm berita semalam, Osama hari2 makan tembekai untuk semboh penyakit buah pinggang. Klu Brader Nuar mati, CIA akan dedahkan yang Brader Nuar tu makan Tongkat Ali kalu tak pun Kacip Fatimah.
Kita nak tengok, negara sahabat Malaysia yang mana akan terima Anwar yang suci ini.
Kalau boleh mereka pindah seketurunan, anak bini ipar duai, cucu cicit, anak menakan sepupu sepipit supaya udara lebih nyaman sikit.
Tapi apahal nasib penyokong taksub mereka kat sini...tak ikut sama ke.....kahkahkahkah kesiannnnnnnnnnnn.
Catat Ulasan